Saturday 10 June 2017

Top 5 Make Up Artists (MUA) Di Sabah

Disclaimer siap2 ya, top 5 list ni bukan melalui undian atau pertandingan mana2 pihak. Cik Bulan cuma menyeneraikan atau mencadangkan golongan freelance makeup artists (MUA) yang masih muda tetapi berbakat besar, yang terdapat di Sabah, khususnya area Kota Kinabalu. 

Ya, betul. Ramai MUA veteran/professional yg feymes diluar sana. Tapi suka Cik Bulan ingatkan sekali lagi, ciri2 pemilihan ini adalah secara rawak, dan sudah semestinya Cik Bulan kenal dan pernah melihat hasil kerja mereka, golongan MUA yang masih muda namun berbakat besar. Sayang kalau mereka yang talented ni tidak dikenali ramai orang.

So, ini adalah top 5 list tukang mekap spotted by Cik Bulan. Not in order ya, susun secara random sahaja.

1. Matthew Ezra: Berasal dari Kepayan Sabah. Umur masih muda, SPM pun baru lepas tahun 2014 yang lalu. Matthew yang berwajah photogenic dan memiliki 'model look' ini telah berkecimpung dalam dunia seni start umur 16 tahun.

Matthew yang pada mulanya banyak terlibat dengan dunia pageant di Sabah sebagai makeup artist telah membuka peluang kepada beliau untuk berkerjasama dengan artis2 Malaysia yang terkenal seperti Dato M Nasir, Marlia Ahmad,Nabila Huda, dan Zul Ariffin dalam menjayakan filem 'TOMBIRUO'. Filem ini merupakan sebuah filem adaptasi dari penulis Ramlee Awang Murshid, dibawah arahan Nasir Jani yang bakal2 ditontonkan dalam tahun 2017.

Matthew Ezra, MUA Sabah
IG: matthewezra97
Page FB:MakeupByMatthewEzra
Photo credit to Clifford Shew Vui Loon


Mari kita lihat antara hasil sentuhan tangan Matthew;

Bridal Makeup Look for client
Photo credit to Matthew

A happy customer, makeup for her wedding
Photo credit to this beautiful customer

Makeup for Miss Nicole, Miss Crocker Range 2016
Photo credit to Matthew

Makeup look for Miss Patricia, Unduk Ngadau Klang Valley 2016
Photo credit to Freddy Au Photography

Photoshoot makeup for Miss Deidree Clarence
Photo credit to Cactus Teng

2. Heartt Tony: Berasal dari Kota Belud, Sabah. Namun menetap di Kota Kinabalu kerana berkerja dia area situ. Boleh follow beliau di FB & IG dengan nama 'Heartt Tony' juga , sebab dia memang rajin buat live, ajar cara buat makeup dengan betul dengan tema2 yang berbeza. Kalau suka dan minat untuk belajar cemana mau mekap step by step, so boleh lah follow Heart Tony. 


Followers IG Heartt Tony sudah mencecah 20.4k, manakala followers beliau di FB 50.8k. Jom meriahkan lagi dengan follow beliau? 


Antara hasil sentuhan Heartt Tony;

Makeup for Adel, Singer (AF)
Photo credit to Heartt Tony

Before and after makekup
Photo credit to Heartt Tony


Bridal makeup look for this pretty lady
Photo credit to Heartt Tony


3. Carls Evert Sayun: Fuuuhhh, makeup touch si Carls yang berasal dari Putatan, Sabah ini memang boleh buat kaum Hawa cair!! I've spoken to him personally (masa tu sembang2 kosong jak pun, sambil tunggu kawan habis sesi photoshoot untuk Miss Grand Sabah FY 2017, and i'm not sure if he still remember this). He said he started his career since childhood. One word, WOW! Cik Bulan pun teringin merasa sentuhan si Carls ni! FYI, Carls ni pandai menyanyi tau? Dan sangat berkeyakinan tinggi, Cik Bulan suka sangat2!

