Tuesday, 4 July 2017

Perbezaan Shaklee: Quick Facts Mengenai Shaklee

Mengapa Cik Bulan memilih produk Shaklee? Sebab Shaklee mengutamakan kesihatan dan Shaklee berpendapat bahawa kesihatan adalah harta benda yang paling berharga di dunia.!

SELAMAT. TERBUKTI. BERKESAN.

Itulah tagline Shaklee.

Jom baca sedikit Quick Facts tentang Shaklee;

1) Shaklee telah melaburkan $300 juta dalam UJIAN KLINIKAL, PENYELIDIKAN dan PEMBANGUNAN

2) Shaklee telah membuat pelaburan lebih dari 100,000 UJIAN KUALITI setiap tahun utk memastikan ketulenannya!

3) Shaklee memiliki lebih 100 KERTAS SAINTIFIK, dan 90 daripadanya diterbitkan dlm terbitan penilaian sejawat.

4) Produk Shaklee, kualitinya MELANGKAU ORGANIK.!

5) Keberkesanan, ketulenan & keselamatan produk Shaklee jauh melangkaui piawaian industri!

Wow, melebihi piawaian industri tuuu??! Tunggu apa lagi? Jom mulakan asas kehidupan kita dengan lebih sihat dan berpanjangan bersama Shaklee! Whatsapp Cik Bulan untuk pertanyaan / pembelian atau klik link bawah ni 👇👇👇

www.wasap.my/60128137087
www.wasap.my/60128137087
www.wasap.my/60128137087

Semoga bermanfaat.

With Luv,
Cik Bulan
0128137087

Sunday, 2 July 2017

Post Laser Treatment Cara Cik Bulan

Haritu Cik Bulan ada share pasal pengalaman buat laser treatment muka kan?

Doctor yang buat treatment Cik Bulan tu memang ada mention untuk buang 'corns' dari kulit Cik Bulan. So kalau buang corns ni memang akan ada temporary 'scars lubang-lubang' macam dalam pic BEFORE tu. And after buang corns ni guna laser, Cik Bulan tidak boleh apply makeup / foundation / BB cream / CC cream / etc2 selama seminggu sehinggalah kulit sudah benar-benar sembuh. Cuma perlu sapu vaseline saja untuk tujuan healing proses. JANGAN LUPA PESAN DOKTOR PAKAI VASELINE DAN JANGAN APPLY MAKEUP AT LEAST SEMINGGU!

Disebabkan Cik Bulan kena present paper dengan management di office rabu ni, Cik Bulan ikhtiar dengan supplements Shaklee yang Cik Bulan yakin boleh bantu sepanjang proses penulihan berlaku. Antara supplements yang Cik Bulan amalkan dalam beberapa harini termasuklah;

๐Ÿ’– Vitamin C - membantu merangsang penghasilan sel kulit yang sihat

๐Ÿ’–ESP - sebagai sumber protein yang penting untuk pertumbuhan sel yang baru. yalah, kan baru laser kena tumbuh sel yang cantik

๐Ÿ’–Vita Lea - multivitamins atau Vita Lea ini pula untuk bantu luka sembuh dengan cepat sebab dalam vita lea ada zinc yang baik untuk penyembuhan luka dalaman serta luaran

๐Ÿ’–Collagen Powder - collagen baik untuk elak muka berlubang dan mengecilkan liang pori-pori pada muka

So lepas jak selesai buat laser treatment tu, malam tu juga Cik Bulan ambik smua supplements ni. Syukur, dugaan Cik Bulan adalah tepat.! Ternyata supplements ini membantu mempercepatkan proses healing kulit Cik Bulan. Dalam masa 3 hari, bekas 'luka' buang corns sudah semakin pulih. Rujuk gambar kanan AFTER 3 hari consume vitamins Shaklee. Hepsss, jangan kecam! Kulit Cik Bulan tidak seFlawless kulitmu yerr tapi Cik Bulan sedang dalam proses memperbaiki kesihatan kulit. Apa pun syukur, syukur, dan syukur! Sebab Rabu ni tidak payah pakai mask untuk kaver muka macam kena ciken pox ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.

Terima kasih Shaklee.


Semoga bermanfaat.


With Luv,
Cik Bulan
0128137087

Supplements Shaklee

"Eh, Shaklee ada produk apa ya??"

Ko mau cari produk apa, makanan tambahan Shaklee ada single product dan boleh beli satu set juga.

"Kenapa mesti satu set? Ada jual vitamin satu jenis sahaja boleh ubat macam-macam penyakit?"

