Thursday 6 April 2017

Tips Mengurus Masa Dengan Bijak





"Sorry, saya tiada masa!"
"Saya tidak cukup masa buat kerja dirumah?!"
"Tidak sempat masak sebab terlalu busy?!"
"Sorry boss, saya lambat lagi! Lewat tidur semalam buat kerja sampai subuh."

Kamu pernah mengalami masalah yang sama seperti diatas? Terkejar-kejar dengan masa setiap hari? Nampaknya kamu ni memerlukan TIME MANAGEMENT atau PENGURUSAN MASA yang bijak! Bagaimana tu?

Langkah-langkah mudah yang kamu boleh aplikasikan dalam mengurus rutin harian memasing adalah seperti dibawah;

1) Prioriti atau keutamaan


Senaraikan 'to-do-list' kamu setiap hari dan buat kategori yang mana yang penting, kurang penting, dan langsung tidak penting! Dengan menge'list'kan semua perkara-perkara atau aktiviti harian, kita boleh filter mana-mana yang tidap penting (maksudnya tidak memberi impak kepada kehidupan kita, contohnya aktiviti bergosip mahupun mengumpat yer machek2). So, berdasarkan list tu kita boleh tahu priority yang kita kena buat dahulu. Tapi sekadar peringatan yerr, kadang2 perkara yang kurang penting tu tapi perlu diberikan keutamaan dahulu dan perlu diselesaikan segera. Contohnya, harini kita plan untuk siapkan report dengan bayar bil letrik, tapi kita pilih bayar bil elektrik sebab elak hutang menggunung (tiga bulan tertunggak kan, siapa suruh lambat bayar?) berbanding dengan siapkan report kerja (sangat penting) tapi kita buat lepas settle hutang tu sebab due date report tu masih sebulan. Faham? Ok, next.


2) Jangan suka kumpul kerja

Elok-elok benda tu kita boleh siapkan dalam masa 15 minit, tapi dalam fikiran "nantilah, lambat lagi!" atau, "buat next week jak, awal masihhhh bah~", naaah, last2? Sendiri mengundang masalah, setressss sebab banyak kerja tertunggak! hambek kooo~ Use your times wisely, oke?Jangan biasa menangguh kerja macam Majemah, oopss! (pesanan untuk diri sendiri juga ni uolssss).


3) Fokus

Fokus tu penting untuk siapkan sesuatu kerja. Eliminate noises, jangan biarkan focus kamu terganggu. Kalau awal2 sudah set dalam otak mau siapkan homework at 7PM, be ontime! Janganlah jam 8PM tu masih melekat depan TV tgk drama Korea kan~~lepas tu masuk dapur buka peti sejuk, then makan aiskrim lepak depan TV sampai tengah malam. Huh?! Sungguh tak berpedoman! (Aku ler tewww).



So demikianlah tips yang kedengaran mudah tapi adakalanya susah juga mau implement benda ni?Bak kata orang, iman kena kuat! Good luck!


With Luv,
Tips Cik Bulan

7 comments:

  1. kalau jida, sebelah malam dah tulis thing-to-do list. Pagi esoknya tinggal tanda je mana-mana yang dah dibuat. Kalau main ingat je kat otak tapi tak ditulis, memang susah sikitlah nak setel semua perkara

    ReplyDelete
  2. Menguruskan masa tu adalah penting...terutama bila menjadi seorang ibu...setiap masa tu emas...tau...kena pandai atur dan susun....
    Bagus tips ni..boleh share untuk anda yang baru nak beljo...dalam menguruskan masa

    ReplyDelete
  3. Duiiii. Part melekat kat tv tu selalu jadi. Even takde tv pun, dok tengok cerita berulang-ulang pun, melekat jugak depan tv

    ReplyDelete
  4. Hehe, bagus tips ini .. Sngt pnting pengurusan masa yg btull .. Org bilang masa ituu emas😄

    ReplyDelete
  5. Hehe, bagus tips ini .. Sngt pnting pengurusan masa yg btull .. Org bilang masa ituu emas😄

    ReplyDelete
  6. Pengurusan masa sngt penting tp kdg2 sya trleka lama d dpn tv,lagi2 klu drama korea bnyk kerja trtangguh..huhu

    ReplyDelete
  7. Pengurusan masa sangat penting dalam kehidupan kita. Jangan selalu bertangguh kerja. Bila dah terlalu banyak,akan tertekan. Tak tahu nak selesaikan mana dulu.

    ReplyDelete