Thursday, 29 June 2017
Rawatan Laser Untuk Kecantikan Kulit Muka
Tips Bagaimana Untuk Mendapatkan Kulit Wajah Yang Bebas Jerawat Dan Sihat
1. Tidur
2. Air
3. Hygiene
4. Skincare
5. Diet
Wednesday, 28 June 2017
Kuih Jemput Jemput Ubi
Monday, 26 June 2017
Kisah Di Sebalik Senjata Gayang
Proses pembuatan senjata “gayang” yang kini sudah pupus, kini hanya tingga sejarah silam.
Saat ini, tradisi pembuatan senjata kaum Dusun kini bole dikatakan sudah pupus, kerana admin sendiri belum menjumpai satu orang “modsusupu” yang masih tau membuat gayang asli. Kemungkinan kerana syarat pembuatan yg terlalu berat untuk dipenuhi atau proses pembuatannya yg agak sulit, di samping permintaan yg kurang, maka byk penempa yg mulai meninggalkannya, sehingga kemahiran ini pupus begitu saja. Tambahan lagi, senjata tidak diperlukan lagi di zaman ini dan pengaruh ajaran agama sangat kuat. Dua orang moyang admin sendiri yang bernama Aki Gondulu dan Aki Semiar adalah “modsusupu” dari daerah Kiulu. Kalau memakai kaedah perkiraan generasi menggunakan “fatherhood,” kedua-duanya hidup kira-kira sekitar tahun 1860an-1920an. Aki Semiar mewarisi ilmu pertukangan besi daripada bapanya, Aki Gondulu..
Dalam salasilah keluarga admin, Aki Semiar merupakan orang terakhir dalam keluarga sebelah Datuk yang menjadi “modsusupu.” Beliau diperkirakan meninggal sekitar tahun 1920an; setelah beliau meninggal, ilmu pandai besi Dusun Kiulu yang diwarisinya dari nenek moyang berhenti pada generasinya sekitar tahun 1920an. Jadi semasa menemuramah datuk admin yang kini berusia mencecah 80 tahun, beliau ada menceritakan sedikit sebanyak mengenai proses membuat senjata pada zaman dahulu dan pantang larang pembuatan senjata. Jadi orang zaman dulu kononya x perlu safety equiptments besi panas membara pun dipegang begitu saja. Ada senjata yang dibentuk dgn hanya menggunakan jari. Aki Gondulu bole dikatakan berasal dari keluarga tukang besi di daerah Kiulu, jadi orang-orang akan datang ke tempatnya untuk mendapatkan barang-barang besi seperti senjata.
Dusun Kiulu kebanyakannya dari suku Bundu dan Tagahas yang memiliki rival yang kuat dari suku Lotud di Tuaran dan Tamparuli. Dalam banyak catatan-catatan lama, sering disebut satu tempat bernama “Ulu Tuaran,” ia sebenarnya merujuk kepada daerah Kiulu. Daerah Kiulu ini terletak di kawasan paling hulu, ke kawasan pergunungan yg menjadi punca Sungai Tuaran. Daerah Kiulu (Ulu Tuaran) ini antara daerah yg menjadi pusat penghijrahan kaum Dusun ke daerah pedalaman. Kaum Dusun di daerah Tambunan dan Keningau banyak berasal dari Kiulu. Kononya Dusun di Kiulu pada zaman dulu aktif berperang dengan orang-orang Dusun dari Tamparuli dan Tuaran, maka daerah Kiulu dulunya memiliki banyak tukang besi (modsusupu). Pada zaman dahulu, gayang pahlawan merupakan yang paling susah dibuat, Berikut merupakan antara bahagian terpenting dalam proses pembuatan senjata “gayang” yang dipakai untuk “misangod (berperang)” :
1. Subak :
= Pada zaman dahulu, “dompuran podsusupuan” dianggap tempat yang keramat dan dikatakan memiliki beberapa jenis makhluk ghaib yg selalu membantu “modsusupu” membuat senjata. Sebelum seorang modsusupu (penempa senjata) menempa senjata, dia pertama2 harus terlebih dahulu mengorbankan (monubak) seekor ayam untuk "dompuran podsusupuan (tempat penempaan senjata)". Menurut salah informan iaitu datuk admin sendiri, beliau mengatakan, tanpa dikorbankan seekor ayam, si penempa senjata akan terkena hal yg tidak baik misalnya telinga ditulikan, tempaan menjadi tidak baik dan sebagainya.
2. Sosob :
= “Sosob” dalam bahasa Dusun ertinya ketika besi yang ditempa itu dicampurkan dengan cecair utk mencipta bahagian tajamnya. Sosob pada senjata selalunya hanya 1 inci atau kurang. Jadi, ketika senjata ditempa, 7 air kotor untuk "ponosob" digunakan utk membuat bilah senjata ini menjadi berbisa dan keras.