Hamboii cik puan, for your info, Shaklee punya vitamins ni sejenis makanan tambahan. Bukan ubat-ubatan untuk rawat penyakit kronik. Ingat pil ajaib kah? Shaklee sarankan ambik set untuk dapatkan kesihatan optimum sebab vitamin ni ada banyak jenis. Ada vitamin C, Vitamin E, Vitamin A, Vitamin D, Vitamin B, minyak ikan, collagen, protein dan etc2. Sama macam dalam piramid makanan kan kita disarankan ambik carbs, protein, sayur dan buah-buahan sebab zat nutrisinya lain-lain jenis.

"So apa set supplements Shaklee? Ada set untuk kesihatan lelaki dan perempuan? Ada untuk wanita hamil? Ada milkbooster? Ada untuk kesihatan sendi? Kesihatan tulang? Kesihatan mata? Kesihatan kulit dan rambut?"

Hurmmn, jom sama-sama tengok apa set supplements Shaklee ada. Berikut adalah antara set supplements yang ditawarkan.

Set premium untuk kesihatan lelaki
Set kecergasan untuk lelaki agar kekal akrif sepanjang masa


Set keperluan asas dan pemberi tenaga seharian

Set premium untuk para wanita


Set untuk wanita yang kekal anggun 


Set penyeri untuk golongan wanita. Lelaki pun boleeehhh jewrrr


Perlu detox? Inilah set yang dicadangkan


Bagi mereka yang bakal bersalin amat sesuailah memiliki set ini agar kekal bertenaga selepas bersalin dan elak meroyan


Tingkatkan imunisasi dengan set perlindungan imun ini.


Banyak lagi set-set yang best. Berminat? Boleh contact Cik Bulan ditalian 0128137087 untu konsultasi percuma khusus untuk kastemer Cik Bulan.


Semoga bermanfaat.


With Luv,
Cik Bulan
0128137087


Saturday, 1 July 2017

KESAN SAMPINGAN DETOX

Ramai yang bertanya adakah DETOX itu benar-benar berlaku?

Tapi suka Cik Bulan bertanya pula sama ada, TOKSIN itu benar-benar wujudkah? Kalau wujud, proses yang menyingkirkan toksin dari dalam badan itulah kita panggil DETOX atau proses menyahtoksin racun / bendasing / toksin keluar dari badan manusia.

Pelbagai jenis program detox yang kita boleh lakukan termasuklah detox parasit, detox usus, dan detox buang angin atau gas keluar dari badan kita. Produk yang diamalkan untuk menyingkirkan toksin dari dalam badan juga ada macam-macam jenis seperti makanan tambahan.

FYI, Shaklee juga telah mengadakan program detox. Shaklee telah memperkenalkan produk makanan tambahan yang membantu menyingkirkan toksin melalui hati, paru-paru, buah pinggang, dan juga darah kita. Jom lihat feedbacks pengguna atau customer yang melakukan detox seperti saranan Shaklee.


Rasa lebih cergas setelah mengikuti program detox Shaklee

Selama ni selalu craving makanan manis, lepas join program detox Shaklee bukan sahaja keinginan makan makanan manis berkurang tetapi metabolisma juga meningkat.

Testimoni detox parasit. Sebelum ni selalu craving manis-manis, cepat marah, selalu marah-marah, sukar kawal mood. Lepas detox emosi semakin terkawal.


Gaya hidup yang tidak sihat menyukarkan beliau untuk menurunkan berat badan. Semasa melakukan detox Shaklee, berat tetiba turun.


Berminat dengan produk dan program detox Shaklee? Feel free to ask me, rahsua dosage akan diberikan KHUSUS UNTUK CUSTOMER CIK BULAN.


semoga bermanfaat.


With Luv,
Cik Bulan
0128137087


Thursday, 29 June 2017

Rawatan Laser Untuk Kecantikan Kulit Muka

Cik Bulan mau 'komplen' pasal rawatan Laser Face Treatments by Skin Life Laser Clinic (SL Clinic)!!!! Actually, Cik Bulan sudah pernah dengar pasal rawatan ni sejak beberapa tahun yang lalu tapi baru tau rawatan ini ada di area Kota Kinabalu, Sabah masa awal tahun ni. Nampak kawan-kawan di Facebook share experience diorang after buat rawatan laser muka so macam curious pula. Tidak sakit kah???
 
Lepas baca beberapa feedback dari customers, maka Cik Bulan pun ambik keputusan untuk try buat laser treatment ni. Gatal hati mau try kan, mana boleh ketinggalan uolss~ So ini lah kaunter reception SL Clinic yang tempat Cik Bulan pegi buat rawatan laser muka. Manalah tau esok kulit jadi halus mulus macam Neelofarrr.*haiskh, inilah manusia* 
 
Senang saja mau cari lokasi clinic ni sebab clinic ni berada di bangunan Plaza Shell Kota Kinabalu, depan round about jalan pegi Padang Bandaran Terminal Taxi Kota Kinabalu. Ini view dari dalam clinic tu. Mau tau apa alamat? Lot 1.08, Plaza Shell, 29, Jalan tunku Abdul Rahman, Plaza Shell, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Atau dengan kata ringkas, ko nek jak lift dalam bangunan Plaza Shell tu, atau guna escalator, then pegi level 1 sebab clinic tu betul-betul sebelah escalator.
 
