Pages

Saturday, 22 April 2017

PUNCA LEBIHAN GULA DALAM BADAN DAN CARA MENGAWALNYA

PUNCA LEBIHAN GULA DALAM BADAN

Punca masalah kesukaran mengawal gula dalam badan ini memang sinonim dengan pemakanan yang tidak sihat. Maksud makanan yang tidak sihat disini merujuk kepada pengambilan gula yang berlebihan dalam menu makanan harian seperti minuman berkarbonat, snacks, refined atau simple carbs, instant drinks seperti minuman 3in1, donat, dan junk foods.

Alasan mereka yang mengalami masalah tersebut, mereka seringkali rasa lapar dan sukar mengawal nafsu makan. Mengapa kita masih rasa lapar walaupun sudah makan? Hal ini berlaku apabila insulin tidak mampu berkeja dengan baik. 

Apakah fungsi insulin? Insulin akan terhasil secara semulajadinya dalam badan bagi membantu gula diserap ke dalam sel dan ditukarkan kepada tenaga. Namun sekiranya kita mengambil makanan yang tinggi kandungan gula, makan paras gula dalam badan akan meningkat secara mendadak. Maka insulin  yang terhasil tidak mampu berkerja dengan baik kerana 'longgokan' gula dalam badan tiba2 meningkat. Oleh itu, badan akan merangsang menghasilkan insulin lebih banyak lagi yang menyebabkan paras gula dalam badan mendadak turun pula.

Akibat daripada penurunan gula dalam badan tersebut membuatkan kita rasa letih, tidak bertenaga dan lapar lagi. So, kita akan makan balik lah kan? Lepas makan, gula naik balik dan turun pula, dan lapar balik. Pusingan pun berterusan tiada penghujung selagi kita tidak mengubah diet atau pola pemakanan harian kita.Dari pattern tersebut, maka terjadilah fenomena yang dinamakan 'rintangan insulin' kerana insulin tidak sudah mampu melakukan kerjanya dengan sebaiknya kerana adanga gangguan 'longgokan' gula tersebut.

BAGAIMANA LOBAK UNGU BOLEH MEMBANTU?

Sudah terhantuk, barulah tergadah Itulah pepatah yang digunakan bagi menggambarkan mereka yang menyesali sesuatu perbuatan setelah benda itu sudah berlaku dengan mereka. Baiklah, disini Cik Bulan ingin berkongsi sedikit tentang manfaat lobak ungu dalam membantu mengawal paras gula dalam badan. .

Purple Carrot atau lobak ungu merupakan sumber antioksidan yang mustajab kerana mengandungi anthocyanins yang bertindak sebagai antiradang dan anti-mikrob. Anthocyanins ini boleh membantu pesakit diabetes memperlambatkan kerosakan pada sel, elak bengkak dan jangkitan kuman pada luka akibat diabetes atau kencing manis ini. Selain itu, asid klorogenik juga sangat membantu dalam mengatasi kesukaran mengawal paras gula dalam badan.

So, dari mana kita boleh mendapatkan sumber anthocyanins dan asid klorogenik ni???

FYI, dalam Vivix Shaklee, 4 bahan aktifnya terdiri daripada Muscadine Grape, Purple Carrot, Polygonum Cuspidatum dan juga Eldeberry Europe yang mengandungi anthocyanins dan juga asid klorogenik tersebut. Tapi Cik Bulan pesan awal2 ya, Vivix Shaklee ini BUKAN UBAT YANG BERTUJUAN MERAWAT PENYAKIT tetapi sejenis makanan tambahan yang bertujuan mempertingkatkan kesihatan pengguna.

Kesimpualannya, minuman botanikal Vivix Shaklee ini bukan sahaja kaya dengan antioksidan. malahan baik dalam mengawal paras gula dalam badan pengguna disebabkan ramuan2 yang terkandung dalam Vivix itu sendiri. Testimonial pengguna Vivix Shaklee boleh rujuk lampiran dibawah.



Testimonial pengguna.

Testimonial daripada En. R Jitendra.