3. Batarak
= Setelah sarung dan hulu siap, satu bahagian terpenting dr proses dilakukan iaitu senjata akan dibawa betarak (bertapa) selama 7 hari, 40 hari, ada jg yang 100 hari. Upacara ini selalunya untuk memasukkan semangat di dalamnya. Ritual ini hanya dilaksanakan untuk senjata yang dipakai untuk berperang dan tidak semua senjata perang itu dibawa "batarak," hanya sebilangan kecil sj. Senjata yang dibawa "batarak" ini selalunya yg paling power. Menurut datuk admin, Komburongoh yang memiliki kuasa yg luar biasa jg selalunya dibawa "batarak"di kawasan talun (hutan) atau ratap-ratap (kawasan berair) untuk menambah kekuatannya dan ini diamalkan oleh beberapa moyang admin dr golongan "Bobolian" pada zaman dahulu.
3. Tampasi :
= “Tampasi” dalam bahasa Dusun ertinya “menghidupkan.” Setelah selesai "betarak" bersama senjata, senjata itu kemudian diritualkan dgn menguhok senjata itu dgn "rinait pamasi", sehingga senjata itu akan menjadi seperti "benda bernyawa". Dlm Ritual "Mamasi" ini, 7 ekor ayam jantan yg berwarna merah dikorbankan. Darah ayam itu diletakkan pada kain merah dan diikat pada gayang atau pada anggota tubuh si pemilik senjata, misalnya d bahagian lengan.
4. Tomposio :
= Untuk memastikan semangat senjata ini tidak lari atau memudar, setiap tahun, gayang ini mesti "dihidupkan (tomopsio)" dgn mengorbankan seekor ayam, supaya semangatnya tetap hidup. Dalam keeprcayaan kaum Dusun, dalam setiap senjata ada beberapa semangat yg akan tinggal, salah satu daripada itu adalah semangat yg bernama "Pitobungan,”semangat yang khas ada dalam senjata-senjata.
Menurut cerita, bagi para pahlawan yang berjaya membunuh musuh, kepalaya akan diambil dan kemudian direbus. Otaknya dikeluarkan dan secubit dimakan dan yang lainnya dimasukkan ke dalam sarung gayang atau hulu gayang. Kemudian rambut musuh diambil dan dilekatkan di hulu atau sarung gayang. Kepala musuh pula digantungkan di “sogindai” yang selalunya adalah pokok atau batu, utk dibiarkan sampai kering sblm disangkutkan di syiling rumah atau di sulap atau di Bangkawan (headhouse). Menurut datuk admin, otak manusia yang dimasukkan dalam gayang menambahkan kekuatan gayang tersebut. Akan tetapi, adat memasukkan otak musuh ke dalam hulu dan sarung gayang merupakan adat khusus kepahlawanan Dusun di daerah Tambunan, admin belum pernah mendengar praktik ini di tempat lain.
Informasi tambahan :
1. Pitobungan :
= Pitobungan adalah sejenis semangat yg neutral, ertinya, dia bole menjadi baik atau menjadi jahat. Pada zaman "misasangod (headhunting)," semangat ini selalunya akan tinggal di dalam senjata, yang akan membantu pahalawan ketika bertempur. Ada jg keeprcayaan yg mengatakan bahwa Pitobungan ini adalah roh-roh dari pahalawan yang terbunuh dalam peperangan dan tinggal d dalam senjata. Semangat Pitobungan yg jahat, suka mencuri jiwa-jiwa mereka yang terbunuh dalam peperangan. Tidak begitu jelas asal usul nama "Pitobungan," kemungkinan besar istilah "Pitobungan" ini berasal dr istilah "tobung." "Tobung" ertinya adalah musuh, kemungkinan merujuk roh-roh musuh yang terbunuh.
2. Kinorohingan adalah “modsusupu.”
= anehnya, ada suku kaum Dusun yang sering menyebut Kinorohingan sebagai “modsusupu,” yang ertinya “pembuat senjata.” Ada beberapa “tangon” dahulu kala menceritakan mengenai beberapa manusia yang kononya telah pergi ke syurga (libabou) untuk bertemu Kinorohingan (Tuhan kaum Dusun), jadi ketika sampai di syurga, orang tersebut mendengar bunyi orang mengetuk besi. Ketika manusia tersebut bertanya kepada penghuni syurga siapakah itu, mereka mengatakan “itulah Kinorohingan.” Jadi di syurga Kinorohingan kononya suka “modsusupu” pelbagai jenis peralatan-peralatan besi. Maka banyak kisah mitos kaum Dusun mengenai Kinorohingan memberikan manusia peralatan-peralatan besi seperti gong, pedang, perhiasan dr logam dan sebagainya.
