Thursday 29 June 2017

Rawatan Laser Untuk Kecantikan Kulit Muka

Cik Bulan mau 'komplen' pasal rawatan Laser Face Treatments by Skin Life Laser Clinic (SL Clinic)!!!! Actually, Cik Bulan sudah pernah dengar pasal rawatan ni sejak beberapa tahun yang lalu tapi baru tau rawatan ini ada di area Kota Kinabalu, Sabah masa awal tahun ni. Nampak kawan-kawan di Facebook share experience diorang after buat rawatan laser muka so macam curious pula. Tidak sakit kah???
 
Lepas baca beberapa feedback dari customers, maka Cik Bulan pun ambik keputusan untuk try buat laser treatment ni. Gatal hati mau try kan, mana boleh ketinggalan uolss~ So ini lah kaunter reception SL Clinic yang tempat Cik Bulan pegi buat rawatan laser muka. Manalah tau esok kulit jadi halus mulus macam Neelofarrr.*haiskh, inilah manusia* 
 
Senang saja mau cari lokasi clinic ni sebab clinic ni berada di bangunan Plaza Shell Kota Kinabalu, depan round about jalan pegi Padang Bandaran Terminal Taxi Kota Kinabalu. Ini view dari dalam clinic tu. Mau tau apa alamat? Lot 1.08, Plaza Shell, 29, Jalan tunku Abdul Rahman, Plaza Shell, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Atau dengan kata ringkas, ko nek jak lift dalam bangunan Plaza Shell tu, atau guna escalator, then pegi level 1 sebab clinic tu betul-betul sebelah escalator.
 
Depan entrance akan nampak selipar kaler blue and pink belambak dalam tu. Diorang memang sudah ready kan selipar rumah. Tidak dibenarkan pakai kasut bawa masuk ya, sila pakai selipar khas. Please behave.
 
Dan yang best apa? Staff di kaunter tu cakap, "You can eat anything you want here." dia cakap sambil tunjuk megi yang besusun di tepi-tepi rak tu. *mata berkelip-kelip dan bercahaya tanda gembira*
 
Siap ada makanan ringan termasuk kuih makmur atas meja menunggu. Ngam betul time musim raya kan?
 
Kemas jak diorang susun jajan dan water cup atas rak tepi tu. Apa lagi, berbunga-bunga la hati mereka yang sedang lapar macam Cik Bulan?!
 
Taraaaaaa~~Kids zone gicheww~ Nampak betul yang diorang ni sungguh memahami kaum-kaum ibu yang mau cantik tapi terpaksa heret laki anak untuk buat rawatan laser muka ni. At least budak-budak tidak nangis keboringan time menunggu kan? Agak bijak disitu.
 
Inilah jejaka tampan yang jaga kaunter masa tu. Eh, lupa pula berkenalan Tanya nama pun tidak sempat maybe Cik Bulan neves first time buat rawatan laser muka? BTW, muka Cik Bulan agak berkilat disitu sebab diorang tempek Vaseline untuk post treatment. 
 
Sempat selfie dengan doctor (yang lelaki kanan tu) dengan assistant beliau after treatment siap. Diorang semua pun friendly and sporting. Thank you for your time guys~
 
Ok, gambar ni Cik Bulan zoom in sket dengan harapan harga tu Nampak jelas. FYI, untuk satu kali rawatan, harga treatment RM99. Tapi kalau ambik pakej contohnya 3x buat facials, harga ada murah sket RM280, so save RM17, kalau 5x facials RM450 (save RM45), 10x facials RM850 (RM140). Jimat kalau ambik pakej, dan yang best TIADA TARIKH LUPUT!!!
 
 
Demikianlah perkongsian Cik Bulan. Sesiapa yang berminat tu bolehlah contact Dr. Hiew Fu Tshung (cari nama ni di Fb and boleh PM dia sendiri). ATAU, contact 011-11227373 untuk buat appointment.
 
 
Semoga bermanfaat.
 
 
With Luv,
Cik Bulan
0128137087

Tips Bagaimana Untuk Mendapatkan Kulit Wajah Yang Bebas Jerawat Dan Sihat

Tips Cik Bulan kali ni ringkas sahaja, dan tips ini tentang bagaimana kita menjaga kesihatan kulit wajah supaya bebas dari jerawat!
 
Antara tips;
1.  Tidur
Tidur sebaik-baiknya 8 jam sehari. Lebih baik tidur selewat-lewatnya jam10pm. Bangun pun jangan lambat sangat sebab terlebih tidur pun boleh buat muka sembap dan menyumbang kepada eyebag serta mata panda.

2. Air
Banyak manfaat kita boleh dapat dengan pengambilan air putih dan bersih yang cukup! Termasuklah kesihatan kulit dan wajah berseri. Amalkan minum air putih yang cukup setiap hari. Kuantiti air iku jumlah berat badan kita. Setiap 25kg berat, bersamaan dengan 1L air kena ambik. So, kalau berat ko 50kg, kena ambik 2L air. Faham? Then, sila kurangkan pengambilan air berkarbonat, bergula tinggi, dan berkafein.

3. Hygiene
Hygiene atau kebersihan itu sangat penting! Elakkan menyentuh bahagian muka dengan jari-jemari yang tidak dibersihkan, kerana jari adalah part badan manusia yang tinggi risiko jangkitan kuman. AND, jangan picit jerawat! Ianay boleh menyebabkan parut jangka yang panjang. Seboleh-bolehnya pakai makeup remover walaupun tidak memakai makeup before cuci muka dengan cleanser. Kulit kita ni even tidak memakai makeup pun still terdedah dengan dust dan pencemaran diluar sana.
Pakai skincare. Jangan degil yang konon-kononnya kulit nenek moyang kita dulu tidak pakai skincare pun ok jak? FYI, itu zaman dahulu kala yang matahari pun tidak terlalu panas dan bahan cemar masih kurang. So at least basic skincare kena ada: Cleanser, Toner, Moisturiser, dan Sun Protector. Tapi bab memilih skincare pun kena hati-hati. Seboleh-bolehnya elakkan memakai skincare yang mengandungi bahan kimia merbahaya seperti merkuri, hydroquinone dan paraben. pilihlah skincare yang asas natural ingredients dan bebas bahan kimia merbahaya

5. Diet
Kenapa kena ubah diet? Pernah dengar quote "You are what you eat"? Maksudnya, apa yang kita makan itu akan efek kepada badan kita termasuklah muka berjerawat. Potensi mendapatkan kulit muka yang sihat adalah tinggi dengan pemakanan yang seimbang. Kurangkan makanan bergoreng, berminyak dan fast food. Nutrisi kena cukup. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang fresh. Ambik makanan tambahan untuk top up nutrisi yang kurang sperti multivitamins, protein, vitamin E dan vitamin C utk menyokong kesihatan kulit. Sekali sekala boleh buat program detox, sebab toksin juga punca kepada masalah kulit. Kalau mampu add on Collagen, kerana Collagen juga sangat bermanfaat kepada kesihatan kulit.
 
Kepada mereka yang ada masalah kulit berjerawat dan sensitif, kalau ikut tips ni dengan penuh disiplin, dalam bebrapa minggu ko boleh nampak effect tu cemana tetapi bergantung tahap kesihatan badan / kulit memasing. Trust me, but kena sabar dan konsisten. Selamat mencuba.
 
 
Semoga bermanfaat.
 
 
With Luv,
Cik Bulan
0128137087

Wednesday 28 June 2017

Kuih Jemput Jemput Ubi

Balik kampung cuti Raya baru-baru ni Cik Bulan belajar satu resipi dari mama Cik Bulan. Sebenarnya resipi ni accidentally terrrbuat, sebab kebetulan mama Cik Bulan ada ubi lebih kan. So terciptalah resipi kuih yang bernama JEMPUT-JEMPUT UBI KAYU.
 