PEngakuan dari Norita Idris sendiri.


Testimonial bacaan gula menurun.

Klik disini untuk pembelian Vivix Shaklee -->> Vivix Shaklee


Sekian perkongsian, semoga bermanfaat.

With Luv,
Cik Bulan


KENCING MANIS ATAU DIABETES PART3

Cerita harini masih lagi berkaitan dengan isu KENCING MANIS ATAU DIABETES. Almaklumlah Cik Bulan rajin pula menelaah buku 'APABILA DIETITIAN BERCERITA' oleh pakar diet kita iaitu Lily Moha dan Ruqayyah Muhd. By the way, harga buku ni RM25.00 sahaja ya, berbaloi dengan info yang disumbangkan dalam buku tersebut. Bahasa pun sangatlah mudah difahami.

Ok, fokus! Berbalik kepada kisah masalah kencing manis atau diabetes yang tidak putus2 ni, apa sebenarnya punca kencing manis ya? Sebenarnya, punca utama kencing manis atau diabetes ini adalah berkait rapat dengan diet harian serta gaya hidup kita. Ok, cuba hadam maksud tersirat perbualan dibawah ini (konon2nyalah Cik Bulan sedang herhadapan dengan pesakit diabetes):-


Pesakit: Malaslah mau diet, leceh!

Cik Bulan: Jadi lemak berlebihan dalam badan yang makin bertimbun tu mau buat apa?

Pesakit: Yalah, tapi ni usaha lah ni, nasi pun saya makan sikit ni. Selera pun makin kurang.

Cik Bulan: Sis amalkan senaman?

Pesakit: Bersenam tu memang tidaklah, lagipun memang penat buat kerja dirumah. Surirumah kan, cukuplah tu...

Cik Bulan: Oooo..so selera pun kuranglah ya?

Pesakit: Adalah sikit2, brekpes makan nasi lemak sambal, ayam goreng dan bancuh sket kopi susu.. lunch tu makan tempe/nugget goreng plus teh ais limau..rajin sikit masaklah ayam masak lemak..dinner tu kadang2 burger daging atau kuey tiaw goreng dengan air Kola....err..(diam jap)

Dia jeling saya. Saya tenung dia dalam2 dengan mata sepet Mongolian Cik Bulan.

Makkkk aiiiiiihhh??! Tadi cakap selera kurang?? Sudahlah sayur mayur buah2 pun kurang, air manis gula sekilo mungkin, goreng2 pulak tu?!Adoooiiiii *hempas kepala di dinding*

Kesimpulannya, segala makanan kita especially junk foods yang tinggi dengan perisa/pengawet/gula tambahan menyumbang kepada masalah kencing manis secara langsung kepada masalah obesiti! Tambahan pula mereka yang tidak melakukan aktiviti lasak sepatutnya mengurangkan pegambilan makanan yang tinggi transfat, tinggi gula, tinggi garam, tinggi nitrate, mengandungi pengawet/karsinogenik. Amalkan makanan yang segar, boleh cuba pelbagai resipi 'eat clean'.

P/S: Nitrate adalah sejenis pengawet yang membahayakan pengguna, malahan karsinogenik pula adalah penggalak kanser.

Semoga bermanfaat.

With Luv,
Ci Bulan


Friday, 21 April 2017

KENCING MANIS ATAU DIABETES PART2

Kesinambungan daripada entry Cik Bulan yang bertarikh 20 April 2017,Cik Bulan akan berkongsi sedikit lagi ilmu yang mampu diserap dari pembacaan buku 'APABILA DIETITION BERCERITA' tersebut.
Tapi Cik Bulan sampaikan dengan cara Cik Bulan sendiri (kiranya ala2 adaptasi lah tu kan). Tuan2 dan Puan2, cuba sedara sekalian amati dan fahami perbualan Cik Bulan dan pesakit diabetes atau kencing manis dibawah:

Cik Bulan: Waaah, bacaan gula encik ni tinggi betul ni?