Tidak begitu diketahui, apakah erti di sebalik istilah “modsusupu” yang diberikan kepada Kinorohingan seperti yang digambarkan dalam banyak tangon-tangon klasik Dusun, kemungkinan pencerita ingin menggambarkan Kinorohingan sebagai “pencipta” atau “sumber” peradaban umat manusia, maka Kinorohingan digambarkan sebagai pencipta barangan besi di "Libabou (syurga/kayangan)." Ini kerana, peralatan besi merupakan satu inovasi manusia yang kini bermunculan dalam pelbagai bentuk : kereta, kapal terbang, kapal laut, handphone, jambatan besi dan sebagainya - Aki Rumantai, 2017.
____________________________
Deakripsi gambar :
= Beberapa jenis gayang tua abad-19 (1800an).
Masalah Kulit Sensitif dan Berjerawat
Sebelum ni Cik Bulan pernah chit chat dengan kawan-kawan pasal kulit Cik Bulan masa tahun 2015 tiba-tiba dilanda kekusamanan, dan tiba-tiba pula jadi sensitif. Mungkin sebab makanan dan pola tidur yang tidak teratur? Macam-macam produk skincare Cik Bulan try. Tapi masih kusam! *benci*
Stress jugalah balik-balik kena tegur oleh kawan-kawan di office. Then masa tu selalu nampak kawan-kawan promote pasal produk-produl berkenaan untuk masalah kulit. Macam-macam brand ada, dari yang murah ke produk mahal. Cuma hati ni terdetik untuk cuba berkenalan dengan produk Shaklee. Kenapa? Sebab ramai komen positif dari kawan-kawan termasuklah dari family terdekat. Plus, Cik Bulan pun ada baca juga info pasal Shaklee hasil dari Google. Sebab konon takut makan supplements jadi tu lah yang tetiba rajin cek info.
Then, Cik Bulan ambik keputusan untuk try ambik multivitamins Shaklee, itupun didorong oleh alasan lain, iaitu kurang iron dalam badan. Doktor suruh ambik sumber iron, supplement pun boleh doc bagitau. Lepas try multivitamin, teringin pula ambik vitamin c, and add on protein (ESP) Shaklee sebab atas alasan gastrik lah ambik ESP ni. Cik Bulan amalkan dalam tempoh sebulan, then continue lagi bulan seterusnya.
Ekceli, Cik Bulan ada terbaca info pasal manfaat makeup remover NutriWhite Shaklee juga. Mungkin sebab cuci tidak bersih dan kotoran degil susah mau tanggal, tu yang terfikir mau try makeup remover yang tidak mengandungi bahan kimia merbahaya ni. NO PARABEN, NO HYDROQUINONE, AND NO MERCURY. Masa tu kebetulan muka Cik Bulan pun sangat berminyak (kawan tegur oke, terasaaaa ai tauuu). Tu pasal ambik balancing moisturiser Shaklee juga bagi dia kawal minyak di muka Cik Bulan ni. So, sekarang Cik Bulan ada Vita Lea (multivitamins), Protein (ESP), Vita C, Makeup Remover NutriWhite, dan Enfuselle Balancing Moisturising Shaklee.
Cik Bulan continue lagi bulan seterusnya. Ada juga masa-masa yang terskip ambik vitamin, tapi tidak apa. Cik Bulan teruskan juga. Sabar, sabar, dan terus sabar. Terus masuk bulan ke4 atau ke5 (tidak ingat sangat), time jumpa kawan lepak-lepak di cafe, diorang tegur pula skin Cik Bulqn ada improvement dan semakin baik.
Masa tu Cik Bulan sendiri pun tidak perasan perubahan skin Cik Bulan sampai lah ada satu orang macik yang jual-jual sayur (tempat Cik Bulan memborong bekalan sayuran selalu) pun tegur masalah kulit Cik Bulan semakin baik. Gambar kiri bawah tu kulit sebelumnya, gambar kanan selepas amalkan produk Shaklee. Cik Bulan tidak claim kulit Cik Bulan sekarang ni teramatlah flawless macam snow white, tapi sekurang-kurangnya usaha Cik Bulan membuahkan hasil yang positif dan selamat! Mengapa selamat? Sebab kira-kira dalam 10 bulan selepas amalkan Shaklee, Cik Bulan pegi cek medical checkup. Syukur, buah pinggang masih elok. Baru-baru ni check lagi, syukur masih sihat.
Kesimpulannya, bagi mereka yang bukan dilahirkan kulit flawless macam Fazura atau Neelofa, perlu sabar untuk dapat hasil yang baik. No shortcut! Tiada istilah harini amalkan vitamin, kemarin sudah terlajak flawless~~
Jadi, harini uolss sudah mamam vitamin? Kalau sekiranya ada yang berminat chit chat untuk meluah atau ingin berkongsi perasaan tentang masalah kulit memasing, feel free to contact me@0128137087. Jom kita sama-sama ikhtiar dan kongsi ilmu.😊😊😊
Sunday, 25 June 2017
Herba Kampung Untuk Cirit Birit
Cik Bulan masih ingat zaman kanak-kanak dulu, selalu kena cirit-birit sebab makan pakai tangan tidak bersih. Biasalah, zaman budak-budak dulu semua pun main hentam, tanga belum cuci pun tidak kisah.