Depan entrance akan nampak selipar kaler blue and pink belambak dalam tu. Diorang memang sudah ready kan selipar rumah. Tidak dibenarkan pakai kasut bawa masuk ya, sila pakai selipar khas. Please behave.
 
Dan yang best apa? Staff di kaunter tu cakap, "You can eat anything you want here." dia cakap sambil tunjuk megi yang besusun di tepi-tepi rak tu. *mata berkelip-kelip dan bercahaya tanda gembira*
 
Siap ada makanan ringan termasuk kuih makmur atas meja menunggu. Ngam betul time musim raya kan?
 
Kemas jak diorang susun jajan dan water cup atas rak tepi tu. Apa lagi, berbunga-bunga la hati mereka yang sedang lapar macam Cik Bulan?!
 
Taraaaaaa~~Kids zone gicheww~ Nampak betul yang diorang ni sungguh memahami kaum-kaum ibu yang mau cantik tapi terpaksa heret laki anak untuk buat rawatan laser muka ni. At least budak-budak tidak nangis keboringan time menunggu kan? Agak bijak disitu.
 
Inilah jejaka tampan yang jaga kaunter masa tu. Eh, lupa pula berkenalan Tanya nama pun tidak sempat maybe Cik Bulan neves first time buat rawatan laser muka? BTW, muka Cik Bulan agak berkilat disitu sebab diorang tempek Vaseline untuk post treatment. 
 
Sempat selfie dengan doctor (yang lelaki kanan tu) dengan assistant beliau after treatment siap. Diorang semua pun friendly and sporting. Thank you for your time guys~
 
Ok, gambar ni Cik Bulan zoom in sket dengan harapan harga tu Nampak jelas. FYI, untuk satu kali rawatan, harga treatment RM99. Tapi kalau ambik pakej contohnya 3x buat facials, harga ada murah sket RM280, so save RM17, kalau 5x facials RM450 (save RM45), 10x facials RM850 (RM140). Jimat kalau ambik pakej, dan yang best TIADA TARIKH LUPUT!!!
 
 
Demikianlah perkongsian Cik Bulan. Sesiapa yang berminat tu bolehlah contact Dr. Hiew Fu Tshung (cari nama ni di Fb and boleh PM dia sendiri). ATAU, contact 011-11227373 untuk buat appointment.
 
 
Semoga bermanfaat.
 
 
With Luv,
Cik Bulan
0128137087

Tips Bagaimana Untuk Mendapatkan Kulit Wajah Yang Bebas Jerawat Dan Sihat

Tips Cik Bulan kali ni ringkas sahaja, dan tips ini tentang bagaimana kita menjaga kesihatan kulit wajah supaya bebas dari jerawat!
 
Antara tips;
1.  Tidur
Tidur sebaik-baiknya 8 jam sehari. Lebih baik tidur selewat-lewatnya jam10pm. Bangun pun jangan lambat sangat sebab terlebih tidur pun boleh buat muka sembap dan menyumbang kepada eyebag serta mata panda.

2. Air
Banyak manfaat kita boleh dapat dengan pengambilan air putih dan bersih yang cukup! Termasuklah kesihatan kulit dan wajah berseri. Amalkan minum air putih yang cukup setiap hari. Kuantiti air iku jumlah berat badan kita. Setiap 25kg berat, bersamaan dengan 1L air kena ambik. So, kalau berat ko 50kg, kena ambik 2L air. Faham? Then, sila kurangkan pengambilan air berkarbonat, bergula tinggi, dan berkafein.

3. Hygiene
Hygiene atau kebersihan itu sangat penting! Elakkan menyentuh bahagian muka dengan jari-jemari yang tidak dibersihkan, kerana jari adalah part badan manusia yang tinggi risiko jangkitan kuman. AND, jangan picit jerawat! Ianay boleh menyebabkan parut jangka yang panjang. Seboleh-bolehnya pakai makeup remover walaupun tidak memakai makeup before cuci muka dengan cleanser. Kulit kita ni even tidak memakai makeup pun still terdedah dengan dust dan pencemaran diluar sana.
Pakai skincare. Jangan degil yang konon-kononnya kulit nenek moyang kita dulu tidak pakai skincare pun ok jak? FYI, itu zaman dahulu kala yang matahari pun tidak terlalu panas dan bahan cemar masih kurang. So at least basic skincare kena ada: Cleanser, Toner, Moisturiser, dan Sun Protector. Tapi bab memilih skincare pun kena hati-hati. Seboleh-bolehnya elakkan memakai skincare yang mengandungi bahan kimia merbahaya seperti merkuri, hydroquinone dan paraben. pilihlah skincare yang asas natural ingredients dan bebas bahan kimia merbahaya