Pesakit: Hairan juga.Sedangkan selera makan kurang. Makan nasi pun tidak.

Cik Bulan: Jadi makan apa?

Pesakit: Minum air isotonik jenama 100P*us. Tapi kurang manis lah...

Cik Bulan: Kurang manis? Cemana tu?

Pesakit: Yalah, sudah tambah air putih kan.Kompem lah tidak manis.Bukan macam tu?

Hamboiiii, mentang2 tambah air putih jadi gulanya berkuranglah? Memang lah rasanya tidak manis dan tidak sepekat sebelumnya. Tapi cuma bayangkan (cuba ya)? Segelas air putih letak sesudu makan gula, dibandingkan dengan Satu teko besar air putih letak sesudu makan gula.Mana yang lebih manis???

Ok, tidak payah jawab.Sebab kompem la air dalam gelas tu lebih manis kan? Namun persoalannya, jumlah gula itu tetap sama kan? Masih sesudu gula?Betul tidak?

Kesimpulannya, banyak sikit air putih yang diminum, jumlah gula itu perlu diambil kira.Yerrr??Boleh prektis ilmu Matematik memasing. Sekian perkongsian.

With Luv,
Cik Bulan

Thursday, 20 April 2017

KENCING MANIS ATAU DIABETES PART1

Buku ni Cik Bulan beli tahun lalu lagi tapi belum habis baca ponnnnn. But i tell youu, buku 'APABILA DIETITIAN BERCERITA' oleh Lily Moha dan Ruqayayah Muhd ini memang best, thumbs up! Cara penulis menyampaikan cerita itu sangatlah mudah difahami, disampaikan dengan cara in layman's terms gitewwww~~

So ada eloknya Cik Bulan kongsikan serba sedikit ilmu yang sempat disedut sepanjang menelaah buku ini. Ok, soalan untuk para pembaca (itu pun kalau ada yang sudi membaca lah) pernahkah soalan serupa begini keluar dari minda tuan2 dan puan2 memasing, 'kenapa saya masih lapar walaupun sudah makan???'

Jawapan:-
* Salah satu puncanya adalah rintangan insulin dimana insulin tidak mampu berkerja dengan baik walaupun dihasilkan.
* Sekiranya kita mengambil karbohidrat terutamanya dari jenis gula ringkas dalam masa yang sama dan menyebabkan gula berkumpul banyak dalam darah, maka ianya meransang penghasilan insulin dalam badan.
*Walaupun insulin dikeluarkan, tetali paras gula masih tidak berkurangan.Maka insulin keluar lebih banyak lagi menyebabkan gula turun secara mendadak.
*Apabila gula turun secara mendadak, ianya membuatkan kita rasa letih dan lapar sekaligus. Maka kita akan mengambil snack, minuman manis ataupun makan lebih banyak lagi.
*Selepas itu, gula pun akan sekali lagi mendadak naik dalam badan. Insulin yang dikeluarkan secara normal tidak mampu berkerja dengan baik menyebabkan paras gula tinggi dalam badan itu kekal yang mana merangsang penghasilan insulin yang lebih tinggi lagi sekali lagi.
*Insulin yang tinggi itu akan menurunkan paras gula secara mendadak sekali lagi dan kita pun merasa lapar sekali lagi. Pusingan berterusan.

Kesimpulannya, pusingan itu tetap berputar tiada penghujung selagi kita tidak mengubah cara pemakanan kita. Lama kelamaan akan menjadi tabiat dan menuju ke arah masalah kencing manis atau diabetes. Pusingan kelaparan ini boleh diberhentikan dengan mengawal pengambilan karbohidrat, manisan atau gula dalam pemakanan.

Sekian, semoga bermanfaat.

With Luv,
Cik Bulan

Wednesday, 19 April 2017

MASALAH KOLESTROL TINGGI!!!

Masalah kolestrol LDL (juga dikenali sebagai kolestrol jahat) yang tinggi, tidak memilih saiz badan, maksudnya yang kurus kerempeng pun boleh kena.
 
