Friday 23 June 2017

SUKU DUMPAS / DOOMPAS SABAH

Beberapa hari lalu admin membaca beberapa komen di beberapa blog dan FB yang menunjukkan banyak sekali orang Sabah yang tidak begitu mengenal suku Dumpas. Kerana mereka kini berpakaian ala-ala Melayu dan muka seakan-akan suku bangsa dari Filipina (kerana kawin campur) maka ada yang mengatakan mereka ini suku kaum dari Filipina. Kerana merasa prihatin dengan kesalahfahaman tersebut, maka admin telah menuliskan secara singkat mengenai klasifikasi bahasa Dumpas menurut ilmu bahasa dari beberapa pakar bahasa.

Suku Dumpas, satu suku kaum yang menetap di sekitar Beluran. Menurut SIL, bahasa Dumpas memiliki tingkat intelligibiliti dengan bahasa suku kaum Tambanuo sebanyak 87%, 57% tingkat intelligibiliti dengan dialek Dusun Labuk-Kinabatangan, 44% tingkat intelligibiliti dengan dialek Coastal Dusun (Kadazan), serta memiliki persamaan leksikal sebanyak 80% dengan dialek Dusun Sugut. Suku kaum ini sangat kecil jumlahnya, menurut satu bancian pada tahun 2015, populasi suku Dumpas hanya sekitar 4000 orang. Mereka memiliki nasib yang sama dengan suku Dusun Gana di Keningau, kerana perkahwinan campur, jumlah suku mereka semakin berkurangan.

Seorang peneliti bahasa Dumpas iaitu Julie K. King telah menuliskan satu artikel mengenai bahasa Dumpas. Seperti yang sudah dikatakan di atas, suku kaum ini memiliki kaitan erat dengan beberapa dialek bahasa beberapa suku seperti Tambanuo dan Dusun Sugut. Pada tahun 1980, dia telah melakukan penelitian bahasa Dumpas di Kampung Perancangan Beluran. Setelah melakukan senarai perkataan bahasa Dumpas dengan 325 senarai perkataan dari kampung-kampung lain di seluruh Sabah, dia mendapati bahasa Dumpas memiliki 80% persamaan cognates dengan senarai perkataan bahasa dari Kampung Buang Sayang, sebuah perkampungan Dusun Labuk.

Dalam mencari persamaan leksikal antara bahasa Dumpas dengan bahasa beberapa suku Dusunic dan Paitanic lainnya, dia mendapati dialek bahasa Dumpas secara leksikostatistikal (perbandingan leksikal-kognat) dengan bahasa rumpun Dusunic adalah antara 55-75% dan dengan bahasa rumpun Paitanic antara 61-79%. Akan tetapi, penelitian leksikal-kognat ini masih belum dapat dijadikan bahan kesimpulan apakah bahasa Dumpas ini lebih mirip dengan Dusunic atau Paitanic. Setelah itu analisis intelligibiliti dilaksanakan dan dari hasil analisis intelligibiliti, Julie K. King menyimpulkan bahwa bahasa Dumpas masuk dalam rumpun Paitanic. Akan tetap, berbeza dengan Julie, Smith pula memasukkan bahasa Dumpas dalam rumpun Dusunic. Klasifikasi SIL pula memasukkan bahasa Dumpas dalam rumpun Dusunic : Austronesian, Malayo-Polynesian, North Borneo, Sabahan, Dusunic

Bagi admin sendiri, admin tidak mau terlalu disibukkan dan dibingungkan dengan pelbagai istilah lain (Momogun, Kadazan, Kadayan, etc), admin cukup menggunakan kata "Dusun" sebagai istilah collective utk menyebut mereka. Dari catatan-catatan zaman British pula, mereka lebih dikenali sebagai "Dusun Dumpas." Mereka merupakan suku yang telah membantu Mat Salleh ketika Mat Salleh berperang di kawasan Beluran. Sebuah kubu telah dibina oleh kaum Dumpas di Kampung Perancangan telah dimusnahkan oleh British, berpuluh pahlawan Dumpas gugur dalam serangan ini yang memaksa Mat Salleh berundur ke Ranau yang kemudian meminta bantuan suku kaum Dusun Liwan dalam kempennya dalam menentang British - Aki Rumantai, 2017.
______________________________________

Sumber gambar :
https://maruwiah.com/2012/06/10/pakaian-tradisional-etnik-etnik-di-sabah/dumpas/

3 comments:

  1. Suku kaum Dumpas di Sabah adalah keturunan aki Pangiran simbug dar Labuk pemampa

    tan awal kg iaitu kg gana Dumpas di antara sempadan Ranau dan Telupid

    ReplyDelete
  2. Orang Suku Dumpas orang asal Negeri Sabah bukan berasal diNegeri Falipin salah kefehamaan ia spti suku2 lain spti Dusun kadazan dan spti orang sungai Labu Tombonuo idaman yg tinggal di Negeri Sabah pulau kelimantan yg beribu tahun

    ReplyDelete
  3. Banyak lagi suku kaum minoriti disabah yg wujud tp kurang diketahui oleh penduduk sabah sendiri. Pendedahan melalui penulisan tentang suku kaum minoriti bgini sangat penting sbagai bahan bacaan dan rujukan. Syabas penulis.

    ReplyDelete