Tuesday, 4 April 2017

Cara Diet Yang Bijaksana

Mesti ramai orang diluar sana yang mau kurus dengan cara yang mudah tapi efektif, betul tidak? And yes, ada pula yang sanggup invest beribu2 untuk beli produk kurus, atau machine yang boleh bantu kurus kan? Actually, with proper nutritions, kita boleh kawal berat badan weolsss~cemana tu? Oke, ini ada sedikit tips yang agaklah mudah untuk dilaksanakan;

1) Mengambil sarapan pagi

FYI, dengan mengamalkan sarapan pagi setiap hari secara rutin boleh bantu kekalkan metabolism tubuh badan kita. Sekiranya kita kerap meninggalkan sarapan kita, ianya mampu mengganggu system penghasilan metabolism badan manusia. Beberapa kajian juga mengatakan bahawa  mereka yang mengambil sarapan pagi lebih mudah menurunkan berat badan berbanding mereka yang seringkali tidak mengambil sarapan.


2) Kurangkan makan diluar

Kebiasaannya, mereka yang sibuk dengan kerja hakiki seringkali menggunakan alasan ‘tidak ada masa’ untuk menyediakan makanan sendiri sebab lepas bangun pagi tu, rushing bersiap dan terus menuju ke office masing-masing. Then, balik lewat sebab kerja berlambak dan traffic punya pasal lah juga kan? So, jumlah tahap kemalasan untuk masak dirumah itu pun makin berdozen dan akhirnya menjadi satu longgokan yang sukar dihapuskan. Hehehehe.

But actually, we can prepare a simple meal and yet healthy. Contohnya, salad lettuce dan salad buah, wholemeal bread sapu butter sikit, atau overnight oat pun is a good idea (ini sedap, macam-macam resipi boleh terayyyy). Bukan apa, kalau kita kerap maan diluar, nafsu membuak2 dan kalau boleh semua lauk tu sapu habis masuk dalam piring. Kalau makan dirumah, apa yang kita masak tu, segala ingredients tu kita tau so kita boleh adjust ikut keperluan badan dan campak benda2 yang sihat sahaja. Betul tidak?

3) Drink lots of ‘Sky Juice’

Sky juice ni nama glemer kepada air putih. Seperti yang kita tahu, roughly 70% of our body composition adalah terdiri daripada air. Keperluan jumlah air harian seseorang itu kena ambik adalah berbeza, setiap 25kg berat badan bersamaan dengan 1Liter air. Contohnya, Mak Jemah beratnya adalah 50kg, so Mak Jemah kena consume at least 2Liter air setiap hari.

Air putih ni sangat membantu dalam mengawal berat badan dan kawal nafsu makan, melancarkan peredaran darah, membantu dalam pencernaan dan penyerapan makanan, mengawal suhu dan bendalir dalam tubuh badan manusia, dan lain-lain lagi. So, jangan pula claim yang banyak minum air manis tu boleh cover jumlah keperluan air harian manusia, tidak sama yaaaaa. Kita kena kawal pengambilan gula dalam badan juga untuk elak masalah diabetes.  Make sure consume air putih yang sudah kena filter dan dimasak (kuman tidak boleh kena tapis, hanya boleh mati dengan haba/suhu yang panas).



Kesimpulannya, tiga tips diatas adalah sangat bermanfaat kepada mereka yang sedang berusaha mengawal berat badan mereka dengan cara yang mudah dan selamat, malahan tidak memerlukan extra cost dalam melaksanakan aktiviti tersebut.  Akhir kata, selamat mencuba dan semoga bermanfaat!:-)


No comments:

Post a Comment