Simptom atau petanda kolestrol tinggi biasanya individu akan mengalami rasa kejang bahagian jari tangan/kaki, kerap pening kepala, dan kehadiran biji kolestrol/minyak pada permukaan kulit seperti dibahagian wajah.
 
Cik Bulan (nama timangan penulis) yang fizikalnya sedang2 dan lebih kepada bersaiz kurus ini pun baru2 ini telah mengalami masalah kolestrol tinggi. Setelah berikhtiar dengan produk Shaklee, termasuklah Lecithin, Phytocol, Omega Guard dan Garlic Complex, maka Cik Bulan pun berjayalah menurunkan jumlah kolestrol jahat dalam badan Cik Bulan ni yerrr~

 
Sila rujuk gambar diatas untuk melihat testimony Cik Bulan setelah mengamalkan supplements yang membantu menurunkan paras kolestrol Cik Bulan. Tarikh gambar 'BEFORE' tu result darah masa bulan February 2017. Keputusan darah menunjukkan jumlah kolestrol (LDL) jahat adalah tinggi dari jumlah purata yang sepatutnya. So sebulan lebih mengamalkan supplements Shaklee (sila rujuk gambar 'AFTER'), keputusan darah selepas itu kembali normal.Syukurlah nakkk~~Jom ikhtiar sesameeee, semoga bermanfaat yerrrr tuan2 dan puan2~~
 
Klik gambar untuk imej yang lebih jelas.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ea7f2f9471927458f88b04f4b1832b2a

Thursday, 6 April 2017

Tips Mengurus Masa Dengan Bijak





"Sorry, saya tiada masa!"
"Saya tidak cukup masa buat kerja dirumah?!"
"Tidak sempat masak sebab terlalu busy?!"
"Sorry boss, saya lambat lagi! Lewat tidur semalam buat kerja sampai subuh."

Kamu pernah mengalami masalah yang sama seperti diatas? Terkejar-kejar dengan masa setiap hari? Nampaknya kamu ni memerlukan TIME MANAGEMENT atau PENGURUSAN MASA yang bijak! Bagaimana tu?

Langkah-langkah mudah yang kamu boleh aplikasikan dalam mengurus rutin harian memasing adalah seperti dibawah;

1) Prioriti atau keutamaan


Senaraikan 'to-do-list' kamu setiap hari dan buat kategori yang mana yang penting, kurang penting, dan langsung tidak penting! Dengan menge'list'kan semua perkara-perkara atau aktiviti harian, kita boleh filter mana-mana yang tidap penting (maksudnya tidak memberi impak kepada kehidupan kita, contohnya aktiviti bergosip mahupun mengumpat yer machek2). So, berdasarkan list tu kita boleh tahu priority yang kita kena buat dahulu. Tapi sekadar peringatan yerr, kadang2 perkara yang kurang penting tu tapi perlu diberikan keutamaan dahulu dan perlu diselesaikan segera. Contohnya, harini kita plan untuk siapkan report dengan bayar bil letrik, tapi kita pilih bayar bil elektrik sebab elak hutang menggunung (tiga bulan tertunggak kan, siapa suruh lambat bayar?) berbanding dengan siapkan report kerja (sangat penting) tapi kita buat lepas settle hutang tu sebab due date report tu masih sebulan. Faham? Ok, next.


2) Jangan suka kumpul kerja

Elok-elok benda tu kita boleh siapkan dalam masa 15 minit, tapi dalam fikiran "nantilah, lambat lagi!" atau, "buat next week jak, awal masihhhh bah~", naaah, last2? Sendiri mengundang masalah, setressss sebab banyak kerja tertunggak! hambek kooo~ Use your times wisely, oke?Jangan biasa menangguh kerja macam Majemah, oopss! (pesanan untuk diri sendiri juga ni uolssss).


3) Fokus

Fokus tu penting untuk siapkan sesuatu kerja. Eliminate noises, jangan biarkan focus kamu terganggu. Kalau awal2 sudah set dalam otak mau siapkan homework at 7PM, be ontime! Janganlah jam 8PM tu masih melekat depan TV tgk drama Korea kan~~lepas tu masuk dapur buka peti sejuk, then makan aiskrim lepak depan TV sampai tengah malam. Huh?! Sungguh tak berpedoman! (Aku ler tewww).