Bahan-bahan mentah yang diperlukan adalah sangat ringkas;
1. 4 batang ubi kayu saiz sederhana besar.
2. Satu mangkuk (saiz kecil) tepung biasa untuk buat kuih tu.
3. Air bersih lebih kurang setengah liter
4. Satu setengah sudu makan garam
5. Gula pasir lebih kurang 5 sudu (kalau mau lebih manis, boleh adjust sendiri)
 
Cara-cara penyediaan kuih jemput-jemput ubi kayu;
1. Cuci bersih-bersih ubi kayu tadi dan parut kesemuanya.
2. Selepas ubi diparut, cuci dengan air masak yang bersih. Tujuannya bagi rasa pahit tu keluar.
3. Perah air tadi dan asingkan air perahan dengan ubi yang diparut tadi.
4. Simpan air perahan tu, nanti Cik Bulan bagitau untuk apa air perahan ni ya.
5. Kemudian, ambik tepung gandum, tabur dan gaulkan dengan ubi kayu yang sudah diparut dan diperah airnya, hingga sebati. Gaul sampai dapat texture 'melekit-lekit' tu.
6. Letak garam dulu, gaul, dan baru letak gula, dan gaul kesemuanya. Biarkan selama setengah jam, biar semua rasa masin dan manis tu meresap kedalam ubi.
7. Then, lepas setengah jam menuggu, masukkan minyak masak kedalam kuali dan panaskan.
8. Bentukkan campuran ubi tadi menjadi bulat kecik-kecik saiz bola paintball atau pingpong. Biar kecik supaya cepat masak.
9. So lepas bulat-bulatkan, masukkan kedalam kuali berisi minyak panas tadi. Kalau warnanya sudah kekuningan atau coklat, bolehlah cedok dan simpan atas bekas piring.
10. Ulang step 9 dan 9, sehinggalah sebatian ubi kayu yang diparut tadi selesai bertukar menjadi kuih jemput-jemput ubi kayu dan sedia dimakan.
 
Senang jak kan? Lain kali ada ubi lebih dirumah boleh buat ya? Selamat mencuba.
 
Aaahh,ini lah ubi kayu yang sudah diparut, diperah airnya, and then dicampurkan dengan tepung gandum, garam, gula dan air. Bentuk sebatian ni jadi bulat-bulat macam kuih onde-onde.

Dan inilah hasilnya yang Cik Bulan namakan JEMPUT-JEMPUT UBI KAYU. Sedap dimakan bersama denga kopi o atau the sahaja. Makan panas-panas gituuu. *Abaikan longgokan sebelah kiri tu ada gelap sedikit*



 
Semoga bermanfaat.
 
 
With Luv,
Cik Bulan
0128137087 
 
 


Monday 26 June 2017

Kisah Di Sebalik Senjata Gayang

Proses pembuatan senjata “gayang” yang kini sudah pupus, kini hanya tingga  sejarah silam.

Saat ini, tradisi pembuatan senjata kaum Dusun kini bole dikatakan sudah pupus, kerana admin sendiri belum menjumpai satu orang “modsusupu” yang masih tau membuat gayang asli. Kemungkinan kerana syarat pembuatan yg terlalu berat untuk dipenuhi atau proses pembuatannya yg agak sulit, di samping permintaan yg kurang, maka byk penempa yg mulai meninggalkannya, sehingga kemahiran ini pupus begitu saja. Tambahan lagi, senjata tidak diperlukan lagi di zaman ini dan pengaruh ajaran agama sangat kuat. Dua orang moyang admin sendiri yang bernama Aki Gondulu dan Aki Semiar adalah “modsusupu” dari daerah Kiulu. Kalau memakai kaedah perkiraan generasi menggunakan “fatherhood,” kedua-duanya hidup kira-kira sekitar tahun 1860an-1920an. Aki Semiar mewarisi ilmu pertukangan besi daripada bapanya, Aki Gondulu..

Dalam salasilah keluarga admin, Aki Semiar merupakan orang terakhir dalam keluarga sebelah Datuk yang menjadi “modsusupu.” Beliau diperkirakan meninggal sekitar tahun 1920an; setelah beliau meninggal, ilmu pandai besi Dusun Kiulu yang diwarisinya dari nenek moyang berhenti pada generasinya sekitar tahun 1920an. Jadi semasa menemuramah datuk admin yang kini berusia mencecah 80 tahun, beliau ada menceritakan sedikit sebanyak mengenai proses membuat senjata pada zaman dahulu dan pantang larang pembuatan senjata. Jadi orang zaman dulu kononya x perlu safety equiptments besi panas membara pun dipegang begitu saja. Ada senjata yang dibentuk dgn hanya menggunakan jari. Aki Gondulu bole dikatakan berasal dari keluarga tukang besi di daerah Kiulu, jadi orang-orang akan datang ke tempatnya untuk mendapatkan barang-barang besi seperti senjata.

Dusun Kiulu kebanyakannya dari suku Bundu dan Tagahas yang memiliki rival yang kuat dari suku Lotud di Tuaran dan Tamparuli. Dalam banyak catatan-catatan lama, sering disebut satu tempat bernama “Ulu Tuaran,” ia sebenarnya merujuk kepada daerah Kiulu. Daerah Kiulu ini terletak di kawasan paling hulu, ke kawasan pergunungan yg menjadi punca Sungai Tuaran. Daerah Kiulu (Ulu Tuaran) ini antara daerah yg menjadi pusat penghijrahan kaum Dusun ke daerah pedalaman. Kaum Dusun di daerah Tambunan dan Keningau banyak berasal dari Kiulu. Kononya Dusun di Kiulu pada zaman dulu aktif berperang dengan orang-orang Dusun dari Tamparuli dan Tuaran, maka daerah Kiulu dulunya memiliki banyak tukang besi (modsusupu). Pada zaman dahulu, gayang pahlawan merupakan yang paling susah dibuat, Berikut merupakan antara bahagian terpenting dalam proses pembuatan senjata “gayang” yang dipakai untuk “misangod (berperang)” : 

1. Subak :
= Pada zaman dahulu, “dompuran podsusupuan” dianggap tempat yang keramat dan dikatakan memiliki beberapa jenis makhluk ghaib yg selalu membantu “modsusupu” membuat senjata. Sebelum seorang modsusupu (penempa senjata) menempa senjata, dia pertama2 harus terlebih dahulu mengorbankan (monubak) seekor ayam untuk "dompuran podsusupuan (tempat penempaan senjata)". Menurut salah informan iaitu datuk admin sendiri, beliau mengatakan, tanpa dikorbankan seekor ayam, si penempa senjata akan terkena hal yg tidak baik misalnya telinga ditulikan, tempaan menjadi tidak baik dan sebagainya.

2. Sosob :
= “Sosob” dalam bahasa Dusun ertinya ketika besi yang ditempa itu dicampurkan dengan cecair utk mencipta bahagian tajamnya. Sosob pada senjata selalunya hanya 1 inci atau kurang. Jadi, ketika senjata ditempa, 7 air kotor untuk "ponosob" digunakan utk membuat bilah senjata ini menjadi berbisa dan keras. 

3. Batarak
= Setelah sarung dan hulu siap, satu bahagian terpenting dr proses dilakukan iaitu senjata akan dibawa betarak (bertapa) selama 7 hari, 40 hari, ada jg yang 100 hari. Upacara ini selalunya untuk memasukkan semangat di dalamnya. Ritual ini hanya dilaksanakan untuk senjata yang dipakai untuk berperang dan tidak semua senjata perang itu dibawa "batarak," hanya sebilangan kecil sj. Senjata yang dibawa "batarak" ini selalunya yg paling power. Menurut datuk admin, Komburongoh yang memiliki kuasa yg luar biasa jg selalunya dibawa "batarak"di kawasan talun (hutan) atau ratap-ratap (kawasan berair) untuk menambah kekuatannya dan ini diamalkan oleh beberapa moyang admin dr golongan "Bobolian" pada zaman dahulu.

