Wednesday, 28 June 2017

Kuih Jemput Jemput Ubi

Balik kampung cuti Raya baru-baru ni Cik Bulan belajar satu resipi dari mama Cik Bulan. Sebenarnya resipi ni accidentally terrrbuat, sebab kebetulan mama Cik Bulan ada ubi lebih kan. So terciptalah resipi kuih yang bernama JEMPUT-JEMPUT UBI KAYU.
 
Bahan-bahan mentah yang diperlukan adalah sangat ringkas;
1. 4 batang ubi kayu saiz sederhana besar.
2. Satu mangkuk (saiz kecil) tepung biasa untuk buat kuih tu.
3. Air bersih lebih kurang setengah liter
4. Satu setengah sudu makan garam
5. Gula pasir lebih kurang 5 sudu (kalau mau lebih manis, boleh adjust sendiri)
 
Cara-cara penyediaan kuih jemput-jemput ubi kayu;
1. Cuci bersih-bersih ubi kayu tadi dan parut kesemuanya.
2. Selepas ubi diparut, cuci dengan air masak yang bersih. Tujuannya bagi rasa pahit tu keluar.
3. Perah air tadi dan asingkan air perahan dengan ubi yang diparut tadi.
4. Simpan air perahan tu, nanti Cik Bulan bagitau untuk apa air perahan ni ya.
5. Kemudian, ambik tepung gandum, tabur dan gaulkan dengan ubi kayu yang sudah diparut dan diperah airnya, hingga sebati. Gaul sampai dapat texture 'melekit-lekit' tu.
6. Letak garam dulu, gaul, dan baru letak gula, dan gaul kesemuanya. Biarkan selama setengah jam, biar semua rasa masin dan manis tu meresap kedalam ubi.
7. Then, lepas setengah jam menuggu, masukkan minyak masak kedalam kuali dan panaskan.
8. Bentukkan campuran ubi tadi menjadi bulat kecik-kecik saiz bola paintball atau pingpong. Biar kecik supaya cepat masak.
9. So lepas bulat-bulatkan, masukkan kedalam kuali berisi minyak panas tadi. Kalau warnanya sudah kekuningan atau coklat, bolehlah cedok dan simpan atas bekas piring.
10. Ulang step 9 dan 9, sehinggalah sebatian ubi kayu yang diparut tadi selesai bertukar menjadi kuih jemput-jemput ubi kayu dan sedia dimakan.
 
Senang jak kan? Lain kali ada ubi lebih dirumah boleh buat ya? Selamat mencuba.
 
Aaahh,ini lah ubi kayu yang sudah diparut, diperah airnya, and then dicampurkan dengan tepung gandum, garam, gula dan air. Bentuk sebatian ni jadi bulat-bulat macam kuih onde-onde.

Dan inilah hasilnya yang Cik Bulan namakan JEMPUT-JEMPUT UBI KAYU. Sedap dimakan bersama denga kopi o atau the sahaja. Makan panas-panas gituuu. *Abaikan longgokan sebelah kiri tu ada gelap sedikit*



 
Semoga bermanfaat.
 
 
With Luv,
Cik Bulan
0128137087 
 
 


6 comments:

  1. Saya sukaaaa yang ni. Dapat cicah gula, ya Allah seddapnyaaaa

    ReplyDelete
  2. Sedapnya, selalu kalau ada dekat kedai mesti beli. Thanks resepi bopeh cuba ni

    ReplyDelete
  3. Belum pernah makan ni. Tapi nampak sangat sedap. Boleh cuba nanti. Thankyou 😊

    ReplyDelete
  4. Paling sedap la bah ni sama paling senang buat 😍😍

    ReplyDelete
  5. Alamak... terus rasa lapar tgk resipi ni

    ReplyDelete