Pages

Sunday, 27 November 2016

Sejarah Singkat Jalan Garam (Salt Trail)

Sejarah singkat "Jalan garam (salt trail), jalan perdagangan kaum Dusun pendalaman ke daerah pesisir.
 
Bagi kaum Dusun pendalaman, terutama di daerah pendalaman pada zaman dahulu, mereka memiliki route jalan (talun-alun) yang menghubungkan mereka dengan daerah pesisir. Talun-alun inilah yg menjadi nadi perdagangan antara suku-suku pendalaman dan suku-suku pesisir. Ketika rancaknya aktiviti perdagangan, jalan garam menjadi tempat laluan para pedagang dr pendalaman. Kerana masih dijiwai oleh jiwa "sangod," maka kadangkala suku-suku Dusun pendalaman ini saling berperang untuk menguasai perdagangan di jalan garam.
 
 
Pada tahun 1880 misalnya, suku Liwan dan Tagahas merupakan penguasa perdagangan di kawasan Inanam dan Pogunon Penampang. Di Tamparuli pula tamu2 terdiri dr orang-orang Lotud, Tagahas, Bundu dan Liwan yg datang sejauh dr daerah Tuaran, Kiulu dan Ranau. Demikian jg di Tamu di Kota Belud, suku-suku yang berkumpul adalah dr kaum Tindal, Tobilung, Bundu, Sama dan Iranun. Orang pendalaman membawa hasil hutan dan orang laut membawa hasil laut. Symbiosis pun terjadi, masing-masing saling memerlukan, suku-suku laut memerlukan barangan dr suku-suku pendalaman dan suku-suku pendalaman memerlukan barangan dr  suku-suku laut.
 
 
Pada sekitar abad-18, Bobolian Aki Sogunting telah mengundang kaum Dusun pesisir (Tangara, Lotud) dan Dusun pendalaman (Liwan, Tuhawon, Talantang, Bundu Tagahas, etc) untuk berdamai di Gantung Sorili, menamatkan perang headhunting, beberapa tokoh dr Bajau jg dipanggil. Tujuan perdamaian ini adalah untuk mengamankan jalan garam, jalan perdagangan kaum Dusun. Perdamaian ini telah berjaya menghentikan pertumpahan darah antara suku-suku di Sabah ketika itu. Suku-suku Dusun ketika itu mulai menumpukan diri kepada aktiviti perdagangan dan mulai meninggalkan aktiviti headhunting n perang antara suku.
 
 
Ada satu kisah menarik dr kaum Mibang (suku campuran Liwan dan Tuhawon) di Tambunan. Puak ini suku yg kuat, mereka pembuat senjata gayang yang berkualiti dan kelompok suku yg kuat dalam peperangan. Suku ini juga telah bersumpah untuk tidak berperang dengan orang Tangara (Kadazan) dan orang Sama (Bajau), demi menjaga hubungan dengan mereka. Kerana suku Mibang bergantung dengan kedua suku ini dalam perdagangan, suku Bajau laut memberikan garam+hasil laut dan suku Mibang membarternya dengan hasil+hasil hutan. Suku ini menjadi salah satu suku  pengawal/pengiring para pedagang di jalan garam. Ketika keluar mengiringi para pedagang, mereka memiliki upacara membacakan rinait (mantera) ketika turun untuk mengiringi para pedagang, potongan rinait itu antaranya :
 
1. Kada songodo tangara ingga maiti ponginbodian
2. Kada songodo samah, ingaa ma pongintusian
 
Ertinya :
1. Jangan bunuh kaum Tangara (kadazan), nanti tidak ada tempat untuk berdagang.
2. Jangan bunuh kaum Samah (Bajau), nanti tidak ada tempat untuk bertukar garam.
 
 
Rinait ini merupakan semacam sumpah untuk kaum Dusun pendalaman supaya menjaga hubungan dengan suku-suku pesisir yang merupakan rakan dagang mereka. Menurut kisah, salah satu dari pahlawan pengiring telah terlanggar sumpah seperti yg sudah mereka ucapkan dalam rinait. Aki Luminda, telah memenggal 9 kepala Samah yang cuba merompak barang dagangan kaum suku Tuhawon-Liwan yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke daerah pendalaman di Tambunan. Kerana sedar sudah melanggar sumpah, maka Aki Luminda pun menolak untuk kembali ke daerah pendalaman, sebaliknya terus menetap di daerah pesisir. Aki Luminda berkahwin dengan seorang wanita Dusun Tangara (kadazan).
Dusun di Tikolod Tambunan. Tikolod merupakan salah satu laluan garam yang menghubungkan Tambunan di pendalaman dan daerah  Papar di pesisir. Selain itu ada juga route "Jalan Garam" Tambunan-Penampang.
 
 
Sumber: Aki Rumantai, 2016
 

No comments:

Post a Comment