3. Tampasi :
= “Tampasi” dalam bahasa Dusun ertinya “menghidupkan.” Setelah selesai "betarak" bersama senjata, senjata itu kemudian diritualkan dgn menguhok senjata itu dgn "rinait pamasi", sehingga senjata itu akan menjadi seperti "benda bernyawa". Dlm Ritual "Mamasi" ini, 7 ekor ayam jantan yg berwarna merah dikorbankan. Darah ayam itu diletakkan pada kain merah dan diikat pada gayang atau pada anggota tubuh si pemilik senjata, misalnya d bahagian lengan.

4. Tomposio :
= Untuk memastikan semangat senjata ini tidak lari atau memudar, setiap tahun, gayang ini mesti "dihidupkan (tomopsio)" dgn mengorbankan seekor ayam, supaya semangatnya tetap hidup. Dalam keeprcayaan kaum Dusun, dalam setiap senjata ada beberapa semangat yg akan tinggal, salah satu daripada itu adalah semangat yg bernama "Pitobungan,”semangat yang khas ada dalam senjata-senjata.

Menurut cerita, bagi para pahlawan yang berjaya membunuh musuh, kepalaya akan diambil dan kemudian direbus. Otaknya dikeluarkan dan secubit dimakan dan yang lainnya dimasukkan ke dalam sarung gayang atau hulu gayang. Kemudian rambut musuh diambil dan dilekatkan di hulu atau sarung gayang. Kepala musuh pula digantungkan di “sogindai” yang selalunya adalah pokok atau batu, utk dibiarkan sampai kering sblm disangkutkan di syiling rumah atau di sulap atau di Bangkawan (headhouse). Menurut datuk admin, otak manusia yang dimasukkan dalam gayang menambahkan kekuatan gayang tersebut. Akan tetapi, adat memasukkan otak musuh ke dalam hulu dan sarung gayang merupakan adat khusus kepahlawanan Dusun di daerah Tambunan, admin belum pernah mendengar praktik ini di tempat lain.

Informasi tambahan :

1. Pitobungan :
= Pitobungan adalah sejenis semangat yg neutral, ertinya, dia bole menjadi baik atau menjadi jahat. Pada zaman "misasangod (headhunting)," semangat ini selalunya akan tinggal di dalam senjata, yang akan membantu pahalawan ketika bertempur. Ada jg keeprcayaan yg mengatakan bahwa Pitobungan ini adalah roh-roh dari pahalawan yang terbunuh dalam peperangan dan tinggal d dalam senjata. Semangat Pitobungan yg jahat, suka mencuri jiwa-jiwa mereka yang terbunuh dalam peperangan. Tidak begitu jelas asal usul nama "Pitobungan," kemungkinan besar istilah "Pitobungan" ini berasal dr istilah "tobung." "Tobung" ertinya adalah musuh, kemungkinan merujuk roh-roh musuh yang terbunuh.

2. Kinorohingan adalah “modsusupu.”
= anehnya, ada suku kaum Dusun yang sering menyebut Kinorohingan sebagai “modsusupu,” yang ertinya “pembuat senjata.” Ada beberapa “tangon” dahulu kala menceritakan mengenai beberapa manusia yang kononya telah pergi ke syurga (libabou) untuk bertemu Kinorohingan (Tuhan kaum Dusun), jadi ketika sampai di syurga, orang tersebut mendengar bunyi orang mengetuk besi. Ketika manusia tersebut bertanya kepada penghuni syurga siapakah itu, mereka mengatakan “itulah Kinorohingan.” Jadi di syurga Kinorohingan kononya suka “modsusupu” pelbagai jenis peralatan-peralatan besi. Maka banyak kisah mitos kaum Dusun mengenai Kinorohingan memberikan manusia peralatan-peralatan besi seperti gong, pedang, perhiasan dr logam dan sebagainya.

Tidak begitu diketahui, apakah erti di sebalik istilah “modsusupu” yang diberikan kepada Kinorohingan seperti yang digambarkan dalam banyak tangon-tangon klasik Dusun, kemungkinan pencerita ingin menggambarkan Kinorohingan sebagai “pencipta” atau “sumber” peradaban umat manusia, maka Kinorohingan digambarkan sebagai pencipta barangan besi di "Libabou (syurga/kayangan)." Ini kerana, peralatan besi merupakan satu inovasi manusia yang kini bermunculan dalam pelbagai bentuk : kereta, kapal terbang, kapal laut, handphone, jambatan besi dan sebagainya - Aki Rumantai, 2017.
____________________________

Deakripsi gambar :
= Beberapa jenis gayang tua abad-19 (1800an).

Masalah Kulit Sensitif dan Berjerawat

Sebelum ni Cik Bulan pernah chit chat dengan kawan-kawan pasal kulit Cik Bulan masa tahun 2015 tiba-tiba dilanda kekusamanan, dan tiba-tiba pula jadi sensitif. Mungkin sebab makanan dan pola tidur yang tidak teratur? Macam-macam produk skincare Cik Bulan try. Tapi masih kusam! *benci*

Stress jugalah balik-balik kena tegur oleh kawan-kawan di office. Then masa tu selalu nampak kawan-kawan promote pasal produk-produl berkenaan untuk masalah kulit. Macam-macam brand ada, dari yang murah ke produk mahal. Cuma hati ni terdetik untuk cuba berkenalan dengan produk Shaklee. Kenapa? Sebab ramai komen positif dari kawan-kawan termasuklah dari family terdekat. Plus, Cik Bulan pun ada baca juga info pasal Shaklee hasil dari Google. Sebab konon takut makan supplements jadi tu lah yang tetiba rajin cek info.

Then, Cik Bulan ambik keputusan untuk try ambik multivitamins Shaklee, itupun didorong oleh alasan lain, iaitu kurang iron dalam badan. Doktor suruh ambik sumber iron, supplement pun boleh doc bagitau. Lepas try multivitamin, teringin pula ambik vitamin c, and add on protein (ESP) Shaklee sebab atas alasan gastrik lah ambik ESP ni. Cik Bulan amalkan dalam tempoh sebulan, then continue lagi bulan seterusnya. 

Ekceli, Cik Bulan ada terbaca info pasal manfaat makeup remover NutriWhite Shaklee juga. Mungkin sebab cuci tidak bersih dan kotoran degil susah mau tanggal, tu yang terfikir mau try makeup remover yang tidak mengandungi bahan kimia merbahaya ni. NO PARABEN, NO HYDROQUINONE, AND NO MERCURY. Masa tu kebetulan muka Cik Bulan pun sangat berminyak (kawan tegur oke, terasaaaa ai tauuu). Tu pasal ambik balancing moisturiser Shaklee juga bagi dia kawal minyak di muka Cik Bulan ni. So, sekarang Cik Bulan ada Vita Lea (multivitamins), Protein (ESP), Vita C, Makeup Remover NutriWhite, dan Enfuselle Balancing Moisturising Shaklee.

Cik Bulan continue lagi bulan seterusnya. Ada juga masa-masa yang terskip ambik vitamin, tapi tidak apa. Cik Bulan teruskan juga. Sabar, sabar, dan terus sabar. Terus masuk bulan ke4 atau ke5 (tidak ingat sangat), time jumpa kawan lepak-lepak di cafe, diorang tegur pula skin Cik Bulqn ada improvement dan semakin baik.