Jom tengok contoh2 makeup look by Carls;

Gojes Carls Evert Sayun
Photo credit to Carls

Comelkan2?Model ni ex-student yang buat personal makeup class dengan Carls
Photo credit to Carls

Wow, Arabic Theme gichewww, ala look Dato Siti pun ada kan?
Photo credit to Carls

One word, SLAYYYYYY! Makeup by Carls
Photo credit to Carls

4. Jayfrejoe Japrin: Anak kelahiran daerah Keningau, Sabah ini sangat terkenal dengan sentuhan mekap untuk para unduk ngadau di Sabah. Hampir seluruh daerah di Sabah beliau akan pusing semasa musim Kaamatan (Harvest Festival). Kerana apa? Of course laaah sebab kemahiran beliau dalam membuat sanggul unik unduk ngadau yang dipanggil 'sanggul gong' sebab bentuk rambut itu sama seperti gong yang merupakan sejenis alat muzik tradisional di Sabah. Ohya, sebelum Cik Bulan lupa, saja mau bagitau yang Joe Jap juga merupakan Winner Hero Remaja 2015, dan Mr.Humanity 2017. Hebat kan?

Antara keunikan makeup unduk ngadau hasil sentuhan Jayfrejoe Japrin @Joe Jap;

Gambar Joe Jap yang sangat humble ini dengan salah satu finalist Unduk Ngadau Keningau 2017
Photo credit to Joe Jap

Makeup for finalist Unduk Ngadau Ranau 2016
Photo credit to Joe Jap

Unduk Ngadau in her Rungus Costume
Photo credit to KK Nick Photography

Unduk Ngadau with her 'Sanggul Gong'
Photo credit to Ranialdo Aldo Photography 

5. Charlene Cathrine: Scroll punya scroll, kenapa MUA semua lelaki ni??? Jangan risau, MUA wanita masih wujud! Charlene Cathrine, wanita cantik yang berketurunan separuh Dusun dan separuh India, dan menetap di daerah Papar Sabah ini adalah bekas pemenang, 2nd Runner Up Sabah Model of the Year Season 3 (2013). Bermula dengan melibatkan diri dalam dunia model / pageant, slowly minat Charlene bertukar ke arah seni mekap2 pula. And FYI, Charlene bukan sahaja mahir dalam menata rias wajah, tetapi juga berkebolehan dalam  membuat henna. Sekarang ni beliau sedang berada di Australia atas alasan berkerja sambil menimba ilmu dengan lebih mendalam lagi tentang mekap. Best kan?? Jelesss Cik Bulan tauuu~~

Taraaaaahh~Ini lah Miss Charlen, cantik kan???
Photo credit to Charlene

Ini adalah sebahagian hasil seni Charlene;

Gorgeous Makeup Look for Miss Dewi
Photo credit to Miss Dewi

Makeup for one of the Miss Ambassador finalist
Photo credit to Nisa Gani

Henaa for customers, done by Charlene
Photo credit to Charlene


Teruja Cik Bulan tengok hasil tangan diorang ni tau.Terus Cik Bulan rasa macam mau main mekap2 pula hahahah. Actually, ramai lagi MUA diluar sana yang masih muda dan sangat berbakat dalam menghias wajah seseorang. Cik Bulan pun berharap dapat kenal dan jumpa mereka2 yang berbakat ni supaya next time boleh buat entry panjang2 lagi sambil promote bakat2 orang di Sabah ni kan. Yalah, kalau bukan kita yang naikkan nama diorang, siapa lagi kan?? Btw, sorry, penulisan Cik Bulan kurang teratur. Next time Cik Bulan improve ya? Thanks!

Klik link untuk TIP MENCARI MUA ==>> http://tipscikbulan.blogspot.my/2017/06/tip-mencari-makeup-artist.html


Semoga Bermanfaat.


With Luv,
Cik Bulan
0128137087

7 comments:

  1. Cantik2 org yg kena touch up oo berubahh..

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah.. MUAH sabah memang hebat².. Proud!

    ReplyDelete
  3. the power of makeup kan hehhee

    ReplyDelete
  4. saya suka layan live si heart tony tu hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dia selalu buat live kan? best2 dia buat ni. banyak ko boleh blajar

      Delete
  5. Waa.. sy pun mau list down juga mua mua ni..

    ReplyDelete
  6. Hii if u don't mind. Next article pasal mua sabah , list down my name juga maybe hehehe . Bole rujuk my fb : Dy Ameera

    ReplyDelete