Saturday 22 April 2017

KENCING MANIS ATAU DIABETES PART3

Cerita harini masih lagi berkaitan dengan isu KENCING MANIS ATAU DIABETES. Almaklumlah Cik Bulan rajin pula menelaah buku 'APABILA DIETITIAN BERCERITA' oleh pakar diet kita iaitu Lily Moha dan Ruqayyah Muhd. By the way, harga buku ni RM25.00 sahaja ya, berbaloi dengan info yang disumbangkan dalam buku tersebut. Bahasa pun sangatlah mudah difahami.

Ok, fokus! Berbalik kepada kisah masalah kencing manis atau diabetes yang tidak putus2 ni, apa sebenarnya punca kencing manis ya? Sebenarnya, punca utama kencing manis atau diabetes ini adalah berkait rapat dengan diet harian serta gaya hidup kita. Ok, cuba hadam maksud tersirat perbualan dibawah ini (konon2nyalah Cik Bulan sedang herhadapan dengan pesakit diabetes):-


Pesakit: Malaslah mau diet, leceh!

Cik Bulan: Jadi lemak berlebihan dalam badan yang makin bertimbun tu mau buat apa?

Pesakit: Yalah, tapi ni usaha lah ni, nasi pun saya makan sikit ni. Selera pun makin kurang.

Cik Bulan: Sis amalkan senaman?

Pesakit: Bersenam tu memang tidaklah, lagipun memang penat buat kerja dirumah. Surirumah kan, cukuplah tu...

Cik Bulan: Oooo..so selera pun kuranglah ya?

Pesakit: Adalah sikit2, brekpes makan nasi lemak sambal, ayam goreng dan bancuh sket kopi susu.. lunch tu makan tempe/nugget goreng plus teh ais limau..rajin sikit masaklah ayam masak lemak..dinner tu kadang2 burger daging atau kuey tiaw goreng dengan air Kola....err..(diam jap)

Dia jeling saya. Saya tenung dia dalam2 dengan mata sepet Mongolian Cik Bulan.

Makkkk aiiiiiihhh??! Tadi cakap selera kurang?? Sudahlah sayur mayur buah2 pun kurang, air manis gula sekilo mungkin, goreng2 pulak tu?!Adoooiiiii *hempas kepala di dinding*

Kesimpulannya, segala makanan kita especially junk foods yang tinggi dengan perisa/pengawet/gula tambahan menyumbang kepada masalah kencing manis secara langsung kepada masalah obesiti! Tambahan pula mereka yang tidak melakukan aktiviti lasak sepatutnya mengurangkan pegambilan makanan yang tinggi transfat, tinggi gula, tinggi garam, tinggi nitrate, mengandungi pengawet/karsinogenik. Amalkan makanan yang segar, boleh cuba pelbagai resipi 'eat clean'.

P/S: Nitrate adalah sejenis pengawet yang membahayakan pengguna, malahan karsinogenik pula adalah penggalak kanser.

Semoga bermanfaat.

With Luv,
Ci Bulan


No comments:

Post a Comment