Masa tu Cik Bulan sendiri pun tidak perasan perubahan skin Cik Bulan sampai lah ada satu orang macik yang jual-jual sayur (tempat Cik Bulan memborong bekalan sayuran selalu) pun tegur masalah kulit Cik Bulan semakin baik. Gambar kiri bawah tu kulit sebelumnya, gambar kanan selepas amalkan produk Shaklee. Cik Bulan tidak claim kulit Cik Bulan sekarang ni teramatlah flawless macam snow white, tapi sekurang-kurangnya usaha Cik Bulan membuahkan hasil yang positif dan selamat! Mengapa selamat? Sebab kira-kira dalam 10 bulan selepas amalkan Shaklee, Cik Bulan pegi cek medical checkup. Syukur, buah pinggang masih elok. Baru-baru ni check lagi, syukur masih sihat.

Kesimpulannya, bagi mereka yang bukan dilahirkan kulit flawless macam Fazura atau Neelofa, perlu sabar untuk dapat hasil yang baik. No shortcut! Tiada istilah harini amalkan vitamin, kemarin sudah terlajak flawless~~

Jadi, harini uolss sudah mamam vitamin? Kalau sekiranya ada yang berminat chit chat untuk meluah atau ingin berkongsi perasaan tentang masalah kulit memasing, feel free to contact me@0128137087. Jom kita sama-sama ikhtiar dan kongsi ilmu.😊😊😊


Semoga bermanfaat.


With Luv,
Cik Bulan
0128137087

Sunday 25 June 2017

Herba Kampung Untuk Cirit Birit

Cik Bulan masih ingat zaman kanak-kanak dulu, selalu kena cirit-birit sebab makan pakai tangan tidak bersih. Biasalah, zaman budak-budak dulu semua pun main hentam, tanga belum cuci pun tidak kisah.

Kalau sudah macamtu, opkos la kes cirit birit tu perkara biasa. Sudah lah masa tu klinik kerajaan pun jauh, dan belum sepenuhnya beroperasi, so mama Cik Bulan lah yang jadi doktor kampung weolss~

Tau apa mama Cik Bulan pakai kasi ubat cirit birit? Mama Cik Bulan pakai pucuk jambu uols, cara-cara buat minuman herba kampung ni pun sangat senang. Bahan-bahan kena ada pucuk jambu, air,cerek atau pot dan api.

Cara-cara menyediakan minuman herba untuk mengatasi cirit-birit;
1. Ambik pucuk jambu yang masih muda, lebih kurang semangkuk
2. Basuh dan bersihkan pucuk jambu muda tadi
3. Rebus pucuk jambu muda dengan air bersih, 1L air pun cukup. Tunggu sehingga menggelegak.
4. Ambik air rebusan air tadi (so kena tapis lah, daun tu tak payah makan, ambik air jak). Biarkan selama beberapa minit sampai panas air rebusan tu suam-suam suku jak.
5. Then, lepas tu boleh lah minum. Try minum segelas dulu, ikut perubahan atau prestasi badan. Kalau semakin reda cirit birit tu, bolehlah stop minum air rebusan pucuk jambu tadi.

Herba air rebusan pucuk jambu ini sangat berkesan untuk melegakan cirit birit. Petua ini masih diamalkan orang kampung sampai sekarang terutama mereka yang jauh dari hospital / klinik. Cik Bulan tidak cakap tip ni scientifically proven, tapi Cik Bulan adalah antara testimonial berjalan yang pernah amalkan tip ini. Dan memang berkesan untuk masalah cirit birit.

Sesungguhnya, ini adalah petua orang kampung. Tapi zaman sekarang klinik dekat, so kalau perut tidak selesa dan cirit birit tidak berhenti, lekas-lekas lah ke klinik / hospital. Faham-fahamlah zaman sekarang ni makin moden makin banyak penyakit pelik! Jangan cakap Cik Bulan tak payonggg~~

Semoga bermanfaat.

With Luv,
Cik Bulan
0128137087

Apa Yang Best Tinggal Di Kampung?

Cuti-cuti ni memang aktiviti balik ke kampung laaahh Cik Bulan?! Apa yang best di kampung ni?? Di kampung bessst, view pun 'fresh', masih banyak pepokok hijau-hijauan, sayur kampung ulam-ulaman merata-rata, sungai pun masih bersih, cuaca pun sejuk jak! *Ni time menaip buat entri ni pun cuaca sejuk dan berkabus*

Apa yang best di kampung? Gambar-gambar dibawah adalah bukti di tempat kejadian dan menjelaskan segala-galanya pada hari ini.

Macam yang Cik Bulan bagitau tadi, masih banyak pokok disekeliling. Bekalan oksigen pun banyak. Eh, tapi macam kenal jak orang atas pokok tu?? Cik Bulan ker tewww??

Kalau di kampung, mostly penduduk kampung memang stay ditanah memasing. Tanah pun luas-luas belaka, siap boleh bercucuk tanam dan ternak lembu ayam itik sekaligus. Fyi, ni orang kami panggil 'tawadak' atau labu kuning. Tanam sendiri uolsss~~Jimat duit beli lauk harini.

Inilah yang dikatakan berpijak dibumi yang nyata. Tapi persoalannya, apa kaitan dengan entri Cik Bulan harini ya?

Seee? Nampak kabus tu? Sejuk mata memandang tauuu. Kebetulan kampung Cik Bulan area bukit bukau. So ni memang gaung ya. Saja eksen gambar tepi gaung. *sila fokus gambar kabus atau gaung ya*

Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian. Bermandian di sungai dahulu, bershower shampoo badan kemudian. Part mandi sungai ni best, boleh buat aksi terjun tiruk dan berenang kuak lentang. Best kampung ada sungai jernih, boleh camping dan buat acara BBQ tepi sungai.

Siapa tau ini pucuk apa? Inilah pucuk betik. Rasa pucuk ni sangat pahit. Tapi biasanya orang kampung kami masak campur dengan pucuk ubi, lada putih dan ikan masin. Phewww, mentua lalu pun ndak nampak oke~~free jewrr,terbaikkkk dari ladang!


Dipendekkan cerita, best sebenarnya tinggal di kampung ni. Selain kurang terdedah dengan pencemaran, kita juga kurang terdedah dengan hutang piutang sebab sumber makanan pun banyak. Shopping mall pun Gmart atau kedai Millmewah lah paling hebat di alam semesta. Sekian.


Semoga bermanfaat.


With Luv 
Cik Bulan
0128137087

Friday 23 June 2017

Pakaian Lotud Adalah Pakaian Ketuhanan.

Pakaian Lotud adalah pakaian Ketuhanan.

Sama seperti pakaian Dusunic yang lainnya, pakaian Lotud juga sering dikaitkan dengan konsep ketuhanan dan religious-spiritual. Dalam kepercayaan masyarakat Dusun Lotud, mereka mempercayai tuhan yang dalam dialek mereka disebut Kinohoringan yang memiliki isteri bernama Umunsumundu. Ada satu artikel mengenai pakaian Lotud, di mana disbutkan pakaian lelaki Lotud dipanggil "Kinohoringan" dan pakaian wanita Lotud pula dipanggil "Umunsumundu" (Humin Jusilin & Salbiah binti Kindoyop 2015:40), iaitu sempena nama tuhan nenek moyang mereka pada zamn dahulu. Bagi masyarakat biasa mereka tidak pernah melihat bagaimana pakaian Kinohoringan dan Umunsumundu, tapi bagi para pemimpin spiritual Lotud (Tantagas), mereka mampu menerangkan cara-cara berpakaian tuhan (Kinohoringan dan Umunsumundu). Dalam satu rinait para Tantagas Lotud yg dipanggil "rinait molukas," satu rinait puji-pujian untuk Kinohoringan dan Umunsumundu yang ketika itu berpindah ke rumah baru yang disebut “molukas;" dalam rinait ini ada diterangkan mengenai cara berpakaian Kinohoringan dan Umunsumundu ayat per ayat. Kononya, pakaian tradisi Lotud yang asli itu berilhamkan apa yang diterangkan mengenai pakaian ketuhanan seperti yang diterangkan dalam bait-bait rinait tersebut.

