Friday, 21 April 2017

KENCING MANIS ATAU DIABETES PART2

Kesinambungan daripada entry Cik Bulan yang bertarikh 20 April 2017,Cik Bulan akan berkongsi sedikit lagi ilmu yang mampu diserap dari pembacaan buku 'APABILA DIETITION BERCERITA' tersebut.
Tapi Cik Bulan sampaikan dengan cara Cik Bulan sendiri (kiranya ala2 adaptasi lah tu kan). Tuan2 dan Puan2, cuba sedara sekalian amati dan fahami perbualan Cik Bulan dan pesakit diabetes atau kencing manis dibawah:

Cik Bulan: Waaah, bacaan gula encik ni tinggi betul ni?

Pesakit: Hairan juga.Sedangkan selera makan kurang. Makan nasi pun tidak.

Cik Bulan: Jadi makan apa?

Pesakit: Minum air isotonik jenama 100P*us. Tapi kurang manis lah...

Cik Bulan: Kurang manis? Cemana tu?

Pesakit: Yalah, sudah tambah air putih kan.Kompem lah tidak manis.Bukan macam tu?

Hamboiiii, mentang2 tambah air putih jadi gulanya berkuranglah? Memang lah rasanya tidak manis dan tidak sepekat sebelumnya. Tapi cuma bayangkan (cuba ya)? Segelas air putih letak sesudu makan gula, dibandingkan dengan Satu teko besar air putih letak sesudu makan gula.Mana yang lebih manis???

Ok, tidak payah jawab.Sebab kompem la air dalam gelas tu lebih manis kan? Namun persoalannya, jumlah gula itu tetap sama kan? Masih sesudu gula?Betul tidak?

Kesimpulannya, banyak sikit air putih yang diminum, jumlah gula itu perlu diambil kira.Yerrr??Boleh prektis ilmu Matematik memasing. Sekian perkongsian.

With Luv,
Cik Bulan

Thursday, 20 April 2017

KENCING MANIS ATAU DIABETES PART1

Buku ni Cik Bulan beli tahun lalu lagi tapi belum habis baca ponnnnn. But i tell youu, buku 'APABILA DIETITIAN BERCERITA' oleh Lily Moha dan Ruqayayah Muhd ini memang best, thumbs up! Cara penulis menyampaikan cerita itu sangatlah mudah difahami, disampaikan dengan cara in layman's terms gitewwww~~

So ada eloknya Cik Bulan kongsikan serba sedikit ilmu yang sempat disedut sepanjang menelaah buku ini. Ok, soalan untuk para pembaca (itu pun kalau ada yang sudi membaca lah) pernahkah soalan serupa begini keluar dari minda tuan2 dan puan2 memasing, 'kenapa saya masih lapar walaupun sudah makan???'

Jawapan:-
* Salah satu puncanya adalah rintangan insulin dimana insulin tidak mampu berkerja dengan baik walaupun dihasilkan.
* Sekiranya kita mengambil karbohidrat terutamanya dari jenis gula ringkas dalam masa yang sama dan menyebabkan gula berkumpul banyak dalam darah, maka ianya meransang penghasilan insulin dalam badan.
*Walaupun insulin dikeluarkan, tetali paras gula masih tidak berkurangan.Maka insulin keluar lebih banyak lagi menyebabkan gula turun secara mendadak.
*Apabila gula turun secara mendadak, ianya membuatkan kita rasa letih dan lapar sekaligus. Maka kita akan mengambil snack, minuman manis ataupun makan lebih banyak lagi.
*Selepas itu, gula pun akan sekali lagi mendadak naik dalam badan. Insulin yang dikeluarkan secara normal tidak mampu berkerja dengan baik menyebabkan paras gula tinggi dalam badan itu kekal yang mana merangsang penghasilan insulin yang lebih tinggi lagi sekali lagi.
*Insulin yang tinggi itu akan menurunkan paras gula secara mendadak sekali lagi dan kita pun merasa lapar sekali lagi. Pusingan berterusan.

Kesimpulannya, pusingan itu tetap berputar tiada penghujung selagi kita tidak mengubah cara pemakanan kita. Lama kelamaan akan menjadi tabiat dan menuju ke arah masalah kencing manis atau diabetes. Pusingan kelaparan ini boleh diberhentikan dengan mengawal pengambilan karbohidrat, manisan atau gula dalam pemakanan.

Sekian, semoga bermanfaat.

With Luv,
Cik Bulan

Wednesday, 19 April 2017

MASALAH KOLESTROL TINGGI!!!

Masalah kolestrol LDL (juga dikenali sebagai kolestrol jahat) yang tinggi, tidak memilih saiz badan, maksudnya yang kurus kerempeng pun boleh kena.
 
Simptom atau petanda kolestrol tinggi biasanya individu akan mengalami rasa kejang bahagian jari tangan/kaki, kerap pening kepala, dan kehadiran biji kolestrol/minyak pada permukaan kulit seperti dibahagian wajah.
 