So demikianlah tips yang kedengaran mudah tapi adakalanya susah juga mau implement benda ni?Bak kata orang, iman kena kuat! Good luck!


With Luv,
Tips Cik Bulan

Tuesday, 4 April 2017

Cara Diet Yang Bijaksana

Mesti ramai orang diluar sana yang mau kurus dengan cara yang mudah tapi efektif, betul tidak? And yes, ada pula yang sanggup invest beribu2 untuk beli produk kurus, atau machine yang boleh bantu kurus kan? Actually, with proper nutritions, kita boleh kawal berat badan weolsss~cemana tu? Oke, ini ada sedikit tips yang agaklah mudah untuk dilaksanakan;

1) Mengambil sarapan pagi

FYI, dengan mengamalkan sarapan pagi setiap hari secara rutin boleh bantu kekalkan metabolism tubuh badan kita. Sekiranya kita kerap meninggalkan sarapan kita, ianya mampu mengganggu system penghasilan metabolism badan manusia. Beberapa kajian juga mengatakan bahawa  mereka yang mengambil sarapan pagi lebih mudah menurunkan berat badan berbanding mereka yang seringkali tidak mengambil sarapan.


2) Kurangkan makan diluar

Kebiasaannya, mereka yang sibuk dengan kerja hakiki seringkali menggunakan alasan ‘tidak ada masa’ untuk menyediakan makanan sendiri sebab lepas bangun pagi tu, rushing bersiap dan terus menuju ke office masing-masing. Then, balik lewat sebab kerja berlambak dan traffic punya pasal lah juga kan? So, jumlah tahap kemalasan untuk masak dirumah itu pun makin berdozen dan akhirnya menjadi satu longgokan yang sukar dihapuskan. Hehehehe.

But actually, we can prepare a simple meal and yet healthy. Contohnya, salad lettuce dan salad buah, wholemeal bread sapu butter sikit, atau overnight oat pun is a good idea (ini sedap, macam-macam resipi boleh terayyyy). Bukan apa, kalau kita kerap maan diluar, nafsu membuak2 dan kalau boleh semua lauk tu sapu habis masuk dalam piring. Kalau makan dirumah, apa yang kita masak tu, segala ingredients tu kita tau so kita boleh adjust ikut keperluan badan dan campak benda2 yang sihat sahaja. Betul tidak?

3) Drink lots of ‘Sky Juice’

Sky juice ni nama glemer kepada air putih. Seperti yang kita tahu, roughly 70% of our body composition adalah terdiri daripada air. Keperluan jumlah air harian seseorang itu kena ambik adalah berbeza, setiap 25kg berat badan bersamaan dengan 1Liter air. Contohnya, Mak Jemah beratnya adalah 50kg, so Mak Jemah kena consume at least 2Liter air setiap hari.

Air putih ni sangat membantu dalam mengawal berat badan dan kawal nafsu makan, melancarkan peredaran darah, membantu dalam pencernaan dan penyerapan makanan, mengawal suhu dan bendalir dalam tubuh badan manusia, dan lain-lain lagi. So, jangan pula claim yang banyak minum air manis tu boleh cover jumlah keperluan air harian manusia, tidak sama yaaaaa. Kita kena kawal pengambilan gula dalam badan juga untuk elak masalah diabetes.  Make sure consume air putih yang sudah kena filter dan dimasak (kuman tidak boleh kena tapis, hanya boleh mati dengan haba/suhu yang panas).



Kesimpulannya, tiga tips diatas adalah sangat bermanfaat kepada mereka yang sedang berusaha mengawal berat badan mereka dengan cara yang mudah dan selamat, malahan tidak memerlukan extra cost dalam melaksanakan aktiviti tersebut.  Akhir kata, selamat mencuba dan semoga bermanfaat!:-)