Pakaian Lotud sendiri dibahagi kepada tiga jenis, iaitu pakaian Momolian (untuk ritual), pakaian khas untuk menari tarian “Sumayau,”dan pakaian pengantin. Secara dasarnya, ketiga-tiga pakaian ini hampir mirip, yang membezakannya adalah hiasan pada “sukob” dan beberapa aksesori. Misalnya, “sukob” untuk Momolian tidak memiliki motif manik seperti yang terdapat dalam pakaian untuk “sumayau.” Bagi para tokoh-tokoh adat Lotud pula, mereka selalunya lebih gemar memakai "binandus (seluar panjang)" daripada memakai versi pakaian “mugah.” Mugah adalah kain sarung tenunan yang selalunya dihasilkan oleh kaum Bajau dan Rungus. Bagi baju wanita, baju lengan pendek dipanggil “sukob” manakala yang berlengan panjang disebut “sukob kopio.” Pakaian wanita Lotud ini dihiasi dengan motif yang dipanggil “ukob” dan “tinobugi.” Motif “ukob” yang terdapat pada “sukob kopio” disulam menggunakan benang emas dan manik. Motif “ukob’ merupakan motif yang wajib bagi pakaian wanita dan lelaki Lotud, ini kerana motif ini ada disebut dalam rinait yang menggambarkan pakaian Kinohoringan dan Umunsumundu. Kaum Lotud membuat motif tidak sembarangan, tapi para pembuat motif harus menyulam sesuai dengan petunjuk yang terdapat dalam “rinait (mantera)” yang mereka amalkan.
_______________________

Sumber gambar :

http://www.imgrum.org/media/1344913897550861839_1045978807
http://www.surfinginmap.club/share/fW-jtQsi2n

Pakaian Termahal Di Sabah

Pakaian termahal di Sabah.

Mungkin pakaian tradisi Dusun Lotud merupakan pakaian termahal sekali di Sabah kerana kainnya yg bersulam benang emas dan perhiasan yg sangat banyak menghiasi. Pakaian super mahal yg mirip pakaian raja-raja zaman dulu kala ini, kalau complete and original bole mencecah berbelas dan berpuluh ribu ringgit. Dalam beberapa catatan penjelajah-penjelajah British yg terawal ada menyebut mengenai kekayaan para pemimpin Dusun di beberapa kawasan d Sabah ketika itu. Spencer St. John (1856:346) misalnya mencatat mengenai kekayaan seorang tokoh Dusun Lotud d Tamparuli yg bergelar "Datu". Beliau dikatakan memiliki harta kekayaan yang sangat mewah dan bernilai tinggi seperti pakaian dr sutera, pakaian tenunan dari benang emas dan sangat banyak perhiasan emas.

Di antara tokoh Dusun yg terkenal d Tamparuli ketika itu digelar Dato Benawah, di Tuaran pula ada tokoh Dusun yang digelar Dato Degadong dan beberapa tokoh Dusun yg bergelar Dato dan Datu di sekitar Kota Belud sampai ke Membakut jg memiliki kekayaan yg luar biasa. Bahkan menurut catatan Frank Hatton pada tahun 1882 ada tokoh2 ini yg menyimpan banyak hamba abdi sebagai pekerja yg dibeli dr pedagang Sulu. Orang Kaya Degadong seorang pedagang n tokoh Dusun dr Ranau dikatakan memiliki belasan hamba abdi yg berkerja d rumah dan ladangnya. Pada zaman Brunei, kesultanan Brunei cuba mengontrol suku-suku peribumi Sabah dgn memberikan mereka gelaran Datu dan Dato serta Orang Kaya, sebenarnya tidak lain hanya utk mengontrol suku-suku tersebut melalui ketu-ketua suku kaum yang dianggap berpengaruh d satu kawasan.

Yang menariknya, menurut catatan Spencer St. John, meskipun tokoh-tokoh ini diberikan gelaran kebesaran oleh Sultan Brunei, tapi banyak daripada mereka yang tidak berada di bawah kekuasaan Brunei. Spencer St. John dalam bukunya yang sama iaitu "Life in the Forest of the Far East Vol.1" yang dipublish tahun 1862 mencatat mengenai suku-suku Idaan (Dusun) di Sabah terutama yang menetap di kawasan hulu sungai sampailah ke pedalaman, bebas dari kekuasaan Brunei. St. John melakukan dua ekspedisi di Gunung Kinabalu antara tahun 1856-1858, bersama Sir. Hugh Low. Mereka mendapati suku-suku Dusun (Idaan) yang ada di kawasan Pantai Barat tidak berada di bawah Brunei, meskipun beberapa ketua suku Dusun di sana bergelar "Datu" dan "Dato." - Aki Rumantai, 2017

-------------------------------------------------------------------
Sumber gambar: Aki Rumantai FB

Suku Kaum Lun Bawang atau Lundayeh

Suku kaum Lun Bawang atau Lundayeh tidak termasuk dlm rumpun Murutic.

Ketika kita membaca tulisan-tulisan para pengembara pada awal-awal tahun 1800an dan 1900an kadangkala agak membingungkan. Selama beberapa tahun ini admin ada membaca beberapa catatan para pengambara Barat sekitar tahun 1800an dan awal tahun 1900an, banyak penulis barat yg terawal nampaknya menyebut suku kaum Lundayeh ini sebagai suku kaum "Murut." Maka dalam banyak catatan zaman kolonial beberapa istilah muncul misalnya "Murut Limbang" dan "Murut Trusan" bahkan "Murut Brunei." Istilah-istilah ini semuanya merujuk pada suku kaum Lun Bawang (Lundayeh) dan Kelabit yg ada di sekitar Limbang, Lawas,  Baram dan di Brunei. Suku Kelabit dan Lundayeh ini secara meluas disalahanggap sebagai Murut, mungkin kerana ketika itu masih blm ada klasifikasi linguistic yg jelas untuk suku kaum di Borneo ketika itu.

Secara linguistic, bahasa Lundayeh/Lun Bawang ini nampaknya termasuk dalam rumpun bahasa Kelabitic yang berasal dari cabang North Sarawakian. Rumpun Kelabitic terdiri dr suku kaum Lundayeh, Kelabit, Tring, Sa'ban, etc. Suku-suku lain dlm rumpun North Sarawakian pula adalah seperti Berawan, Kiput, Lelak, Narom, Tutong, Belait, etc. Secara tradisinya rumpun bangsa North Sarawakian ini menetap di sekitar Selatan Sabah (Sipitang dan Long Pasia); Malinau Kalimantan Utara;  pedalaman Brunei;  Lawas, Limbang dan Baram di Sarawak. Rumpun Murutic pula masuk dalam cabang Southwest Sabahan. Keluarga bahasa Southwest Sabahan ini  terbahagi kepada empat rumpun bahasa, iaitu :

1. Dusunic
2. Paitanic
3. Murutic
4. Tidong

Klasifikasi linguistic untuk suku kaum Lundayeh/Lun Bawang adalah :

Austronesian, Malayo-Polynesian, North Borneo, North Sarawakan, Dayic, Kelabitic.
________________________

Sumber gambar :

http://corlinashonnabeck.blogspot.co.id/2012/01/lun-bawang-thru-my-lens.html?m=1

Suku Bajau Borneo

Ilmu Linguistik membuktikan Bajau berasal dari Borneo.

