Pages

Sunday, 27 November 2016

Dusun Brunei dan Tarian Tamarok

Menurut data Statistik Brunei tahun 2011, populasi kaum Dusun/Bisaya di Brunei adalah kira-kira 14,196 ribu orang yang terdiri dari Dusun Tutong dan Dusun Belait (termasuk 711 orang Bisaya Brunei). Populasi Dusun di daerah2 di Brunei mengikuti daerah pada 2011:
1. Tutong = 7492
2. Muara Brunei = 4197
3. Belait = 2419
4. Tamburong = 88
 
Menurut sejarah, kaum Dusun di Brunei pada Zaman dahulu merupakan kaum yang terbesar di Brunei. Tapi sebab musabab berkurangannya populasi Dusun di Brunei adalah :

1) Penghijrahan ke Sabah. Menurut satu teori, terdapat tiga gelombang besar penghijrahan kaum Dusun dr Brunei ke Sabah sekitar abad-14 lalu. Keganasan Raja Tugau dr Sarawak menyebabkan kaum Dusun berhijrah ke Sabah.
 
2) Perpindahan ethnic. Banyak kaum Dusun Brunei yg pagan, setelah masuk Islam telah menukar ethnic mereka kepada Brunei atau Kadayan.
Tarian Tamarok.

 
Tamarok, satu tarian ritual Dusun Brunei yg hampir pupus sejak masuknya suku ini dalam agama Islam dan Kristen. Terdapat beberapa jenis tarian Tamarok seperti Tamarok Bulan, Tamarok Parai dan Tamarok Buayo, Tamarok Ngirang Alai, Tamarok Bua, etc. Tarian Tamarok Parai merupakan tarian ritual untuk memuja semangat "Dewato/Derato" kerana sudah memberikan mereka hasil padi yang baik, dan diharap hasil padi tahun depan akan selalu baik.

 
Tarian pemujaan ini selalunya dilakukan setelah waktu menuai padi. Tarian ini ditarikan dlm bentuk melingkar oleh beberapa balian (Bobolian), dengan diiringi oleh gong, gendang dan Kulintangan dengan rentak yang agak laju. Wanita-wanita itu akan berputar dalam bentuk bulatan mengelilingi persembahan. Tarian ini akan berlangsung selama beberapa jam, bahkan sampai larut malam.
 
_____________________
Tarian Tamarok yang asli yang ditarikan dalam ritual bole ditonton dlm link ini :
https://youtu.be/-2AXlb8w4u8

Sumber: Aki Rumantai, 2016
 

No comments:

Post a Comment