5. Diet
Kenapa kena ubah diet? Pernah dengar quote "You are what you eat"? Maksudnya, apa yang kita makan itu akan efek kepada badan kita termasuklah muka berjerawat. Potensi mendapatkan kulit muka yang sihat adalah tinggi dengan pemakanan yang seimbang. Kurangkan makanan bergoreng, berminyak dan fast food. Nutrisi kena cukup. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang fresh. Ambik makanan tambahan untuk top up nutrisi yang kurang sperti multivitamins, protein, vitamin E dan vitamin C utk menyokong kesihatan kulit. Sekali sekala boleh buat program detox, sebab toksin juga punca kepada masalah kulit. Kalau mampu add on Collagen, kerana Collagen juga sangat bermanfaat kepada kesihatan kulit.
 
Kepada mereka yang ada masalah kulit berjerawat dan sensitif, kalau ikut tips ni dengan penuh disiplin, dalam bebrapa minggu ko boleh nampak effect tu cemana tetapi bergantung tahap kesihatan badan / kulit memasing. Trust me, but kena sabar dan konsisten. Selamat mencuba.
 
 
Semoga bermanfaat.
 
 
With Luv,
Cik Bulan
0128137087

Wednesday, 28 June 2017

Kuih Jemput Jemput Ubi

Balik kampung cuti Raya baru-baru ni Cik Bulan belajar satu resipi dari mama Cik Bulan. Sebenarnya resipi ni accidentally terrrbuat, sebab kebetulan mama Cik Bulan ada ubi lebih kan. So terciptalah resipi kuih yang bernama JEMPUT-JEMPUT UBI KAYU.
 
Bahan-bahan mentah yang diperlukan adalah sangat ringkas;
1. 4 batang ubi kayu saiz sederhana besar.
2. Satu mangkuk (saiz kecil) tepung biasa untuk buat kuih tu.
3. Air bersih lebih kurang setengah liter
4. Satu setengah sudu makan garam
5. Gula pasir lebih kurang 5 sudu (kalau mau lebih manis, boleh adjust sendiri)
 
Cara-cara penyediaan kuih jemput-jemput ubi kayu;
1. Cuci bersih-bersih ubi kayu tadi dan parut kesemuanya.
2. Selepas ubi diparut, cuci dengan air masak yang bersih. Tujuannya bagi rasa pahit tu keluar.
3. Perah air tadi dan asingkan air perahan dengan ubi yang diparut tadi.
4. Simpan air perahan tu, nanti Cik Bulan bagitau untuk apa air perahan ni ya.
5. Kemudian, ambik tepung gandum, tabur dan gaulkan dengan ubi kayu yang sudah diparut dan diperah airnya, hingga sebati. Gaul sampai dapat texture 'melekit-lekit' tu.
6. Letak garam dulu, gaul, dan baru letak gula, dan gaul kesemuanya. Biarkan selama setengah jam, biar semua rasa masin dan manis tu meresap kedalam ubi.
7. Then, lepas setengah jam menuggu, masukkan minyak masak kedalam kuali dan panaskan.
8. Bentukkan campuran ubi tadi menjadi bulat kecik-kecik saiz bola paintball atau pingpong. Biar kecik supaya cepat masak.
9. So lepas bulat-bulatkan, masukkan kedalam kuali berisi minyak panas tadi. Kalau warnanya sudah kekuningan atau coklat, bolehlah cedok dan simpan atas bekas piring.
10. Ulang step 9 dan 9, sehinggalah sebatian ubi kayu yang diparut tadi selesai bertukar menjadi kuih jemput-jemput ubi kayu dan sedia dimakan.
 
Senang jak kan? Lain kali ada ubi lebih dirumah boleh buat ya? Selamat mencuba.
 
Aaahh,ini lah ubi kayu yang sudah diparut, diperah airnya, and then dicampurkan dengan tepung gandum, garam, gula dan air. Bentuk sebatian ni jadi bulat-bulat macam kuih onde-onde.

Dan inilah hasilnya yang Cik Bulan namakan JEMPUT-JEMPUT UBI KAYU. Sedap dimakan bersama denga kopi o atau the sahaja. Makan panas-panas gituuu. *Abaikan longgokan sebelah kiri tu ada gelap sedikit*



 
Semoga bermanfaat.
 
 
With Luv,
Cik Bulan
0128137087