Suku kaum Bajau aslinya berasal dari Borneo; leluhur mereka kemungkinan berasal dari sekitar Kalimantan kerana bahasa Barito berasal dari Kalimantan. Walaupun suku kaum Bajau baru membuat penempatan secara besar-besaran di Sabah sekitar abad-18/19 berdasarkan dari catatan-catatan para pengembara Barat, tapi mereka merupakan penduduk asli Borneo, ini dapat dibuktikan dengan bahasa mereka. Menurut “Summer Institute of Linguistics dari Universiti North Dakota,” bahasa Bajau berbeza dengan bahasa Tausug dan Iranun. Bahasa Tausug termasuk dalam rumpun Bisaya Filipina (Greater Central Philippine), semantara bahasa Iranun pula termasuk dalam rumpun Danao/Maranao-Iranon (Greater Central Philippine). Bahasa Bajau pula tidak termasuk dalam rumpun Greater Central Philippine, tapi termasuk dalam rumpun Bornean dari sub “Greater Barito.” Berikut merupakan klasifikasi bahasa Bajau menurut SIL :

1. Sama, central :
Austronesian, Malayo-Polynesian, Greater Barito, Sama-Bajaw, Sulu-Borneo, Inner Sulu Sama

2. Sama, Southern :
Austronesian, Malayo-Polynesian, Greater Barito, Sama-Bajaw, Sulu-Borneo, Inner Sulu Sama

3. Sama, Balangingih :
Austronesian, Malayo-Polynesian, Greater Barito, Sama-Bajaw, Sulu-Borneo, Inner Sulu Sama

4. Bajau, West Coast :
Austronesian, Malayo-Polynesian, Greater Barito, Sama-Bajaw, Sulu-Borneo, Borneo Coast Bajaw

Istilah “sulu” dalam klasifikasi tersebut tidak ada kaitannya dengan etnik Tausug di Kepulauan Sulu, hanya merujuk kepada tempat (kepulauan Sulu) di mana ada banyak suku kaum Bajau. Jikalau ditelusuri dari suku-suku kaum yang disebut Greater Barito, mereka terdiri dari suku kaum Dayak yang ada di Kalimantan misalnya Dayak Ma’anyan, Dusun Witu, Dusun Malang, Dusun Deyah, Taboyan, Ot Danum, Bakumpai, Ngaju, Benuaq, Tunjung, Paser dan sebagainya. Salah satu rumpun bahasa Barito yang tersebar jauh dari Borneo adalah suku kaum Malagasy yang belayar ke Pulau Magadaskar dekat Afrika dan menjadi suku kaum peribumi mejoriti di Magadaskar. Bahasa Malagasy memiliki persamaan dengan bahasa Dayak Ma’anyan. Selain kaum Malagasy, suku kaum Bajau juga tersebar ke seluruh Nusantara : Sumatera, pesisir Kalimantan, Sulawesi dan sejauh Nusa Tenggara Timur.

Suku kaum Bajau ini bole dikatakan “pelaut Borneo,” maka penempatan mereka mulai bertebaran jauh dari pusat asal usulnya. Tidak menghairankan mengapa banyak suku kaum Barito yang yang tersebar sejauh Flores dan Magadaskar, kerana suku kaum seperti  Ma’anyan dan Bajau ini pakar ilmu pelayaran, walaupun sekarang tidak ada lagi suku kaum Dayak Ma’anyan yang jadi pelaut, tinggal suku kaum Bajau yang masih akrab dengan laut. Beberapa suku kaum Bajau meninggalkan kehidupan di laut dan menetap kekal di darat menyertai suku-suku kaum Bornean yang lain seperti Dusun dan Murut; mereka yang menetap kekal di darat dipanggil “Sama.” Beberapa daripada mereka mengadopsi kemahiran pertanian dari suku kaum yang mereka panggil “Idaan (Dusun),” dan mulai menanam padi.

Mungkin sebab musabab mengapa suku kaum Bajau ini dianggap orang luar, kerana mereka merupakan peneroka laut. Jikalau suku kaum rumpun Bornean yang di darat seperti Dusun dan Murut adalah pakar dalam meneroka hutan dan bukit bukau, suku kaum Bornean yang di laut seperti Bajau pula pakar dalam meneroka lautan. Untuk pengetahuan bersama, suku-suku kaum yang digelar “Bornean” itu adalah suku kaum yang berada dalam rumpun-rumpun bahasa berikut :

1. North Bornean
= Dusun-Bisaya, Murut, Tidung, Melanau, Idaan, Kajang, Lundayeh, kelabit, etc.

2 Land Dayak
= Bidayuh, Bakati, Jangkang, Sanggau, etc.

3. Kayan
= Kayan, Kenyah, Modang, Bahau, Murik, etc.

4. Barito
= Rumpun Barito dibahagikan kepada 4 keluarga bahasa, iaitu :

i) Barito Timur : Ma’anyan, Dusun Deyah, Taboyan, Paser, etc.
ii) Barito Barat : Bakumpai, Ngaju, Ot Danum, etc.
iii) Mahakam : Tunjung, Benuaq, etc.
iv) Sama-Bajaw : Sama, Balangingi, Palau, Ubian, etc.

Pendapat yang mengatakan Bajau berasal dari Johor atau Riau-Lingga adalah kurang tepat, kerana jikalau menggunakan teori “diversiti” maka pendapat ini akan gugur dengan sendirinya. Hal ini kerana, Riau-Lingga dan Johor bukanlah kawasan asal-usulnya suku kaum Bornean dari rumpun “Barito Besar (Greater Barito).” Kawasan asal-usulnya suku bangsa rumpun Barito adalah di sekitar Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan. Suku kaum Bajau yang ada di Riau-Lingga, Sulawesi, Maluku, NTT dan kawasan perairan Burma itu kemungkinan besar adalah penghijrah dari Borneo. Sama seperti salah satu suku bangsa rumpun “Barito Besar” yang sejak abad-9 telah belayar dan berhijrah ke Magadaskar lalu menjadi bangsa Malagasy di Pulau Magadaskar berdekatan Afrika.

Pendapat yang mengatakan Bajau adalah “rumpun Melayu” juga kurang tepat kerana pendapat ini muncul hasil pengaruh dari ideology politik berbanding muncul dari hasil penelitian ilmiah, kerana tidak ada satupun ahli-ahli bahasa yang mengatakan Bajau sebagai “etnik Melayu.” Jumlah populasi Bajau di Sabah sekitar 440,000 orang. Jumlah populasi mereka worldwide pula sekitar 1.1 juta orang.

-Aki Rumantai, 2017-

SUKU DUMPAS / DOOMPAS SABAH

Beberapa hari lalu admin membaca beberapa komen di beberapa blog dan FB yang menunjukkan banyak sekali orang Sabah yang tidak begitu mengenal suku Dumpas. Kerana mereka kini berpakaian ala-ala Melayu dan muka seakan-akan suku bangsa dari Filipina (kerana kawin campur) maka ada yang mengatakan mereka ini suku kaum dari Filipina. Kerana merasa prihatin dengan kesalahfahaman tersebut, maka admin telah menuliskan secara singkat mengenai klasifikasi bahasa Dumpas menurut ilmu bahasa dari beberapa pakar bahasa.

Suku Dumpas, satu suku kaum yang menetap di sekitar Beluran. Menurut SIL, bahasa Dumpas memiliki tingkat intelligibiliti dengan bahasa suku kaum Tambanuo sebanyak 87%, 57% tingkat intelligibiliti dengan dialek Dusun Labuk-Kinabatangan, 44% tingkat intelligibiliti dengan dialek Coastal Dusun (Kadazan), serta memiliki persamaan leksikal sebanyak 80% dengan dialek Dusun Sugut. Suku kaum ini sangat kecil jumlahnya, menurut satu bancian pada tahun 2015, populasi suku Dumpas hanya sekitar 4000 orang. Mereka memiliki nasib yang sama dengan suku Dusun Gana di Keningau, kerana perkahwinan campur, jumlah suku mereka semakin berkurangan.

