Saturday 12 March 2016

Tips Travel Backpacker/Bajet

Ramai yang memberikan travelling tips sampai berjela-jela huraian (mungkin entry ini x terkecuali hehehe)~meh ai terayyyy bullet2kan tips bagi menjimatkan masa beliau~

*Sila rujuk bahagian bawah untuk melihat tip2 yang berkenaan di hati*

i) WANG - wang or dollar and cents tu mesti la cukup okeee~~sebajet2 manapun kos travel, kita mesti cek akaun dulu kalau ada simpanan atau x?kalau tidak sila simpan hasrat anda untuk kegunaan masa depan.

ii) DESTINASI - hurmmm..so far based on my experience kalau travel sebab urusan kerja tu destinasi konfem2 tau lah kan mau pg mana. Tapi kalau travel ikut suka hati sendiri kena cek lah destinasi mana yang ada tiket on promo/sales dan bersesuaian dengan kesihatan duit poket. Kalau di tahap yang memberangsangkan atau boleh survive, boleh lah kol sedara mara atau kawan2 yang berminat dan turut berbajet supaya boleh join the club!

iii) PERBANDINGAN - perbandingan HARGA/RATE ni termasuklah dalam bab pemilihan destinasi2 yang akan dilawat, tempat tinggal seperti hotel/hostel, transportation, dan yang paling penting mau MAKAN DIMANA????!!

iv) BAHASA - kenapa bahasa itu penting?kalau negara2 yang boleh faham bahasa Malaysia atau English boleh lah kelentong sket walaupun grammar kelaut~hohohoho~tapi kalau Negara yang terkenal dengan pepatah 'bahasa jiwa bangsa' seperti Jepun, China, dan seangkatan denggannya maka terpaksalah prektis sket2 bahasa diorang terutama yang penting2 lah. Contohnya, balai polis dimana?Stesen bas dimana? manalah tau ada orang sesat gara2 terlampau berbajet~

v) IC/PASSPORT - kalau setakat travel dalam negeri tu x payah lah berpassport2 sangat, pakai IC cukup! TAPI kalau ada niat travel over the sea sila siapkan passport anda selewat2nya sebulan sebelum menjalankan diri. Kalau lupa tuuu, maaf yer, melancong di rumah jiran sebelah sja lah~bergosip kerr~~

vi) KESIHATAN - tuan2 dan puan2 sekalian, kalau sesihat manapun duit poket dan sejauh mana pun destinasi yang ingin dituju tu, kalau x sihat, sila duduk rumah. Jangan menyusahkan warga setempat mengusung beliau. Maka sila lah merajinkan diri bersenam meregang2kan otot supaya x krem kaki semasa bersiar2 nanti. Kalau perlukan suplemen sebagai IMMUNE BOOSTER saya suggest ambik NUTRIFERON, VITA LEA (tidak digalakkan bagi pesakit Talasemia), Vitamin C, dan PERFORMANCE DRINK untuk tenaga yang berpanjangan.


So, setakat itu sahajalah perkongsian sepetang mak~~semoga bermanfaat kepada mereka yang sedang bercita2 untuk melancong~SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment