Sunday, 25 June 2017

Herba Kampung Untuk Cirit Birit

Cik Bulan masih ingat zaman kanak-kanak dulu, selalu kena cirit-birit sebab makan pakai tangan tidak bersih. Biasalah, zaman budak-budak dulu semua pun main hentam, tanga belum cuci pun tidak kisah.

Kalau sudah macamtu, opkos la kes cirit birit tu perkara biasa. Sudah lah masa tu klinik kerajaan pun jauh, dan belum sepenuhnya beroperasi, so mama Cik Bulan lah yang jadi doktor kampung weolss~

Tau apa mama Cik Bulan pakai kasi ubat cirit birit? Mama Cik Bulan pakai pucuk jambu uols, cara-cara buat minuman herba kampung ni pun sangat senang. Bahan-bahan kena ada pucuk jambu, air,cerek atau pot dan api.

Cara-cara menyediakan minuman herba untuk mengatasi cirit-birit;
1. Ambik pucuk jambu yang masih muda, lebih kurang semangkuk
2. Basuh dan bersihkan pucuk jambu muda tadi
3. Rebus pucuk jambu muda dengan air bersih, 1L air pun cukup. Tunggu sehingga menggelegak.
4. Ambik air rebusan air tadi (so kena tapis lah, daun tu tak payah makan, ambik air jak). Biarkan selama beberapa minit sampai panas air rebusan tu suam-suam suku jak.
5. Then, lepas tu boleh lah minum. Try minum segelas dulu, ikut perubahan atau prestasi badan. Kalau semakin reda cirit birit tu, bolehlah stop minum air rebusan pucuk jambu tadi.

Herba air rebusan pucuk jambu ini sangat berkesan untuk melegakan cirit birit. Petua ini masih diamalkan orang kampung sampai sekarang terutama mereka yang jauh dari hospital / klinik. Cik Bulan tidak cakap tip ni scientifically proven, tapi Cik Bulan adalah antara testimonial berjalan yang pernah amalkan tip ini. Dan memang berkesan untuk masalah cirit birit.

Sesungguhnya, ini adalah petua orang kampung. Tapi zaman sekarang klinik dekat, so kalau perut tidak selesa dan cirit birit tidak berhenti, lekas-lekas lah ke klinik / hospital. Faham-fahamlah zaman sekarang ni makin moden makin banyak penyakit pelik! Jangan cakap Cik Bulan tak payonggg~~

Semoga bermanfaat.

With Luv,
Cik Bulan
0128137087

12 comments:

  1. Kat kampung boleh lah jumpa pucuk jambu. Kalau duduk bandar, kenalah pergi ke klinik juga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeppp, betul~Ini petua orang kampung ya.maybe berguna bagi mereka yg sukar access dgn hospital hehehe

      Delete
  2. Wah. Tips best ni. Kalau duk kg nanti bolehla try

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jauh akses klinik boleh amalkan tips ni

      Delete
    2. kalau jauh akses klinik boleh amalkan tips ni

      Delete
  3. oh,baru tau tips ini. yang tahu guna teh pekat.minum. kalau ceri beri ni.bagus-bagus. boleh guna tips ini. terima kasih info ini.

    ReplyDelete
  4. Waa rawat cara tradisional kan ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  5. Musim raya ni ramai yg kena cirit birit...

    ReplyDelete
  6. Baru tau tips ne๐Ÿ˜„ nanti kalau di kg blh cuba ne .. Tq❤

    ReplyDelete
  7. Baru tau tips ne๐Ÿ˜„ nanti kalau di kg blh cuba ne .. Tq❤

    ReplyDelete