Seorang peneliti bahasa Dumpas iaitu Julie K. King telah menuliskan satu artikel mengenai bahasa Dumpas. Seperti yang sudah dikatakan di atas, suku kaum ini memiliki kaitan erat dengan beberapa dialek bahasa beberapa suku seperti Tambanuo dan Dusun Sugut. Pada tahun 1980, dia telah melakukan penelitian bahasa Dumpas di Kampung Perancangan Beluran. Setelah melakukan senarai perkataan bahasa Dumpas dengan 325 senarai perkataan dari kampung-kampung lain di seluruh Sabah, dia mendapati bahasa Dumpas memiliki 80% persamaan cognates dengan senarai perkataan bahasa dari Kampung Buang Sayang, sebuah perkampungan Dusun Labuk.

Dalam mencari persamaan leksikal antara bahasa Dumpas dengan bahasa beberapa suku Dusunic dan Paitanic lainnya, dia mendapati dialek bahasa Dumpas secara leksikostatistikal (perbandingan leksikal-kognat) dengan bahasa rumpun Dusunic adalah antara 55-75% dan dengan bahasa rumpun Paitanic antara 61-79%. Akan tetapi, penelitian leksikal-kognat ini masih belum dapat dijadikan bahan kesimpulan apakah bahasa Dumpas ini lebih mirip dengan Dusunic atau Paitanic. Setelah itu analisis intelligibiliti dilaksanakan dan dari hasil analisis intelligibiliti, Julie K. King menyimpulkan bahwa bahasa Dumpas masuk dalam rumpun Paitanic. Akan tetap, berbeza dengan Julie, Smith pula memasukkan bahasa Dumpas dalam rumpun Dusunic. Klasifikasi SIL pula memasukkan bahasa Dumpas dalam rumpun Dusunic : Austronesian, Malayo-Polynesian, North Borneo, Sabahan, Dusunic

Bagi admin sendiri, admin tidak mau terlalu disibukkan dan dibingungkan dengan pelbagai istilah lain (Momogun, Kadazan, Kadayan, etc), admin cukup menggunakan kata "Dusun" sebagai istilah collective utk menyebut mereka. Dari catatan-catatan zaman British pula, mereka lebih dikenali sebagai "Dusun Dumpas." Mereka merupakan suku yang telah membantu Mat Salleh ketika Mat Salleh berperang di kawasan Beluran. Sebuah kubu telah dibina oleh kaum Dumpas di Kampung Perancangan telah dimusnahkan oleh British, berpuluh pahlawan Dumpas gugur dalam serangan ini yang memaksa Mat Salleh berundur ke Ranau yang kemudian meminta bantuan suku kaum Dusun Liwan dalam kempennya dalam menentang British - Aki Rumantai, 2017.
______________________________________

Sumber gambar :
https://maruwiah.com/2012/06/10/pakaian-tradisional-etnik-etnik-di-sabah/dumpas/

Collagen Kecantikan Kulit

Sumber-sumber collagen / kolagen

Sumber collagen terdapat dari tiga seumber termasuklah sumber dari tumbuh-tumbuhan, haiwan atau binatang ternakan dan sumber marine. 3

1. Collagen dari tumbuh- tumbuhan 
 
Sumber ni paling murah sebab paling senang lah kan, ko ambik petik jak tumbuh-tumbuhan tu. Tidak memerlukan kemahiran yang sangat khusus, asal tau cara cemana petik tumbuhan tu elok-elok tanpa menjejaskan kualitinya. Namun sebagai pengetahuan kita, daya serapan sumber kolagen dari tumbuhan ini ke dalam badan manusia adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan sumber collagen daripada haiwan dan juga sumber marine. 

Kebiasaannya, produk collagen sumber tumbuhan rasanya sedap dan manis. Tapi jangan kata Cik Bulan tak payonggg?? Sebab yang manis tu belum tentu rasa aslinya, kerana untuk bagi rasa dia sedap, sudah tentu banyak gula tambahan yang diperlukan. Padahal kandungan collagennya adalah sangat rendah. Jujur, ni Cik Bulan pernah try tapi tidak habis sebab rasa produk collagen tu sangatlah manis. Risau pula kena kencing manis.

2. Collagen dari haiwan atau binatang
 
Kebiasaannya haiwan atau binatang ternakan banyak terdedah dengan pelbagai jenis pencemaran kimia. Yalah, mau kasi lembu dan ayam tu gemuk cepat, maka kenalah suntik hormon. Almaklumlah, mau bagi laku di market, daging kenalah empuk! Pendek kata, selalunya sumber collagen dari haiwan ni dapat dari lembu, ayam dan babi dan banyak digunakan sebagai suntikan collagen. Yang muslim, kena baca ingredients tu dari A ke Z, hati-hati tau.

3. Collagen dari marine
 
Collagen dari marine adalah yang paling berkualiti tinggi. Tambahan pula sumber ikan yang diambil tu dari laut dalam seperti Red Snapper yang tahan dengan pressure kuat dalam dasar laut dalam. Kebiasaannya, orang negara Timur sebelah Jepun banyak menggunakan collagen marine untuk rawatan sakit-sakit sendi.

Tahukah anda bahawa kandungan collagen daripada ikan yang tinggal di dalam laut yang dalam mengandungi collagen yang lebih tiggi dan berkualiti berbanding collagen dari haiwan lain dan juga tumbuhan? Sebab kenapa? Cuba imagine, kalau manusia yang turun ke laut dengan lebih dalam lagi, pressure atau tekanan akan semakin tinggi. Semakin dalam kita selam, semakin tinggi tekanan. Boleh pecah gegendang telinga uolsss~ Itu lah diver kena pakai special equipment seperti tangki oksigen, helmet khas untuk high pressure elak otak pecah akibat tekanan yang sangat tinggi. 

Kos dan risiko untuk dapatkan sumber collagen dari laut dalam ini sangat-sangatlah tinggi banding ko pegi petik jak tumbuhan yang ada di darat tu. Tu lah collagen sumber marine ni ada sedikit mahal, sesuai dengan kos dan kualitinya. Tambahan pula, sumber collagen dari laut dalam ni jarang terdedah dengan bahan-bahan pencemaran banding dengan lembu ayam ternakan yang terover exposed dengan bahan kimia merbahaya. Kiranya, potensi terkena bahan kimia bahaya itu agak rendah.


Sumber Collagen Marine Ada Dimana???

Mesti ramai yang belum tahu bahawa collagen powder Shaklee dihasilkan daripada ikan red snapper. For your info, red snapper mempunyai daya tahan yang sangat tinggi, dia boleh tinggal di dalam laut yang tekanannya sangat tinggi dengan aman dan damai. Badan dia langsung tidak pecah atau burst akibat tekanan tersebut. Imagine, betapa bagusnya kualiti collagen yang ada dalam badan ikan tu? Cuba bandingkan dengan muka dan tubuh badan kita, pressure rendah pun muka boleh berkedut banyak. Alangkah bestnya kalau wajah kita ni pun tahan pressure yang tinggi, muka pun kekal awet muda.
 
Yang best lagi deng collagen Shaklee ni, ianya diperbuat daripada bahan semulajadi yang bebas dari bahan kimia merbahaya seperti suntikan hormon atau toksik yang lain. Di proses pada tahap minima bagi mengekalkan kualiti semulajadinya tidak terganggu.  Terdapat tujuh bahan utama dalam Collagen Powder Shaklee termasuklah sisik ikan merah (red snapper) tadi, vitamin c dan vitamin b, ekstrak kerang, ekstrak pfaffia, etc.
 