Kalau sudah macamtu, opkos la kes cirit birit tu perkara biasa. Sudah lah masa tu klinik kerajaan pun jauh, dan belum sepenuhnya beroperasi, so mama Cik Bulan lah yang jadi doktor kampung weolss~
Tau apa mama Cik Bulan pakai kasi ubat cirit birit? Mama Cik Bulan pakai pucuk jambu uols, cara-cara buat minuman herba kampung ni pun sangat senang. Bahan-bahan kena ada pucuk jambu, air,cerek atau pot dan api.
Cara-cara menyediakan minuman herba untuk mengatasi cirit-birit;
1. Ambik pucuk jambu yang masih muda, lebih kurang semangkuk
2. Basuh dan bersihkan pucuk jambu muda tadi
3. Rebus pucuk jambu muda dengan air bersih, 1L air pun cukup. Tunggu sehingga menggelegak.
4. Ambik air rebusan air tadi (so kena tapis lah, daun tu tak payah makan, ambik air jak). Biarkan selama beberapa minit sampai panas air rebusan tu suam-suam suku jak.
5. Then, lepas tu boleh lah minum. Try minum segelas dulu, ikut perubahan atau prestasi badan. Kalau semakin reda cirit birit tu, bolehlah stop minum air rebusan pucuk jambu tadi.
Herba air rebusan pucuk jambu ini sangat berkesan untuk melegakan cirit birit. Petua ini masih diamalkan orang kampung sampai sekarang terutama mereka yang jauh dari hospital / klinik. Cik Bulan tidak cakap tip ni scientifically proven, tapi Cik Bulan adalah antara testimonial berjalan yang pernah amalkan tip ini. Dan memang berkesan untuk masalah cirit birit.
Sesungguhnya, ini adalah petua orang kampung. Tapi zaman sekarang klinik dekat, so kalau perut tidak selesa dan cirit birit tidak berhenti, lekas-lekas lah ke klinik / hospital. Faham-fahamlah zaman sekarang ni makin moden makin banyak penyakit pelik! Jangan cakap Cik Bulan tak payonggg~~
Semoga bermanfaat.
With Luv,
Cik Bulan
0128137087
Apa Yang Best Tinggal Di Kampung?
Cuti-cuti ni memang aktiviti balik ke kampung laaahh Cik Bulan?! Apa yang best di kampung ni?? Di kampung bessst, view pun 'fresh', masih banyak pepokok hijau-hijauan, sayur kampung ulam-ulaman merata-rata, sungai pun masih bersih, cuaca pun sejuk jak! *Ni time menaip buat entri ni pun cuaca sejuk dan berkabus*
Apa yang best di kampung? Gambar-gambar dibawah adalah bukti di tempat kejadian dan menjelaskan segala-galanya pada hari ini.
Friday, 23 June 2017
Pakaian Lotud Adalah Pakaian Ketuhanan.
Pakaian Lotud adalah pakaian Ketuhanan.
Sama seperti pakaian Dusunic yang lainnya, pakaian Lotud juga sering dikaitkan dengan konsep ketuhanan dan religious-spiritual. Dalam kepercayaan masyarakat Dusun Lotud, mereka mempercayai tuhan yang dalam dialek mereka disebut Kinohoringan yang memiliki isteri bernama Umunsumundu. Ada satu artikel mengenai pakaian Lotud, di mana disbutkan pakaian lelaki Lotud dipanggil "Kinohoringan" dan pakaian wanita Lotud pula dipanggil "Umunsumundu" (Humin Jusilin & Salbiah binti Kindoyop 2015:40), iaitu sempena nama tuhan nenek moyang mereka pada zamn dahulu. Bagi masyarakat biasa mereka tidak pernah melihat bagaimana pakaian Kinohoringan dan Umunsumundu, tapi bagi para pemimpin spiritual Lotud (Tantagas), mereka mampu menerangkan cara-cara berpakaian tuhan (Kinohoringan dan Umunsumundu). Dalam satu rinait para Tantagas Lotud yg dipanggil "rinait molukas," satu rinait puji-pujian untuk Kinohoringan dan Umunsumundu yang ketika itu berpindah ke rumah baru yang disebut “molukas;" dalam rinait ini ada diterangkan mengenai cara berpakaian Kinohoringan dan Umunsumundu ayat per ayat. Kononya, pakaian tradisi Lotud yang asli itu berilhamkan apa yang diterangkan mengenai pakaian ketuhanan seperti yang diterangkan dalam bait-bait rinait tersebut.
