Sunday 25 June 2017

Apa Yang Best Tinggal Di Kampung?

Cuti-cuti ni memang aktiviti balik ke kampung laaahh Cik Bulan?! Apa yang best di kampung ni?? Di kampung bessst, view pun 'fresh', masih banyak pepokok hijau-hijauan, sayur kampung ulam-ulaman merata-rata, sungai pun masih bersih, cuaca pun sejuk jak! *Ni time menaip buat entri ni pun cuaca sejuk dan berkabus*

Apa yang best di kampung? Gambar-gambar dibawah adalah bukti di tempat kejadian dan menjelaskan segala-galanya pada hari ini.

Macam yang Cik Bulan bagitau tadi, masih banyak pokok disekeliling. Bekalan oksigen pun banyak. Eh, tapi macam kenal jak orang atas pokok tu?? Cik Bulan ker tewww??

Kalau di kampung, mostly penduduk kampung memang stay ditanah memasing. Tanah pun luas-luas belaka, siap boleh bercucuk tanam dan ternak lembu ayam itik sekaligus. Fyi, ni orang kami panggil 'tawadak' atau labu kuning. Tanam sendiri uolsss~~Jimat duit beli lauk harini.

Inilah yang dikatakan berpijak dibumi yang nyata. Tapi persoalannya, apa kaitan dengan entri Cik Bulan harini ya?

Seee? Nampak kabus tu? Sejuk mata memandang tauuu. Kebetulan kampung Cik Bulan area bukit bukau. So ni memang gaung ya. Saja eksen gambar tepi gaung. *sila fokus gambar kabus atau gaung ya*

Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian. Bermandian di sungai dahulu, bershower shampoo badan kemudian. Part mandi sungai ni best, boleh buat aksi terjun tiruk dan berenang kuak lentang. Best kampung ada sungai jernih, boleh camping dan buat acara BBQ tepi sungai.

Siapa tau ini pucuk apa? Inilah pucuk betik. Rasa pucuk ni sangat pahit. Tapi biasanya orang kampung kami masak campur dengan pucuk ubi, lada putih dan ikan masin. Phewww, mentua lalu pun ndak nampak oke~~free jewrr,terbaikkkk dari ladang!


Dipendekkan cerita, best sebenarnya tinggal di kampung ni. Selain kurang terdedah dengan pencemaran, kita juga kurang terdedah dengan hutang piutang sebab sumber makanan pun banyak. Shopping mall pun Gmart atau kedai Millmewah lah paling hebat di alam semesta. Sekian.


Semoga bermanfaat.


With Luv 
Cik Bulan
0128137087

12 comments:

  1. Teda pencemaran bunyi lagi kan kalau di kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling pun suara jiran sebelah karaoke hahahaha

      Delete
  2. Bestnya kampung cik Bulan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.kannn.tapi gambar sungai tu masa leadership camp di kampung orang, area Ranau juga lah. Kebetulan ada ambik gmbar masa tu

      Delete
  3. Kat mana kampung cik bulan tu?

    ReplyDelete
  4. Wow bab mandi sungai tu yang best!!

    ReplyDelete
  5. Sy vote gambar ada kabus tu, hihi

    ReplyDelete
  6. Terliur trus ingat tuu lada putih sabah ohh ..

    ReplyDelete
  7. Terliur trus ingat tuu lada putih sabah ohh ..

    ReplyDelete