Dusun Kwijau/Kuijau merupakan salah satu suku Dusun terbesar di Keningau. Mereka merupakan antara suku yang terawal menentap di Keningau. Mereka menetap di kawasan lembah di pinggir pergunungan crocker, mulai dari Senagang, Bingkor dan sampailah ke Apin-Apin Keningau, bahkan suku ini jg terdapat di Tambunan. Terdapat juga kaum Dusun yg bernama "Kuziuo" di Beaufort dan Membakut. Populasi suku Kwijau pada tahun 2016 adalah kira-kira 11 000 orang.
Dusun Kwijau Keningau, Kuizau Beaufort dan Lotud Tuaran.
Menurut kisah, kaum Kwijau/Kuijau telah berhijrah dr Nunuk Ragang beberapa ratus tahun dahulu. Tidak dapat dipastikan tahun penghijrahan mereka, tapi dr analysis kisah penghijrahan mereka, kemungkinan mereka berhijrah ke Keningau kira-kira 600-700 tahun dahulu (abad-13/14). Menurut kisah legenda, kira-kira 600-700 tahun dahulu, terdapat satu puak Dusun di Nunuk Ragang yang dipimpin oleh Aki Nanangkis telah berhijrah ke arah selatan, kerana dalam mimpi ia disuruh berbuat demikian. Rombongan puak ini berhenti beberapa kali di Tambunan, Apin-Apin dan Bingkor, sehingga mewujudkan komuniti Dusun Kwijau di tempat-tempat tersebut.
Semantara itu, Aki Nanangkis dan rombongan lain telah sampai ke sebuah tempat yang amat cantik dan pemandangan di tempat tersebut mirip dengan yang di dalam mimpinya. Sungainya jernih penuh ikan dan hutan yang menghijau, serta gunung ganang yang Indah, tempat itu kemudian dinamakan Bandukan. Aki Nanangkis dan keluarganya serta rakyat dibawah pimpinannya hidup sejahtera dan makmur di Bandukan. Kaum Kwijau kemudian berkembang sehingga mulai terdapat penempatan Kwijau yang besar di pergunungan Crocker.
Kaum Kwijau yang mendiami Pergunungan Crocker dikatakan kaum yang gagah dan "bengis," mereka suka melakukan aktiviti memotong kepala. Sekitar tahun 1750s, mereka menyerang kaum Dusun Tangara di Kimanis, kaum Tangara Kimanis ketika itu dibantu oleh Huguan Siou Bouvang dari Penampang. Namun penempatan kaum Kwijau di Banjaran Crocker dikatakan telah ditinggalkan kerana suatu peristiwa. Menurut legenda, penempatan kaum Kwijau di pergunungan Crocker telah mengalami kemarau panjang, sehingga padi bukit mereka kering mati. Kerana tidak memiliki pilihan lain, mereka akhirnya memutuskan berhijrah menuruni bukit lalu membuat beberapa penempatan di kawasan lembah Keningau, tujuannya adalah bagi memudahkan mereka mendapat bekalan air untuk pertanian.
Pada masa sekarang, suku Kwijau Keningau telah tersebar di seluruh bahagian Timur Keningau, iaitu di sekitar Banjaran Crocker mulai dari Senagang, Agudon, Bingkor dan sampailah ke Apin-Apin Keningau. Mereka semua berasal dr puak yang dipimpin oleh Aki Nanangkis, satu puak yang berhijrah dari Nunuk Ragang di bawah pimpinan seekor ayam jantan gergasi yang sakti. Menurut kepercayaan, ayam jantan itu dikatakan masih ada di pergunungan Crocker, namun ada yang mengatakan ayam gergasi itu sudah menjelma menjadi batu lalu disimpan oleh orang Bingkor.
Yang pastinya, keturunan Aki Nanangkis telah melahirkan beberapa pemimpin-pemimpin yang berpengaruh setelah beberapa ratus tahun kemudian, antaranya adalah Gunsanad, Sodomon, G.S.Sundang dan sebagainya.
Sumber: Aki Rumantai, 2016
No comments:
Post a Comment