Eh jap, apa kepentingan proses semulajadi?
Collagen yang murah biasanya kerana kosnya yang murah juga. Kenapa murah? Untuk ekstrak ambik collagen dari sumber ianya perlu melalui beberapa proses dan bahan-bahan tertentu diperlukan untuk menyempurnakan proses ini. So, kebiasaannya produk yang murah kerana kosnya juga murah seperti menggunakan bahan berasid contohnyahan-bahan yang digunakan pun mudah didapati terrmasuklah asid hidroklorik!

Yang menjadikan collagen powder shaklee ni mahal sebab proses yang dilaksanakan adalah sangat teliti melalui proses hydrolisis. Atau ayat mudahnya proses memecahkan molekul menjadi lebih kecil menggunakan air. Molekul collagen perlu di proses menjadi sangat kecik seboleh-bolehnya kurang daripada 1000+ dalton, so narulah collagen Shaklee ni dapat diserap dengan baik kedalam tubuh badan manusia dengan kadad optimum. 

Sudah tau proses hydrolisis ni tingi kos dan complicated, Shaklee degil pula mau buat proses ni berulang-ulang selama 8 kali uolsss!! Sanggup kau??? Semata-mata mementingkan keberkesanan dan keselamatan produk kepada pengguna! Baik kan Shaklee?? Terharu Cik Bulan!


Panjang lebar Cik Bulan membebel pun, kamu sendiri kena terayyy dan alami perubahan barulah bestttt!!! Gambar-gambar dibawah ni merupakan antara feedback dari pengguna Collagen Powder Shaklee. Jom baca satu-satu, rugi ketinggalan info best ni?!

<<Klik gambar untuk pembelian>>
 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4dce7b5d590277e9993b439f902c3291
<<Klik gambar untuk pembelian>>
 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4dce7b5d590277e9993b439f902c3291
<<Klik gambar untuk pembelian>>
 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4dce7b5d590277e9993b439f902c3291
<<Klik gambar untuk pembelian>>
 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4dce7b5d590277e9993b439f902c3291
<<Klik gambar untuk pembelian>>
 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4dce7b5d590277e9993b439f902c3291
<<Klik gambar untuk pembelian>>
 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4dce7b5d590277e9993b439f902c3291
<<Klik gambar untuk pembelian>>

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4dce7b5d590277e9993b439f902c3291
<<Klik gambar untuk pembelian>>
 
 
 
 
Semoga bermanfaat.
 
 
With Luv,
Cik Bulan
0128137087
 
 

Thursday 22 June 2017

Barbie Doll Versi Sabahan

Pssssttt2~ Pernah baca kan entri Cik Bulan pasal Sabahan Beauties yang muka2 exotic sebelum2 ni? Alaaah, entry yang viewers dia boleh sampai ke Aussie, Germany, UK, Singapore, Thailand, etc2 tuuu~Opps, ter show off pulak! *just kidding* 

Ok, fokus! Macamni, haritu ada orang komen suruh Cik Bulan search pasal Miss Marylyn Bundoi, sebab muka dia pun boleh dikatakan exotic (sila refer definisi Cik Bulan dalam entri sebelum ni). Dalam hati Cik Bulan, "Macam pernah ku dengar namanya, tapi dimana ya?", then harini ada telebih rajin sket, maka dengan itu Cik Bulan pun search lah nama MARYLYN BUNDOI di Facebook. Eh? friend pula weols dalam FB. *Stalking in progress*

Jeng~jeng~jeng~ Inilah Miss Marylyn Bundoi. Eh, kenapa Cik Bulan bandingkan dengan muka barbie doll? Entahlah, kalau tutup mata sambil imagine muka Miss Marylyn terbayang pula wajah barbie doll yang tengah2 tu. Cer try?

Sumber gambar Miss Marylyn, by Clarice Clay Bitih. Gambar tengah tu ambik dari Google Image jewrr~

Hasil dari stalking Cik Bulan harini, Miss Marylyn ini rupa2nya Winner Miss Senorita 2016 yang telah diadakan di Keningau pada tahun yang lalu.

Gambar Miss Marylyn semasa Gala Night Unduk Ngadau Keningau 2017.
Photo credit to Clarice Clay Bitih.

Cuba imagine muka barbie doll yang sedang tersenyum, ada iras2 muka Miss Marylyn kan?kan?kan? Bezanya cuma barbie doll rambut kaler blonde, mata biru and lipstick pink. Yang Miss Marylyn dalam pic ni pula, kaler rambut hitam, mata hitam and lipstik merah. Inilah orang cakap, serupa tapi bukan orang yang sama!? *Tapi barbie doll tu, doll lah kan?*
(Photo credit to our talented photographer Mr. Nelson Michael)

Yang ni picture taken by Clarice Clay Bitih. Berdasarkan pemahaman dan hasil siasatan detektif Cik Bulan, Clarice merupakan MUA kepada Miss Marylyn semasa Unduk Ngadau Keningau 2017. Hurmmm, siapa yang memerlukan servis MUA boleh cari Clarice ya?

Wow, posing ala2 supermodel gichewww!??? Sekarang, Cik Bulan bersetuju bahawa Miss Marylyn juga memiliki wajah exotic (ciri2 muka ethnic Dusun). Photo credit to *whoever took this picture*

Manis kan senyuman Miss Marylyn? Kulitnya yang ada sedikit hitam manis menyerlahkan lagi kecantikan beliau walaupun tanpa makeup. Serius, i like her smile. Miss Marylyn, silalah join event pageants yang berlambak diluar sana tu. *Rooting for Miss Marylyn, you go gurrrlll~~*


Oklah, stalking pun aktiviti yang memenatkan rupanya. Cik Bulan rehat dulu lah. Lepas baca tu, sila komen yang elok2 sahaja, sebab orang Sabah bilang, "Kita2 juga bah ni". To Miss Marylyn, nanti ada masa dan umur yang panjang, ketemu juga kita nanti. Sekian.


Semoga bermanfaat.

With Luv,
Cik Bulan,
0128137087

Wednesday 21 June 2017

Pasta Termurah Di Kota Kinabalu Sabah

Pssstt3?? Kamu tau kah mana kedai yang bagi pasta harga murah tapi sedap dan pantas disediakan??? Cik Bulan tau!!

Taraaaa~~ Memperkenalkan restoran 'Pasta Pasta' yang terletak di area Gaya Street, Kota Kinabalu Sabah. Hanya dengan RM6.50 sahaja kita boleh enjoy pasta kegemaran memasing~~

  Inilah wajah depan restoran 'Pasta Pasta'.

Mereka muslim jangan risau, sebab restoran ni serve no pork. Staff2 yang menyediakan makanan pun terdiri daripada pekerja muslim juga.

 
Dicadangkan oleh tripadvisor juga uolsss~~

Ni dapur dia..Memang kecik jak. Boleh nampak direct apa diorang bubuh atas makanan kita.

Ini antara pilihan. Kamu mu pilih apa, spaghetti? Linguine? Rotini? Macaroni? Penne Rigate? Boleh pilih jenis pasta kegemaran memasing.

Hiasan didinding pun sangat menarik.

Ni menu di Pasta Pasta. Lepas pilih jenis pasta,then boleh pilih sos dan topping. Minced beef, meat ball, seafood and vegetarian pun ada.

Oppss! Ini saki baki Cik Bulan. Memang serabai semulajadi.


Maaf, cara ambik gambar ala2 gred darjah 1. Next time Cik Bulan akan improve lagi.


Akhir kata, memang tidak rugi try makan sini. Berbaloi dengan harga murah dan servis yang cepat. Dicadangkan bagi mereka yng travel backpacker juga kalau mencari tempat makan bajet. Berbaloi.


Semoga bermanfaat.


With Luv,
Cik Bulan
0128137087