Cik Bulan (nama timangan penulis) yang fizikalnya sedang2 dan lebih kepada bersaiz kurus ini pun baru2 ini telah mengalami masalah kolestrol tinggi. Setelah berikhtiar dengan produk Shaklee, termasuklah Lecithin, Phytocol, Omega Guard dan Garlic Complex, maka Cik Bulan pun berjayalah menurunkan jumlah kolestrol jahat dalam badan Cik Bulan ni yerrr~

 
Sila rujuk gambar diatas untuk melihat testimony Cik Bulan setelah mengamalkan supplements yang membantu menurunkan paras kolestrol Cik Bulan. Tarikh gambar 'BEFORE' tu result darah masa bulan February 2017. Keputusan darah menunjukkan jumlah kolestrol (LDL) jahat adalah tinggi dari jumlah purata yang sepatutnya. So sebulan lebih mengamalkan supplements Shaklee (sila rujuk gambar 'AFTER'), keputusan darah selepas itu kembali normal.Syukurlah nakkk~~Jom ikhtiar sesameeee, semoga bermanfaat yerrrr tuan2 dan puan2~~
 
Klik gambar untuk imej yang lebih jelas.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ea7f2f9471927458f88b04f4b1832b2a

Thursday, 6 April 2017

Tips Mengurus Masa Dengan Bijak





"Sorry, saya tiada masa!"
"Saya tidak cukup masa buat kerja dirumah?!"
"Tidak sempat masak sebab terlalu busy?!"
"Sorry boss, saya lambat lagi! Lewat tidur semalam buat kerja sampai subuh."

Kamu pernah mengalami masalah yang sama seperti diatas? Terkejar-kejar dengan masa setiap hari? Nampaknya kamu ni memerlukan TIME MANAGEMENT atau PENGURUSAN MASA yang bijak! Bagaimana tu?

Langkah-langkah mudah yang kamu boleh aplikasikan dalam mengurus rutin harian memasing adalah seperti dibawah;

1) Prioriti atau keutamaan


Senaraikan 'to-do-list' kamu setiap hari dan buat kategori yang mana yang penting, kurang penting, dan langsung tidak penting! Dengan menge'list'kan semua perkara-perkara atau aktiviti harian, kita boleh filter mana-mana yang tidap penting (maksudnya tidak memberi impak kepada kehidupan kita, contohnya aktiviti bergosip mahupun mengumpat yer machek2). So, berdasarkan list tu kita boleh tahu priority yang kita kena buat dahulu. Tapi sekadar peringatan yerr, kadang2 perkara yang kurang penting tu tapi perlu diberikan keutamaan dahulu dan perlu diselesaikan segera. Contohnya, harini kita plan untuk siapkan report dengan bayar bil letrik, tapi kita pilih bayar bil elektrik sebab elak hutang menggunung (tiga bulan tertunggak kan, siapa suruh lambat bayar?) berbanding dengan siapkan report kerja (sangat penting) tapi kita buat lepas settle hutang tu sebab due date report tu masih sebulan. Faham? Ok, next.


2) Jangan suka kumpul kerja

Elok-elok benda tu kita boleh siapkan dalam masa 15 minit, tapi dalam fikiran "nantilah, lambat lagi!" atau, "buat next week jak, awal masihhhh bah~", naaah, last2? Sendiri mengundang masalah, setressss sebab banyak kerja tertunggak! hambek kooo~ Use your times wisely, oke?Jangan biasa menangguh kerja macam Majemah, oopss! (pesanan untuk diri sendiri juga ni uolssss).


3) Fokus

Fokus tu penting untuk siapkan sesuatu kerja. Eliminate noises, jangan biarkan focus kamu terganggu. Kalau awal2 sudah set dalam otak mau siapkan homework at 7PM, be ontime! Janganlah jam 8PM tu masih melekat depan TV tgk drama Korea kan~~lepas tu masuk dapur buka peti sejuk, then makan aiskrim lepak depan TV sampai tengah malam. Huh?! Sungguh tak berpedoman! (Aku ler tewww).



So demikianlah tips yang kedengaran mudah tapi adakalanya susah juga mau implement benda ni?Bak kata orang, iman kena kuat! Good luck!


With Luv,
Tips Cik Bulan

Tuesday, 4 April 2017

Cara Diet Yang Bijaksana

Mesti ramai orang diluar sana yang mau kurus dengan cara yang mudah tapi efektif, betul tidak? And yes, ada pula yang sanggup invest beribu2 untuk beli produk kurus, atau machine yang boleh bantu kurus kan? Actually, with proper nutritions, kita boleh kawal berat badan weolsss~cemana tu? Oke, ini ada sedikit tips yang agaklah mudah untuk dilaksanakan;

1) Mengambil sarapan pagi

FYI, dengan mengamalkan sarapan pagi setiap hari secara rutin boleh bantu kekalkan metabolism tubuh badan kita. Sekiranya kita kerap meninggalkan sarapan kita, ianya mampu mengganggu system penghasilan metabolism badan manusia. Beberapa kajian juga mengatakan bahawa  mereka yang mengambil sarapan pagi lebih mudah menurunkan berat badan berbanding mereka yang seringkali tidak mengambil sarapan.


