Wednesday 5 July 2017

Kerja Hakiki Versus Part Time Job

"Cik Bulan jual Shaklee? Eh, gaji keja opis tidak cukup ka? Rajinnya buat MLM???"

Hamboiii, mulut uolsss~ Ni, Cik Bulan mau bagitau, kadang-kadang orang buat part time job atau side income ni bukan pasal current salary diorang tu tidak cukup. Tapi disebabkan golongan-golongan educated macam diorang ni lah yang mempunyai fikiran kedepan yang membantu mereka melihat peluang cerah itu ada dimana-mana kalau kita mau berusaha. Selebihnya dari ko jak, mau grab peluang depan mata tu atau buat-buat rabun?! You decide.

Mari sini, Cik Bulan terangkan apa perbezaan KERJA HAKIKI dengan KERJA PART TIME ni.

1) Definisi

Maksud hakiki adalah sesungguhnya atau sebenarnya. So kerja hakiki, means, kerja kau yang sesungguhnya register sebagai apa, cikgu? polis? doktor? clerk? sales manager? Aaah, itu lah maksud keja hakiki yang ko pegi cop, sign, register nama dan details ko keja under company mana satu, with agreement and position description. Then, kalau ko ada keja hakiki, and kompeni ko perlukan masa 8 jam berada di opis untuk laksanakan amanah ko sebagai cikgu contohnya, so you need to be there at least 8 hrs as required. No choice, because you are being paid to do the job, to teach and perform, right? Tapi lainlah kalau ada kes mengular kan~~ *part 'kan' tu baca kasi sengau sket*

VERSUS

Kalau kerja part time pula, bergantung. Ikut agreement dengan kompeni mana yang ko pegi buat part time tu. Tapi kebiasaannya, kerja part time ni lebih flexible. Yalah, sudah namanya part time job kan, ko kena lah flexible kalau tidak nanti ganggu pula timing keja hakiki memasing. Kebiasaan yang Cik Bulan nampak, mostly orang akan buat part time business e.g MLM dan supply barang-barang asal ada supply and demand.

2) Aktiviti

Aktiviti kerja hakiki ni adalah rutin yang berulang. Bergantung scope kerja dalam position description masing-masing. Kita ambik contoh cikgu tu balik. Keja dia harini adalah mengajar, esok pun mengajar, lusa pun mengajar, dan begitulah seterusnya sampailah beliau pencen. Kalau bukan mengajar, check paper students atau pegi kursus and meeting kadang-kadang.

VERSUS

Kerja sampingan atau part time job? Ianya variasi. Ko boleh pilih keja sebagai cashier di kedai runcit Majemah, atau sebagai tukang cuci di hotel 5 bintang, atau sebagai  part time Uber / Grab, atau jadi biz partner Shaklee dengan Cik Bulan, atau kesemua jawapan diatas. Sesuai dengan kemampuan memasing.

3) Masa

Ulang suara, untuk kerja hakiki ni, ko kena ikut agreement ko balik dengan employee ko. Kalau bos ko cakap ko kena keja 8 jam sehari dan 6 hari masa berkeja, so ko kena juga ikut requirements tu. Kalau tidak, berenti keja jak lah jawapannya yer tuan-tuan dan puan-puan.

VERSUS

Kebiasaannya, part time job punya working hours tu ko sendiri yang tentukan bila ko mau buat. Cik Bulan bagi contoh, ko buat bisnes MLM tu time ko free jak. Sekiranya dalam sehari tu ko tidak free dan tidak sempat buat apa-apa untuk keja part time MLM ko, tetap tidak akan menjadi kesalahan atau jenayah. Berbeza dengan kerja hakiki, ko tidak buat seperti yang dijanjikan akan dianggap tiada integrity uolss~

OK lah itu jak Cik Bulan mau kongsi harini ya? Satu Cik Bulan mau pesan, janga malu untuk merajinkan diri untuk menjana pendapatan. Ekonomi kita ni sukar diduga. Sekejap musim bunga, sekejap ribut, sekejap musim panas pula, pastu hujan lebat. If you know what i mean. Dan jangan pandang serong dengan orang buat MLM sebab dalam MLM ni ko yang tentukan income ko. Kalau tidak mau terjebak dengan MLM sistem piramid, carilah MLM yang sistem adil seperti Shaklee. Faham?

Sekian.

Semoga bermanfaat.


With Luv,
Cik Bulan
0128137087

6 comments:

  1. sekarang ni kita hidup di zaman dimana semua orang kena bijak ambik peluang.. Kalau semuanya nak fikir apa orang kata, memang tak kemana la nanti. Jadi, tak kisah lah nak buat berapa jenis kerja pun dalam sehari. Yang penting, kena bijak uruskan masa.

    ReplyDelete
  2. kehidupan sekarang, memang tak cukup dengan gaji hakiki sahaja. Ingin dapatkan barang idaman perlu ada part time job. tapi perlu bijak memilih lah. yang tidak menganggu kerja hakiki.pengurusan masa juga perlu tip top. jangan diabaikan keduanya jika mahu mencapai impian.

    ReplyDelete
  3. Buat lah pilihan yang terbaik..untuk kehidupan sekarang...
    Makan gaji..nak lebih buat lah extra income dgn business oneline

    ReplyDelete
  4. Serius zaman sekarang kena bijak rebut peluang kalau mahu memberi dan menikmati hidup lebih selesa

    ReplyDelete
  5. 1st time buat part-time job ~ online seller memang sebab kewangan. Mau juga ba ada extra2 income tu khennnnn. Barulah boleh soping sakan 🤣🤣

    ReplyDelete
  6. Asy suka part time sekarang sebab dapat 2 keuntungan. Banyak lagi keuntungan nak kena grab ni

    ReplyDelete