Pakaian Lotud sendiri dibahagi kepada tiga jenis, iaitu pakaian Momolian (untuk ritual), pakaian khas untuk menari tarian “Sumayau,”dan pakaian pengantin. Secara dasarnya, ketiga-tiga pakaian ini hampir mirip, yang membezakannya adalah hiasan pada “sukob” dan beberapa aksesori. Misalnya, “sukob” untuk Momolian tidak memiliki motif manik seperti yang terdapat dalam pakaian untuk “sumayau.” Bagi para tokoh-tokoh adat Lotud pula, mereka selalunya lebih gemar memakai "binandus (seluar panjang)" daripada memakai versi pakaian “mugah.” Mugah adalah kain sarung tenunan yang selalunya dihasilkan oleh kaum Bajau dan Rungus. Bagi baju wanita, baju lengan pendek dipanggil “sukob” manakala yang berlengan panjang disebut “sukob kopio.” Pakaian wanita Lotud ini dihiasi dengan motif yang dipanggil “ukob” dan “tinobugi.” Motif “ukob” yang terdapat pada “sukob kopio” disulam menggunakan benang emas dan manik. Motif “ukob’ merupakan motif yang wajib bagi pakaian wanita dan lelaki Lotud, ini kerana motif ini ada disebut dalam rinait yang menggambarkan pakaian Kinohoringan dan Umunsumundu. Kaum Lotud membuat motif tidak sembarangan, tapi para pembuat motif harus menyulam sesuai dengan petunjuk yang terdapat dalam “rinait (mantera)” yang mereka amalkan.
_______________________
Sumber gambar :
http://www.imgrum.org/media/1344913897550861839_1045978807
http://www.surfinginmap.club/share/fW-jtQsi2n
Pakaian Termahal Di Sabah
Pakaian termahal di Sabah.
Mungkin pakaian tradisi Dusun Lotud merupakan pakaian termahal sekali di Sabah kerana kainnya yg bersulam benang emas dan perhiasan yg sangat banyak menghiasi. Pakaian super mahal yg mirip pakaian raja-raja zaman dulu kala ini, kalau complete and original bole mencecah berbelas dan berpuluh ribu ringgit. Dalam beberapa catatan penjelajah-penjelajah British yg terawal ada menyebut mengenai kekayaan para pemimpin Dusun di beberapa kawasan d Sabah ketika itu. Spencer St. John (1856:346) misalnya mencatat mengenai kekayaan seorang tokoh Dusun Lotud d Tamparuli yg bergelar "Datu". Beliau dikatakan memiliki harta kekayaan yang sangat mewah dan bernilai tinggi seperti pakaian dr sutera, pakaian tenunan dari benang emas dan sangat banyak perhiasan emas.
Di antara tokoh Dusun yg terkenal d Tamparuli ketika itu digelar Dato Benawah, di Tuaran pula ada tokoh Dusun yang digelar Dato Degadong dan beberapa tokoh Dusun yg bergelar Dato dan Datu di sekitar Kota Belud sampai ke Membakut jg memiliki kekayaan yg luar biasa. Bahkan menurut catatan Frank Hatton pada tahun 1882 ada tokoh2 ini yg menyimpan banyak hamba abdi sebagai pekerja yg dibeli dr pedagang Sulu. Orang Kaya Degadong seorang pedagang n tokoh Dusun dr Ranau dikatakan memiliki belasan hamba abdi yg berkerja d rumah dan ladangnya. Pada zaman Brunei, kesultanan Brunei cuba mengontrol suku-suku peribumi Sabah dgn memberikan mereka gelaran Datu dan Dato serta Orang Kaya, sebenarnya tidak lain hanya utk mengontrol suku-suku tersebut melalui ketu-ketua suku kaum yang dianggap berpengaruh d satu kawasan.
Yang menariknya, menurut catatan Spencer St. John, meskipun tokoh-tokoh ini diberikan gelaran kebesaran oleh Sultan Brunei, tapi banyak daripada mereka yang tidak berada di bawah kekuasaan Brunei. Spencer St. John dalam bukunya yang sama iaitu "Life in the Forest of the Far East Vol.1" yang dipublish tahun 1862 mencatat mengenai suku-suku Idaan (Dusun) di Sabah terutama yang menetap di kawasan hulu sungai sampailah ke pedalaman, bebas dari kekuasaan Brunei. St. John melakukan dua ekspedisi di Gunung Kinabalu antara tahun 1856-1858, bersama Sir. Hugh Low. Mereka mendapati suku-suku Dusun (Idaan) yang ada di kawasan Pantai Barat tidak berada di bawah Brunei, meskipun beberapa ketua suku Dusun di sana bergelar "Datu" dan "Dato." - Aki Rumantai, 2017
-------------------------------------------------------------------
Sumber gambar: Aki Rumantai FB
Suku Kaum Lun Bawang atau Lundayeh
Suku kaum Lun Bawang atau Lundayeh tidak termasuk dlm rumpun Murutic.
Ketika kita membaca tulisan-tulisan para pengembara pada awal-awal tahun 1800an dan 1900an kadangkala agak membingungkan. Selama beberapa tahun ini admin ada membaca beberapa catatan para pengambara Barat sekitar tahun 1800an dan awal tahun 1900an, banyak penulis barat yg terawal nampaknya menyebut suku kaum Lundayeh ini sebagai suku kaum "Murut." Maka dalam banyak catatan zaman kolonial beberapa istilah muncul misalnya "Murut Limbang" dan "Murut Trusan" bahkan "Murut Brunei." Istilah-istilah ini semuanya merujuk pada suku kaum Lun Bawang (Lundayeh) dan Kelabit yg ada di sekitar Limbang, Lawas, Baram dan di Brunei. Suku Kelabit dan Lundayeh ini secara meluas disalahanggap sebagai Murut, mungkin kerana ketika itu masih blm ada klasifikasi linguistic yg jelas untuk suku kaum di Borneo ketika itu.
Secara linguistic, bahasa Lundayeh/Lun Bawang ini nampaknya termasuk dalam rumpun bahasa Kelabitic yang berasal dari cabang North Sarawakian. Rumpun Kelabitic terdiri dr suku kaum Lundayeh, Kelabit, Tring, Sa'ban, etc. Suku-suku lain dlm rumpun North Sarawakian pula adalah seperti Berawan, Kiput, Lelak, Narom, Tutong, Belait, etc. Secara tradisinya rumpun bangsa North Sarawakian ini menetap di sekitar Selatan Sabah (Sipitang dan Long Pasia); Malinau Kalimantan Utara; pedalaman Brunei; Lawas, Limbang dan Baram di Sarawak. Rumpun Murutic pula masuk dalam cabang Southwest Sabahan. Keluarga bahasa Southwest Sabahan ini terbahagi kepada empat rumpun bahasa, iaitu :
1. Dusunic
2. Paitanic
3. Murutic
4. Tidong
Klasifikasi linguistic untuk suku kaum Lundayeh/Lun Bawang adalah :
Austronesian, Malayo-Polynesian, North Borneo, North Sarawakan, Dayic, Kelabitic.
________________________
Sumber gambar :
http://corlinashonnabeck.blogspot.co.id/2012/01/lun-bawang-thru-my-lens.html?m=1
Suku Bajau Borneo
Ilmu Linguistik membuktikan Bajau berasal dari Borneo.
Suku kaum Bajau aslinya berasal dari Borneo; leluhur mereka kemungkinan berasal dari sekitar Kalimantan kerana bahasa Barito berasal dari Kalimantan. Walaupun suku kaum Bajau baru membuat penempatan secara besar-besaran di Sabah sekitar abad-18/19 berdasarkan dari catatan-catatan para pengembara Barat, tapi mereka merupakan penduduk asli Borneo, ini dapat dibuktikan dengan bahasa mereka. Menurut “Summer Institute of Linguistics dari Universiti North Dakota,” bahasa Bajau berbeza dengan bahasa Tausug dan Iranun. Bahasa Tausug termasuk dalam rumpun Bisaya Filipina (Greater Central Philippine), semantara bahasa Iranun pula termasuk dalam rumpun Danao/Maranao-Iranon (Greater Central Philippine). Bahasa Bajau pula tidak termasuk dalam rumpun Greater Central Philippine, tapi termasuk dalam rumpun Bornean dari sub “Greater Barito.” Berikut merupakan klasifikasi bahasa Bajau menurut SIL :
1. Sama, central :
Austronesian, Malayo-Polynesian, Greater Barito, Sama-Bajaw, Sulu-Borneo, Inner Sulu Sama
2. Sama, Southern :
Austronesian, Malayo-Polynesian, Greater Barito, Sama-Bajaw, Sulu-Borneo, Inner Sulu Sama
3. Sama, Balangingih :
Austronesian, Malayo-Polynesian, Greater Barito, Sama-Bajaw, Sulu-Borneo, Inner Sulu Sama
4. Bajau, West Coast :
Austronesian, Malayo-Polynesian, Greater Barito, Sama-Bajaw, Sulu-Borneo, Borneo Coast Bajaw
Istilah “sulu” dalam klasifikasi tersebut tidak ada kaitannya dengan etnik Tausug di Kepulauan Sulu, hanya merujuk kepada tempat (kepulauan Sulu) di mana ada banyak suku kaum Bajau. Jikalau ditelusuri dari suku-suku kaum yang disebut Greater Barito, mereka terdiri dari suku kaum Dayak yang ada di Kalimantan misalnya Dayak Ma’anyan, Dusun Witu, Dusun Malang, Dusun Deyah, Taboyan, Ot Danum, Bakumpai, Ngaju, Benuaq, Tunjung, Paser dan sebagainya. Salah satu rumpun bahasa Barito yang tersebar jauh dari Borneo adalah suku kaum Malagasy yang belayar ke Pulau Magadaskar dekat Afrika dan menjadi suku kaum peribumi mejoriti di Magadaskar. Bahasa Malagasy memiliki persamaan dengan bahasa Dayak Ma’anyan. Selain kaum Malagasy, suku kaum Bajau juga tersebar ke seluruh Nusantara : Sumatera, pesisir Kalimantan, Sulawesi dan sejauh Nusa Tenggara Timur.