2) Kurangkan makan diluar

Kebiasaannya, mereka yang sibuk dengan kerja hakiki seringkali menggunakan alasan ‘tidak ada masa’ untuk menyediakan makanan sendiri sebab lepas bangun pagi tu, rushing bersiap dan terus menuju ke office masing-masing. Then, balik lewat sebab kerja berlambak dan traffic punya pasal lah juga kan? So, jumlah tahap kemalasan untuk masak dirumah itu pun makin berdozen dan akhirnya menjadi satu longgokan yang sukar dihapuskan. Hehehehe.

But actually, we can prepare a simple meal and yet healthy. Contohnya, salad lettuce dan salad buah, wholemeal bread sapu butter sikit, atau overnight oat pun is a good idea (ini sedap, macam-macam resipi boleh terayyyy). Bukan apa, kalau kita kerap maan diluar, nafsu membuak2 dan kalau boleh semua lauk tu sapu habis masuk dalam piring. Kalau makan dirumah, apa yang kita masak tu, segala ingredients tu kita tau so kita boleh adjust ikut keperluan badan dan campak benda2 yang sihat sahaja. Betul tidak?

3) Drink lots of ‘Sky Juice’

Sky juice ni nama glemer kepada air putih. Seperti yang kita tahu, roughly 70% of our body composition adalah terdiri daripada air. Keperluan jumlah air harian seseorang itu kena ambik adalah berbeza, setiap 25kg berat badan bersamaan dengan 1Liter air. Contohnya, Mak Jemah beratnya adalah 50kg, so Mak Jemah kena consume at least 2Liter air setiap hari.

Air putih ni sangat membantu dalam mengawal berat badan dan kawal nafsu makan, melancarkan peredaran darah, membantu dalam pencernaan dan penyerapan makanan, mengawal suhu dan bendalir dalam tubuh badan manusia, dan lain-lain lagi. So, jangan pula claim yang banyak minum air manis tu boleh cover jumlah keperluan air harian manusia, tidak sama yaaaaa. Kita kena kawal pengambilan gula dalam badan juga untuk elak masalah diabetes.  Make sure consume air putih yang sudah kena filter dan dimasak (kuman tidak boleh kena tapis, hanya boleh mati dengan haba/suhu yang panas).



Kesimpulannya, tiga tips diatas adalah sangat bermanfaat kepada mereka yang sedang berusaha mengawal berat badan mereka dengan cara yang mudah dan selamat, malahan tidak memerlukan extra cost dalam melaksanakan aktiviti tersebut.  Akhir kata, selamat mencuba dan semoga bermanfaat!:-)


Monday, 19 December 2016

North Borneo's Coin

Kita mungkin selalu melihat coin British North Borneo tahun 1882-1907, tapi tidak menyedari bahwa dua orang lelaki yang menghiasi coin itu adalah gambar lelaki Dusun pada zaman British. Dr segi pemakaian, keduanya typical Dusun area pendalaman atau dr kelompok Central Dusun. Suku-suku yg linguistically Dusunic secara umumnya memiliki empat kelompok dialek :

1. Northern Dusun
2. Central Dusun
3. Coastal Dusun
4. Southern Dusun
____________________________

Gambar

1. Gambar wang syiling British North Borneo tahun 1882-1907.

2. Dua gambar lelaki Dusun dilukis pada tahun 1867 dan 1845. Gambar tersebut diduga diambil pada saat James Brooke menyerang Syarif Osman di Marudu. Beberapa dr pelukis menggambarkan lelaki-lelaki Dusun di North Borneo saat mereka dalam perjalanan ke Marudu.

Sumber: Aki Rumantai, 2016

Sunday, 4 December 2016

The Last Headhunter of Dusun

Headhunter terakhir dari mukim Kundasang dekat Bundu Tuhan, Ranau. Gambar ini diambil oleh I.H.N.Evans dan terdapat dalam bukunya yang bertajuk: The Religion of Tempasuk Dusun of North Borneo, 1953. Daerah Ranau cukup terkenal dengan Gunung Kinabalu, tapi daerah ini jg memiliki banyak misteri kerana daerah ini juga tempat asal usulnya kaum Dusunic, menurut legenda dahulu kala. Di daerah ini masih ada beberapa Kampung yang masih memiliki Bangkawan atau rumah tengkorak, hasil dari aktiviti ngayau atau "Sangod/Mongoyou" pada zaman dahulu kala.

Bangkawan merupakan sebuah pondok kecil yang yang menjadi tempat menyimpan tengkorak (ragas) musuh pada zaman dahulu kala. Bangkawan ini merupakan sejnis "tingolig" atau pendinding untuk Kampung dari wabak penyakit atau sindaat (sihir) dari musuh. Bangkawan ini jg adalah "alarm" untuk Kampung dr serangan musuh, krna ketika musuh datang menyerang Kampung, tengkorak-tengkorak dalam Bangkawan ini akan berteriak-teriak atau memangkis (war cry). Salah satu pemburu kepala yang paling terkenal di daerah ini pada zaman dahulu kala adalah Aki Dolumpung. Seumur hidup Aki Dolumpung, dia dikatakan telah memenggal 212 kepala musuh.

Sumber: Aki Rumantai, 2016