Suku kaum Bajau ini bole dikatakan “pelaut Borneo,” maka penempatan mereka mulai bertebaran jauh dari pusat asal usulnya. Tidak menghairankan mengapa banyak suku kaum Barito yang yang tersebar sejauh Flores dan Magadaskar, kerana suku kaum seperti Ma’anyan dan Bajau ini pakar ilmu pelayaran, walaupun sekarang tidak ada lagi suku kaum Dayak Ma’anyan yang jadi pelaut, tinggal suku kaum Bajau yang masih akrab dengan laut. Beberapa suku kaum Bajau meninggalkan kehidupan di laut dan menetap kekal di darat menyertai suku-suku kaum Bornean yang lain seperti Dusun dan Murut; mereka yang menetap kekal di darat dipanggil “Sama.” Beberapa daripada mereka mengadopsi kemahiran pertanian dari suku kaum yang mereka panggil “Idaan (Dusun),” dan mulai menanam padi.
Mungkin sebab musabab mengapa suku kaum Bajau ini dianggap orang luar, kerana mereka merupakan peneroka laut. Jikalau suku kaum rumpun Bornean yang di darat seperti Dusun dan Murut adalah pakar dalam meneroka hutan dan bukit bukau, suku kaum Bornean yang di laut seperti Bajau pula pakar dalam meneroka lautan. Untuk pengetahuan bersama, suku-suku kaum yang digelar “Bornean” itu adalah suku kaum yang berada dalam rumpun-rumpun bahasa berikut :
1. North Bornean
= Dusun-Bisaya, Murut, Tidung, Melanau, Idaan, Kajang, Lundayeh, kelabit, etc.
2 Land Dayak
= Bidayuh, Bakati, Jangkang, Sanggau, etc.
3. Kayan
= Kayan, Kenyah, Modang, Bahau, Murik, etc.
4. Barito
= Rumpun Barito dibahagikan kepada 4 keluarga bahasa, iaitu :
i) Barito Timur : Ma’anyan, Dusun Deyah, Taboyan, Paser, etc.
ii) Barito Barat : Bakumpai, Ngaju, Ot Danum, etc.
iii) Mahakam : Tunjung, Benuaq, etc.
iv) Sama-Bajaw : Sama, Balangingi, Palau, Ubian, etc.
Pendapat yang mengatakan Bajau berasal dari Johor atau Riau-Lingga adalah kurang tepat, kerana jikalau menggunakan teori “diversiti” maka pendapat ini akan gugur dengan sendirinya. Hal ini kerana, Riau-Lingga dan Johor bukanlah kawasan asal-usulnya suku kaum Bornean dari rumpun “Barito Besar (Greater Barito).” Kawasan asal-usulnya suku bangsa rumpun Barito adalah di sekitar Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan. Suku kaum Bajau yang ada di Riau-Lingga, Sulawesi, Maluku, NTT dan kawasan perairan Burma itu kemungkinan besar adalah penghijrah dari Borneo. Sama seperti salah satu suku bangsa rumpun “Barito Besar” yang sejak abad-9 telah belayar dan berhijrah ke Magadaskar lalu menjadi bangsa Malagasy di Pulau Magadaskar berdekatan Afrika.
Pendapat yang mengatakan Bajau adalah “rumpun Melayu” juga kurang tepat kerana pendapat ini muncul hasil pengaruh dari ideology politik berbanding muncul dari hasil penelitian ilmiah, kerana tidak ada satupun ahli-ahli bahasa yang mengatakan Bajau sebagai “etnik Melayu.” Jumlah populasi Bajau di Sabah sekitar 440,000 orang. Jumlah populasi mereka worldwide pula sekitar 1.1 juta orang.
-Aki Rumantai, 2017-
SUKU DUMPAS / DOOMPAS SABAH
Beberapa hari lalu admin membaca beberapa komen di beberapa blog dan FB yang menunjukkan banyak sekali orang Sabah yang tidak begitu mengenal suku Dumpas. Kerana mereka kini berpakaian ala-ala Melayu dan muka seakan-akan suku bangsa dari Filipina (kerana kawin campur) maka ada yang mengatakan mereka ini suku kaum dari Filipina. Kerana merasa prihatin dengan kesalahfahaman tersebut, maka admin telah menuliskan secara singkat mengenai klasifikasi bahasa Dumpas menurut ilmu bahasa dari beberapa pakar bahasa.
Suku Dumpas, satu suku kaum yang menetap di sekitar Beluran. Menurut SIL, bahasa Dumpas memiliki tingkat intelligibiliti dengan bahasa suku kaum Tambanuo sebanyak 87%, 57% tingkat intelligibiliti dengan dialek Dusun Labuk-Kinabatangan, 44% tingkat intelligibiliti dengan dialek Coastal Dusun (Kadazan), serta memiliki persamaan leksikal sebanyak 80% dengan dialek Dusun Sugut. Suku kaum ini sangat kecil jumlahnya, menurut satu bancian pada tahun 2015, populasi suku Dumpas hanya sekitar 4000 orang. Mereka memiliki nasib yang sama dengan suku Dusun Gana di Keningau, kerana perkahwinan campur, jumlah suku mereka semakin berkurangan.
Seorang peneliti bahasa Dumpas iaitu Julie K. King telah menuliskan satu artikel mengenai bahasa Dumpas. Seperti yang sudah dikatakan di atas, suku kaum ini memiliki kaitan erat dengan beberapa dialek bahasa beberapa suku seperti Tambanuo dan Dusun Sugut. Pada tahun 1980, dia telah melakukan penelitian bahasa Dumpas di Kampung Perancangan Beluran. Setelah melakukan senarai perkataan bahasa Dumpas dengan 325 senarai perkataan dari kampung-kampung lain di seluruh Sabah, dia mendapati bahasa Dumpas memiliki 80% persamaan cognates dengan senarai perkataan bahasa dari Kampung Buang Sayang, sebuah perkampungan Dusun Labuk.
Dalam mencari persamaan leksikal antara bahasa Dumpas dengan bahasa beberapa suku Dusunic dan Paitanic lainnya, dia mendapati dialek bahasa Dumpas secara leksikostatistikal (perbandingan leksikal-kognat) dengan bahasa rumpun Dusunic adalah antara 55-75% dan dengan bahasa rumpun Paitanic antara 61-79%. Akan tetapi, penelitian leksikal-kognat ini masih belum dapat dijadikan bahan kesimpulan apakah bahasa Dumpas ini lebih mirip dengan Dusunic atau Paitanic. Setelah itu analisis intelligibiliti dilaksanakan dan dari hasil analisis intelligibiliti, Julie K. King menyimpulkan bahwa bahasa Dumpas masuk dalam rumpun Paitanic. Akan tetap, berbeza dengan Julie, Smith pula memasukkan bahasa Dumpas dalam rumpun Dusunic. Klasifikasi SIL pula memasukkan bahasa Dumpas dalam rumpun Dusunic : Austronesian, Malayo-Polynesian, North Borneo, Sabahan, Dusunic
Bagi admin sendiri, admin tidak mau terlalu disibukkan dan dibingungkan dengan pelbagai istilah lain (Momogun, Kadazan, Kadayan, etc), admin cukup menggunakan kata "Dusun" sebagai istilah collective utk menyebut mereka. Dari catatan-catatan zaman British pula, mereka lebih dikenali sebagai "Dusun Dumpas." Mereka merupakan suku yang telah membantu Mat Salleh ketika Mat Salleh berperang di kawasan Beluran. Sebuah kubu telah dibina oleh kaum Dumpas di Kampung Perancangan telah dimusnahkan oleh British, berpuluh pahlawan Dumpas gugur dalam serangan ini yang memaksa Mat Salleh berundur ke Ranau yang kemudian meminta bantuan suku kaum Dusun Liwan dalam kempennya dalam menentang British - Aki Rumantai, 2017.
______________________________________
Sumber gambar :
https://maruwiah.com/2012/06/10/pakaian-tradisional-etnik-etnik-di-sabah/dumpas/
Collagen Kecantikan Kulit
Tahukah anda bahawa kandungan collagen daripada ikan yang tinggal di dalam laut yang dalam mengandungi collagen yang lebih tiggi dan berkualiti berbanding collagen dari haiwan lain dan juga tumbuhan? Sebab kenapa? Cuba imagine, kalau manusia yang turun ke laut dengan lebih dalam lagi, pressure atau tekanan akan semakin tinggi. Semakin dalam kita selam, semakin tinggi tekanan. Boleh pecah gegendang telinga uolsss~ Itu lah diver kena pakai special equipment seperti tangki oksigen, helmet khas untuk high pressure elak otak pecah akibat tekanan yang sangat tinggi.
Sumber Collagen Marine Ada Dimana???
Mesti ramai yang belum tahu bahawa collagen powder Shaklee dihasilkan daripada ikan red snapper. For your info, red snapper mempunyai daya tahan yang sangat tinggi, dia boleh tinggal di dalam laut yang tekanannya sangat tinggi dengan aman dan damai. Badan dia langsung tidak pecah atau burst akibat tekanan tersebut. Imagine, betapa bagusnya kualiti collagen yang ada dalam badan ikan tu? Cuba bandingkan dengan muka dan tubuh badan kita, pressure rendah pun muka boleh berkedut banyak. Alangkah bestnya kalau wajah kita ni pun tahan pressure yang tinggi, muka pun kekal awet muda.
Panjang lebar Cik Bulan membebel pun, kamu sendiri kena terayyy dan alami perubahan barulah bestttt!!! Gambar-gambar dibawah ni merupakan antara feedback dari pengguna Collagen Powder Shaklee. Jom baca satu-satu, rugi ketinggalan info best ni?!